Kerajaan telah menunaikan janjinya untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan rang undang-undang itu dengan pindaan kecil pada Fasal 36(1)(b), bagi meminda perkataan Pendakwa Raya kepada Pegawai Pesuruhjaya.
Abdullah berkata, pelaksanaan SPRM itu merupakan hasratnya untuk menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2004.
Beliau berharap SPRM akan berfungsi dengan lebih berkesan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana bilangan anggotanya akan melebihi 5,000 orang selain mereka akan diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah.
Apa yang penting selepas ini usaha memerangi rasuah perlu dibuat dengan lebih serius selepas skop diberikan kepada SPRM lebih besar. Rakyat mahukan tindakan dan perubahan yang radikal dalam menangani rasuah.. bukan hanya omongan kosong dan retorik semata-mata....
Apa pun tahniah kepada kerajaan kerana maju setapak dan menunaikan janji untuk menangani rasuah....
3 ulasan:
Syukur! kerana kerajaan telah tunaikan janjinya. Kerajaan sentiasa mengkotakan janji bukan macam pembangkang. Cakap ja banyak tapi tak buat.
drpd:
http://suratrakyat.blogspot.com
Apalah yg kau meraban ni warita,yg engko kata kerajaan pilihan kau tu mengotakan janji.....dah lebih 50 tahun umno bergelumang dgn taik rasuah baru skrg nak adakan SPRM itupun selepas diasak dgn fakta2 yg berasas oleh barisan pakatan pembangkang(Goverment in waiting) Ni aku nak bagi engko beberapa contoh terkini.......no1)Kerajaan Malaysia dibidas setelah ia mengaku membelanjakan AS$1.68 juta ($2.5 juta) setiap tahun untuk membiaya kediaman mewah perdana menteri di ibu kota pentadbiran negara itu, Putrajaya.
Menjawab soalan ahli parlimen (AP) pembangkang dalam sesi Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata RM6.01 juta ($2.5 juta) telah dibayar setiap tahun kepada syarikat pemaju yang dikaitkan dengan kerajaan, Putrajaya Holdings, bagi tujuan menyewa dan menyenggara kediaman itu.
Kerajaan Malaysia juga menanggung kos RM3.4 juta setahun bagi menyenggara kediaman timbalan perdana menteri.
Dinamakan sebagai kompleks Seri Perdana, kediaman mewah perdana menteri itu dibina oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi penyewa pertamanya pada 1999.
Bangunan-bangunannya bertebaran dalam kawasan seluas 16 hektar di tengah-tengah Putrajaya. Ia merangkumi tiga blok bangunan, termasuk sebuah kawasan rehat, kemudahan jamuan dan tempat tinggal.
Datuk Seri Abdullah tinggal di kompleks itu bersama isteri, anak perempuan dan menantunya serta anak mereka.
'Adalah satu pembaziran untuk membelanjakan banyak wang untuk menyewa rumah bagi perdana menteri sedang negara menghadapi tempoh sukar seperti sekarang,' kata seorang AP pembangkang daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dr Mohd Hatta Md Ramli.
Ketua Menteri Pulau Pinang dari parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, pula menyoal tentang pembayaran sewa itu kepada Putrajaya Holdings, anak syarikat Petronas, iaitu syarikat milik syarikat Kementerian Kewangan, Khazanah.
'Ia (pembayaran sewa) juga menimbulkan soalan mengenai siapakah pengarah-pengarah syarikat itu dan siapa yang mendapat semua keuntungan yang diraih oleh syarikat itu,' ujarnya.
Woittt..mahalnya...PM malaysia dan TPM malaysia dok umah- ISTANA sewa JUTA-JUTA. FUyoooooooOOOOOOOOOOOO...KAYANYA MALAYSIA....!!!!no2)Singkatan perkataan BPR ni apa ertinya? Badan Pencegah Rasua atau Badan Pelindung Rasuah? Kalau BPR ertinya Badan Pencegah Rasuah, BPR kenalah kerja kuat banteras rasuah. Kalau ada aduan mengenai dakwaan rasuah, BPR kenalah siasat aduan tu. Jangan siasat main-main. Siasat betul-betul.
Hari ni kita memang kurang pasti BPR ni Badan Pencegah Rasuah atau Badan Pelindung Rasuah. Sebabnya, ada salah seorang calon Timbalan Presiden UMNO dikatakan sudah dibabitkan dengan hampir 400 dakwaan rasuah. Dakwaan ini dipercayai sudah pun dilaporkan kepada BPR. Tapi, kata yang punya cerita, BPR langsung tidak bertindak. Betul ke ni? Kalau betul, kenapa jadi bengini?
Ikut ceritanya, BPR memang dah ready nak siasat seluruh dakwaan yang dah dilaporkan kepadanya. Malangnya, ada orang besar dikatakan halang BPR jangan siasat seluruh dakwaan itu. Betul ke ni? Kalau betul, kenapa jadi begini? Kalau betul, sapa agaknya orang besar yang powerful tu? Sapa?
Kesian betul pegawai BPR. Orang mana tau BPR nak siasat dakwaan-dakwaan tu tapi BPR kena halang dek seorang orang besar? Yang kita orang tau, BPR lah yang tak mau siasat. Rupa-rupanya dak. Yang halang siasatan rupa-rupanya orang besar.
Dan, betul ke orang besar yang halang BPR buat siasatan tu berkata bahawa siasatan cuma boleh dilakukan kalau ada saksi ketiga tampil buat keterangan.
Bukan ke syarat macam ni syarat bodoh? Dalam kegiatan rasuah, cuma ada si pemberi dan si penerima. Kalau ada orang ketiga selain si pemberi dan si penerima rasuah, orang ketiga tu pun boleh jadi saksi kepada pihak si pemberi atau saksi kepada pihak si penerima. Maknanya, orang ketiga tu pun turut bersubahat dalam jenayah rasuah yang sama.
Jadi, apa punya bangang orang besar tu kata, siasatan hanya boleh dilakukan oleh BPR jika ada orang ketiga yang sanggup jadi saksi? Tapi, tak mungkinkah syarat bangang ini disengajakan untuk menggagalkan BPR lakukan siasatan? Tak mungkinkah begitu?
Kalau ginilah bentuk kisahnya, jahanamlah UMNO. Pemimpin yang dah ada hampir 400 laporan mengenai dakwaan rasuah pun masih nak dilindungi oleh pembesarnya. Apa hebatnya orang yang ada dakwaan rasuah ni? Sebab dia pandai bodek dan angkat telor? Sebab dia ni boleh dijadikan perkakas oleh pihak-pihak tertentu? Sebab dia ni orang harapan pembesar terbabit?
His.. Rosak-rosak. Habis rosak binasalah UMNO kalau ada manusia rasuah seperti ni. Habis jahanamlah UMNO kalau ada pembesarnya nak lindungi kaki rasuah macam ni.
Lantaklah. Kita orang apa nak peduli lagi? Kita orang dah puas cakap pasal rasuah. Tapi ada lagi pembesar UMNO yang nak lindungi kaki rasuah.
Inilah kepura-puraan. Inilah kemunafikan. Inilah tanda-tanda kehancuran UMNO. Kita orang semua apa boleh buat? Tunggu dan lihat?
Tapi, dalam kita kata apa kita boleh buat, harap-harap pihak yang dah buat laporan kepada BPR mengenai calon Timbalan Presiden UMNO berkenaan, teruskanlah tindakan anda.
Kalau dah buat laporan dan BPR dihalang untuk lakukan siasatan, sebarkanlah salinan laporan anda kepada BPR tu kepada semua pihak berkenaan.
Taborkanlah salinan laporan tu kepada bloggers, kepada akhbar-akhbar nyamok atau kepada semua pemimpin UMNO. Lepas tu, kita sama-sama tengok dan tunggu apa akan terjadi.
UMNO DAN BARISAN NASIONAL ..PARTI RASUAH
LU PIKIRLAH SENDIRI
Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hanyalah merupakan 'gimik dan lakonan' bagi menunjukkan kepada rakyat betapa kerajaan UMNO/BN di bawah kepimpinan Pak Lah memang begitu serius dalam menangani gejala rasuah yang melanda negara.
Memang ada dibuat tangkapan dan dakwaan rasuah ini tetapi hanya melibatkan para perasuah kecil-keciilan saja. Para perasuah besar-besaran yang terdiri daripada para pimpinan tinggi UMNO terus bebas lepas meneruskan agenda 'merompak' harta rakyat dan negara.
Mengikut Indek CPI 2007, Malaysia berada di tangga ke 43 (5.1) sebagai negara perasuah manakala Singapura berada di tangga ke 4 (9.3) sebagai negara hampir tiada rasuah.
Siapa PM Singapura dan siapa pula PM Malaysia. Semua tahu bahawa PM Singapura adalah berbangsa Cina dan non-muslim. PM Malaysia pula seorang Melayu dan muslim. Kenapa sebuah negara yang diperintah oleh seorang yang bukan Islam mempunyai kedudukan yang baik sebagai negara yang hampir bersih rasuah. Malangnya Malaysia yang diperintah oleh seorang yang mengaku Islam dari sebuah parti Melayu yang bernama UMNO menjadi sebuah negara yang kuat rasuah.
Mengapa senario mengaibkan ini berlaku dalam negara kita ? Sebenarnya jawapan kepada permasalahan ini mudah saja. Kita perlu sedar bahawa di dalam Al-Qur'an ada dinyatakan bahawa orang Islam terdiri dari beberapa golongan. Golongan yang dimaksudkan di sini ialah yang beriman, munafiq, fasik atau zalim.
Hakikat sebenarnya bahawa Malaysia hari ini sedang diperintah oleh golongan MUNAFIQ. Sebab itulah negara kita sejak zaman pemerintahan Mahathir lagi sudah dilanda gejala rasuah yang keji ini. Dah berpuluh tahun masalah rasuah ini menular tanpa ada surutnya. Dan kita perlu ingat bahawa puak munafiq adalah lebih jahat daripada gologan kafir. Jadi, tidak hairanlah mengapa Malaysia lebih buruk indek CPI berbanding Singapura.
Selagi UMNO/BN memerintah negara, maka selagi itulah gejala rasuah terus bermaharajalela. Jangan kita mimpikan negara ini akan bersih rasuah selagi puak-puak munafiq ini memerintah. Kita perlu ingat bahawa UMNO akan berkubur tanpa rasuah. Rasuah adalah salah satu rukun dalam UMNO. Dari pimpinan peringkat tertinggi sehinggalah peringkat cawangan, semuanya dah biasa dengan istilah 'percent'. Setiap projek mega sehinggalah yang kecil-kecilan, semuanya ada 'percent' untuk para pimpinan UMNO di semua peringkat.
Perlu kita ketahui bahawa nilai harga setiap projek kerajaan telah siap sedia dinaikkan harganya. Sebagai contoh, jika nilai sebenar harga sesuatu projek itu RM 35 juta, maka harga akan dinaikkan kepada RM 50 juta. Nilai tambahan itu adalah untuk diagih-agihkan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional seperti UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN. Inilah cara mereka menjana 'duit haram' untuk parti mereka.
Kita juga pernah didedahkan bagaimana setiap seorang pimpinan tertinggi UMNO yang terlibat dengan pertandingan merebut jawatan di peringkat pusat yang sanggup menabur duit puluhan juta malahan sehingga ratusan juta untuk diberikan kepada setiap perwakilan yang mengundi. Sebab itulah setiap perwakilan mendapat 'durian runtuh' sekembalinya dari perhimpunan agong.
Inilah budaya dan amalan UMNO. Duit adalah segalanya bagi setiap pimpinan UMNO. Siapa yang banyak duit, maka dialah akan cepat naik ke atas. Dalam UMNO, tiada tempat untuk golongan manusia yang beriman. Hanya golongan manusia yang fasik, munafiq dan kafir saja yang layak untuk memohon dan menjadi ahli UMNO.
Apa yang dibimbangkan oleh YB Hj Mahfuz Omar bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menjadi pelindung para perasuah 'besar' pasti akan berlaku. Akhirnya akan bertukar kepada Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia.
Kepada seluruh orang Melayu yang masih ada sekelumit iman di dalam hati dan masih mengharapkan kehidupan yang selamat di Akhirat kelak, saya menyeru agar segera tinggalkan UMNO sebelum terlambat. Perlu diingat bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman sendiri mendedahkan bahawa UMNO adalah sebuah Parti Kebangsaan Berfahaman Sekular. Sekular adalah satu fahaman Kristian yang menyesatkan. Fahaman yang memisahkan agama dengan politik.
Kesimpulannya, adalah tidak keterlaluan bahawa UMNO memang sebuah parti yang berfahaman sesat dari sudut pandangan Islam.
Sebagai seorang muslim, adalah WAJIB hukumnya kita meninggalkan UMNO. Marilah sama-sama kita menyertai PAS sebuah jamaah yang terbukti keikhlasannya untuk melaksanakan Pemerintahan Islam yang syumul.
Catat Ulasan