Popular Today

Rabu, Februari 11, 2009

Tindakan terdesak PAS


Mana bukti?

Ini berikutan laporan beberapa akhbar on-line yang mendakwa Kementerian Dalam Negeri KDN) merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor yang juga didakwa berlaku di Pulau Pinang dan Johor.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.

Tambahnya, pihak berkuasa juga telah memberikan "tekanan" kepada akhbar tersebut sebelum edisi semalam - yang diedarkan mulai hujung minggu lepas - dicetak.

Namun dalam laporan tersebut hanya menyebutkan secara umum iaitu tajuk semata-mata dan kenyataan dari pemimpin parti PAS dan bukannya lokasi dan dimana kejadian berlaku, ataupun laporan polis yang telah dibuat. Dengan kata lain ianya hanya tuduhan semata-mata.

Namun kita memahami bahawa ini tindakan terdesak PAS bagi menimbulkan sentimen benci yang berterusan kepada UMNO dan kerajaan dengan kononnya UMNO dan kerajaan menzalimi mereka dan seterusnya mengukuhkan sokongan ahli mereka terhadap kepimpinan PAS.

Inilah sebenarnya cara kotor mereka yang sentiasa tanam sifat dendam dan benci yang berterusan kepada UMNO. Ini sebenarnya menunjukkan kotornya hati mereka yang sentiasa menyangka tidak baik sesama saudara seagama.\\


JAWAPAN : Operasi KDN di seluruh negara

Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan rampasan terbaru dua akhbar PAS dan PKR, masing-masing Harakah dan Suara Keadilan.

Setiausaha bahagian itu Che Din Yusoh berkata, operasi itu dijalankan di seluruh negara, bukan di negeri-negeri tertentu seperti didakwa oleh pihak akhbar-akhbar utama pembangkang itu.

Menurutnya, rampasan itu terpaksa dibuat kerana kedua-duanya didapati dijual secara terbuka kepada orang awam, sedangkan akhbar parti hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja.

"Selama ini kita biar, dia jual secara terbuka," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan jumlah terperinci rampasan.

"Saya tidak tahulah berapa (jumlahnya). Anak-anak buah saya yang buat," katanya.

Beliau turut menyifatkan kedua-dua akhbar berkenaan "semakin berani" melakukan jualan terbuka dan kandungannya juga kadang-kadang tidak tepat.

"Akhbar parti ini untuk berita parti dia sahaja, bukan untuk mengkritik orang lain. Kadang-kadang kita tengok tidak ada bukti pun macam kes (ketua polis negara) Tan Sri Musa Hassan didakwa nazak,” katanya, sambil ketawa kecil.

kata Aspirasi : Orang lain kena ikut peraturan, tapi diri sendiri tak ikut peraturan tak pa.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS kecam tindakan rampas Harakah dan Suara Keadilan
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi.

"Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak.

"Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan," tegas beliau.

Mahfuz juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Media arus perdana kata beliau, mengambarkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka tetapi ketika krisis perlantikan Menteri Besar di Terengganu dan Perlis, pemimpin Umno yang menolak cadangan Sultan tidak digambarkan sedemikian.

"Bila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, media arus perdana akan memberi gambaran yang buruk sedangkan pemimpin Umno ada yang bertindak lebih teruk dari itu," jelas Mahfuz.

Beliau merujuk tindakan Tan Sri Annuar Musa yang menabalkan sultan Kelantan yang baru pada tahun 1993 kerana Sultan Kelantan yang sedia ada, Sultan Ismail Petra tidak sehaluan dengan pemimpin Umno Kelantan.

"Kalau nak dikirakan menderhaka tindakan Annuar Musa ini lebih derhaka berbanding yang Nizar," tegas beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar arahan segera dikeluarkan agar perbuatan merampas Harakah dan Suara Keadilan serta akhbar alternatif yang lain dihentikan

Tanpa Nama berkata...

KDN rampas Harakah, akhbar PKR

Akhbar dwimingguan PAS Harakah yang memuatkan edisi-edisi terkini pergolakan politik di Perak dirampas di negeri itu, Kedah dan Selangor.

Difahamkan pengedar-pengedar juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi parti itu.

Gangguan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga didakwa berlaku di Pulau Pinang dan Johor.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.

Tambahnya, pihak berkuasa juga telah memberikan "tekanan" kepada akhbar tersebut sebelum edisi semalam - yang diedarkan mulai hujung minggu lepas - dicetak.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan perinci bentuk tekanan tersebut, dipercayai mengenai tajuk utama dan kandungan laporan akhbar tersebut mengenai rampasan kuasa BN terhadap kerajaan pimpinan menteri besar PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai minggu lepas.

Edisi Jumaat lepas yang memuatkan laporan muka depan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dianggap "memihak kepada BN" susulan keputusannya tidak mengiktiraf kekosongan dua kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang seperti didakwa oleh speaker dewan itu, V Sivakumar.

Ahmad Lufti berkata, Harakah sedang menghubungi pengedar-pengedarnya di negeri-negeri lain untuk memastikan sama ada mereka juga mengalami masalah seumpama itu.

Katanya lagi, beliau tidak menyangka rampasan itu berlaku kerana tiada notis diberikan dan ia berlaku secara "tiba-tiba".

Pengurus pemasaran akhbar itu Shuhaimi Embong pula berkata pihaknya akan menyediakan khidmat peguam jika penjualnya memerlukan dan akan membayar ganti rugi atas rampasan tersebut.

Tambahnya, beliau sedang mengumpul data lengkap dan akan menunggu jumlah rasmi daripada kementerian terbabit.

Pada Jun tahun lalu, kerajaan meluluskan permohonan tabloid rasmi PAS itu untuk diterbitkan dua kali seminggu.

Sebelum ini, Harakah diterbitkan dua kali sebulan, sejak tahun 2000.

Sementara akhbar PKR Suara Keadilan juga mengalami rampasan sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan bulan lepas, di Johor dan Melaka.

Menurut ketua penerangan PKR Tian Chua, rampasan itu kemungkinan berhubung laporan janji-janji politik yang didakwa gagal ditunaikan oleh timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak didakwa tidak memberikan RM4.18 juta kepada 26 masjid dan 42 surau di Pulau Pinang sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos lepas.

Beliau dilaporkan berkata akan berbuat demikian segera bagi menjawab kempen pembangkang di Terengganu.

Chua juga berkata pegawai-pegawai KDN turut menakut-nakutkan penjual agar tidak mengedar Suara Keadilan.

Tambahnya, PKR akan mengumpul maklumat lengkap dan bertemu KDN untuk membincangkan perkara tersebut. - Malaysiakini

Tanpa Nama berkata...

Jangan jadi Jebat, jangan jadi penderhaka, Nizar penderhaka, Malaysia Tanah Melayu…Ini sebahagian kata-kata yang terpampang dalam demontrasi anjuran Umno. Nampaknya Umno nak jadi hero, tapi dia nak jadi hero apa?


Umno nak jadi hero Melayu, bolehkah?

Di Johor, bukankah ada tanah di negeri itu yang digadaikan kepada warga negara Singapura dan Hong Kong? Orang Umno Johor lebih tahu mengenai keadaan bumi Johor yang tergadai. Adakah Umno lupa bahawa 139,409 hektar Tanah Rezab Melayu telah dibatalkan oleh kerajaan BN dan hanya 77,208 hektar sahaja yang diganti semula.

Kalau anda memandu di lebuhraya, anda pandang bukit-bukau di kiri kanan semasa di negeri Perak. Cuba anda Tanya orang Perak, siapa punya bukit-bukau itu semua. Melayu punya? Nizar bagi?

Bahasa Melayu bagaimana pula? Cendekiawan Melayu dan pencinta bahasa membantah PPSMI. Pedulikah Umno kepada persoalan ini?

Umno nak jadi hero Islam pula, bolehkah?

Lupakah kita kepada usaha Umno untuk menggugurkan perkataan Islam daripada Pas dan pertubuhan lain? Apa reaksi Umno bila Kelantan ingin melaksanakan hudud? Banyak lagilah…

Sekarang, Umno nak jadi hero raja pula, bolehkah?

Siapa tabal raja di bawah pokok kelapa di Kelantan kalau bukan Anuar Musa. Dia orang Pas? Siapa yang hentam Sultan Kelantan dalam isu Lamborghini? Shahidan, Mohd Mat Taib dan Idris Jusoh tentu tahu.

Tapi jangan bimbang wahai Umno, anda boleh jadi hero. Pemimpin anda juga memang hero. Hero apa? Anda tanyalah kepada Tengku Ahmad Rithauddeen. Dia ada jawapannya.

Tanpa Nama berkata...

BUNGARAYA
Harakah bukanlah media cetak yang menyediakan maklumat yang benar dan Ikhlas. Apa yang ditulisnya adalah semata-mata dakyah parti pembangkang. Dulu banyak memperkatakan dakyah PAS dan kini Pakatan Rakyat. Masalah suasana politik di Perak ditulis dari kaca mata hasutan pembangkang. Sorrylah jikalau kerajaan BN merasakan ianya adalah merupakan satu hasutan dan lebih drp satu dakyah politik positif.

rezqeen hill berkata...

Haih~ PAS ni tak phm² lg yg dorg tu menyusahkn org Melayu je..

Punca² perpecahan org Melayu adalah drpd PAS & PKR..

Paper dorg tu dipublish kn ikot nafsu.. Sesuke hati je nk kuarkan isu² sensitip..

taipingmali berkata...

KDN berhak pada bila-bila masa untuk menghalang dan merampas sebarang jenis bahan cetakan sekiranya ia mempunyai usur-unsur hasutan, salah tatacara pengedaran dan jualan. atau cetakan tanpa kebenaran atau tanpa ISBN.

Harakah dan Suara Keadilan telah lama bersalah kerana menjual secara umum di kedai-kedai buku dan kioks. tahniah kepada KDN meraka bertindak tegas.

Kongsi Link Anda