Popular Today

Isnin, Februari 09, 2009

UMNO perlu kembali ke perjuangan asal

Banyak perkara yang banyak terlepas pandang oleh UMNO pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang lalu. Namun Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT, Perak telah kembali ke pangkuan UMNO. Dengan kembalinya Perak ke pangkuan UMNO, maka pemimpin dan ahli UMNO perlu melihat dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

Hakikat kuasa hanyalah dipinjamkan sementara oleh Allah SWT. Allah memberi kuasa dan Allah juga yang akan menariknya. Maka, jika hakikat ini tidak dapat diterima maka akan berlakulah sebagaimana Pakatan Rakyat Perak sekarang ini. Oleh itu, UMNO perlu mengambil iktibar di atas kehendakNya.

Walaupun pahit itulah hakikat sebenar yang perlu ditelan oleh UMNO. UMNO secara tidak sedar telah meninggalkan rakyat, oleh itu secara tidak langsung, rakyat telah jauh hati dengan UMNO.

UMNO dilihat semakin tidak prihatin terhadap masalah dan bantuan terhadap rakyat. Bantuan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat tetapi tidak sampai ke tangan mereka. Akhirnya mereka dengan menunjukkan protes mereka dan mengundi pihak pembangkang.

Terdapat sebab utama iaitu UMNO gagal menjalankan tugasnya dengan mengesan dan seterusnya membela rakyat yang susah, rumah rosak yang perlu diperbaiki, ibu-ibu tunggal yang ditinggalkan, warga emas yang dilupakan dan orang yang kurang upaya disisihkan.

Mereka ini kebanyakannya oleh pemimpin-pemimpin UMNO samada di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Pemimpin ini lebih rela untuk mengeluarkan wang untuk memenangi sesuatu jawatan dari membela rakyat yang dalam kesusahan.
UMNO perlu mengubah sikap dan kembali ke asal perjuangan untuk membela bangsa dan agama. UMNO perlu keluar dari zon selesa dan membuat kerja dan yang pastinya banyak diluar sana yang perlukan bantuan dan pembelaan.

Dengan kembalinya Perak ke Pangkuan UMNO, maka UMNO perlu membuka lembaran baru dalam berpolitik dan memperjuangkan nasib bangsa. Jika ini dapat dilakukan nescaya UMNO akan kembali mendapat kepercayaan daripada rakyat.

Apa yang rakyat mahukan ialah perhatian dan bantuan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan dan ianya bukanlah sesuatu yang berlebihan. Oleh itu UMNO perlu segera bangun dan bertindak dan bukan beretorik semata-mata, jika tidak mahu kehilangan kuasa.

UMNO, Melayu dan Islam sehati sejiwa...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya pun nk join jd BPN
BADAN PENYAMUN NEGARA ...kah..kah.kah

zeck berkata...

Kalau saya malu nak ckp sebagai melayu, penakut dan main belakang.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong abg zeck,sokong yang main belakang macam abg nuar...

Kongsi Link Anda