Popular Today

Jumaat, Mac 27, 2009

Yes Sir! as your command sir!

Kemenangan Tan Sri Muhyidin memberi kelegaan terbesar di`dalam UMNO dan luar UMNO. Rakyat mahu melihat pemimpin yang berani menyampaikan hasrat akar umbi dan itulah di TS Muhyidin.

Reaksi keseluruhannya TS Muhyidin sangat diterima sangat baik oleh ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Apa yang penting sejauh mana TS Muhyidin boleh menghidupkan dan menyemarakkan jentera UMNO dan mengembalikan kepercayaan kepada UMNO dan BN.

Baru sahaja memganag tampuk kerusi Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin buat pertama kalinya akan mengetuai kempen Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi tiga pilihan raya kecil di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dan Batang Ai serta kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Katanya, keputusan itu diambil ketika beliau dan tiga naib presiden yang baru Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertemu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam.

"Saya diarahkan oleh Datuk Seri Najib untuk mengambilalih peranan pilihan raya kecil di di tiga kawasan itu dan naib presiden juga dibahagikan tugas untuk bersama-sama turun ke bawah," katanya pada sidang akhbar di Bilik Negeri Sembilan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Katanya Ahmad Zahid diberi tanggungjawab "menjaga" kerusi Parlimen Bukit Gantang, manakala Hishamuddin dan Shafie masing-masing di DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Air.

2 ulasan:

Jumayatara berkata...

Std le beb....tak kan bos nak buat kerja. TSM sub kat naib-naib.
Naib-naib sub kat ketua negeri
Ketua negeri sub kat palaci-palaci...

Uji Minda anda : Dimanakah maksud ayat dibawah ni biasa disebut-sebut??

Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Tanpa Nama berkata...

Nik aziz kata beliaulah nakhoda, tapi masa Nizar diumumkan tak ikutpun nakhoda

Kongsi Link Anda