Popular Today

Selasa, April 07, 2009

Gambar Palsu : Calon BN buat laporan polis

Calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian membuat laporan polis berhubung satu surat layang berbentuk fitnah yang dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya ditulis oleh beliau sendiri.

Ismail, yang ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Simpang jam 6.45 petang tadi menafikan menghantar surat berkenaan kepada Perdana Menteri dan berkata ia adalah satu propaganda pihak pembangkang terhadap beliau.

"Ini satu kempen terdesak oleh pihak pembangkang yang cuba mencemar nama baik saya dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan memalukan dirinya dan keluarga serta rakan-rakannya," katanya.

1 ulasan:

AriffSMB berkata...

Pembangkang dah tak de isu yang relevan untuk diketengahkan...jadi untuk menarik perhatian rakyat maka fitnah dan menjatuhkan aib orang lain menjadi pilihan mereka sekarang...rakyat sudah dapat menilai perkara sebenar...apatah lagi Ismail saffian, calon BN merupakan anak tempatan dan sudah tentu dikenali oleh masyarakat tempatan...

Kongsi Link Anda