Popular Today

Jumaat, Jun 19, 2009

Al-Kisah 10 budak hitam (10 MP Pas yang sokong Nik Aziz)

Semalam dengan bangganya satu laporan akhbar menunjukkan sokongan 10 wakil Ahli Parlimen (AP) pembodek Nik Aziz ini menyokong tindakan beliau.

Mereka mengisytiharkan beramai-ramai menolak idea kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Mereka juga menegaskan kembali pentingnya PAS berpegang teguh pada keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu yang ingin menguatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Namun hari ini 10 orang AP ini dianggap dangkal fikirannya oleh Ustaz Zulkharnain Abidin, Exco Dewan Ulama PAS Pusat.

Beliau berkata "Saya tidak pasti yang mana lebih dahulu. Kenyataan akhbar TG Nik Aziz untuk panggil pemimpin tertinggi PAS untuk mengadakan mesyuarat ukhuwwah lebih dahulu atau kenyataan akhbar 10 MP itu dibuat lebih dahulu."

Seterusnya beliau berkata "Kalau kenyataan akhbar ini dibuat kemudian daripada kenyataan TG Nik Aziz, bermakna 10 ahli parlimen ini menyokong mesyuarat ukhuwwah itu. Sokongan ini kena pada masanya. Bukan sahaja mereka malah semua MP mesti menyokongnya."

10 budak hitam barua Anwar hanya mahu menjadi hero-hero, minta-minta masa akan datang dapat jawatan lebih tinggi dalam pemilihan PAS.

Zulkharnain juga menyebut "Namun 10 MP ini mencipta jurang antara mereka dengan Nasharuddin. Sokongan mereka itu tidak membawa manfaat besar sangat kepada kedudukan mereka sebagai pasukan MP PAS. Persepsi orang ialah, MP PAS rapuh semangat setiakawan."

Nah, inilah akibatnya jika AP pun mudah terpengaruh dengan rasukan al-juburi. Akhirnya masing-masing membuat keputusan sendiri dan membelakangkan pasti tetapi menyokong individu tertentu.

Antara Nik Aziz dan Hj Hadi dilihat Nik Aziz lebih licik berpolitik manakala hj hadi sebaliknya. Dalam Blog Azizi Abdullah menyebut "Tuan Guru Haji Hadi dilihat sekarang sebagai Presiden yang tidak mempunyai kekuatan politik tetapi hanya berilmu tinggi dalam hal agama. Maka kerana itu beliau sudah diperalat dengan golongan cerdik pandai, yang kononnya dihebuh sekarang sebagai profesional, cerdik pandai."

Apa pun inilah sebenarnya di namakan kuasa, gila kuasa dan tamak kuasa yang sedang berlaku dalam PAS... perjuangan Islam PAS dah bekubur sekarang hanya merebut kuasa!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM PERJUANGAN
MMG NMPK SGT 10-10 BUDAK ITAM BALACI ERDOGEN DH GILE KUASA. INILAH KESEMPATAN YG TERBAIK BUAT 10 BUDAK ITAM LEGAM PEKAT BAGAI MONTOT KUALI TU BERMUKA2 DGN TGNA. JGN TEKEJUT BILA USTZ NASHA AKAN DI SINGKIRKAN DARI JAWATAN BELIAU. SEMUANYA DLM PERANCANGAN AL-JUBURI

Tanpa Nama berkata...

Sah,semua 10 geng Erdogan,yang lebih mementingkan Anwar dari parti sendiri.

Yang tidak mahu umat Islam bersatu.

Yang terikut2 kebencian Nik Aziz dan permainan politik Anwar.

Bila lagi pengikut PAS yang mahukan umat Islam berjaya dan bersatu NAK BANGKIT mempertahankan Islam dan usaha2 Ustaz Nasha???

Unknown berkata...

hmmm...perlah nk jd ngan Umat Islam akhir2 ni...berpecah belah..yg dulu kawan leh jd kawan sekarang...bodek membodek ni amalam lamalah...x berbaloi pun...pada sy, ketokohan Hj Hadi menampakkan beliau berfikiran terbuka dan tidak lupa asal usul dan keturunannya..Wahai orang2 PAS,bawak2lah bermusyawarah...x rugi pun kita berpakat...utk bangsa kita jgak..rengung2kanlah...

Kongsi Link Anda