Popular Today

Jumaat, Jun 19, 2009

Ketua Dewan Ulama : Nasharudin tidak membuat kesalahan besar!

Seorang lagi pmimpin teringgi PAS menyanggah kenyataan Nik Aziz, terkini Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, beliau tidak nampak Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa melakukan sebarang kesalahan besar dalam isu penubuhan kerajaan perpaduan sehingga beliau perlu meletakkan jawatan.

Beliau juga sependapat dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyatakan adalah terlalu awal untuk meminta Nasharuddin berbuat demikian. "Saya tidak nampak apa-apa kesalahan besar yang dilakukan sehingga kini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Abdul Hadi pada hari pertama muktamar parti itu di Shah Alam pada 5 Jun lalu mempertahankan ideanya untuk melaksanakan konsep kerajaan perpaduan kerana yakin ia mampu menyelesaikan banyak masalah yang berlaku di negara ini.

Malah dalam isu itu, Harun dalam kenyataannya semalam berkata, antara asas pembentukan kerajaan perpaduan yang dicadangkan adalah menjadikan Islam sebagai tunjang pemerintahan.

Sebenarnya banyak perkara dalam isu kerajaan perpaduan ini bukanlah semua ahli PAS bersetuju dengan Nik Aziz secara mutlak. Ada juga yang berpendapat sebaliknya kerana berpendapat asas pembentukan kerajaan perpaduan yang dicadangkan adalah menjadikan Islam sebagai tunjang pemerintahan.

Sekarang ini semakin jelas siapa sokong siapa di dalam PAS.. ramai pemimpin PAS yang menyatakan pendirian mereka. Apa yang pastinya Dewan Ulama PAS menyokong Us Nasharudin dan Hj Hadi!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perbezaan pendapat antara PAS dengan PKR/DAP dapat diketepikan oleh PAS.

Yang ganjilnya,perbezaan pendapat dalam PAS sendiri membawa huru-hara walaupun tujuannya ialah kekuatan umat Islam sendiri.

Sehinggakan Nik Aziz tidak lagi menonjolkan sikap ulama,dengan perasaan marah tak terhingga,dendam,menghina ahli sendiri sebagai sampah,dan buruk siku meminta balik kawasan parlimen.

Yang sayangkan Nik Aziz tu tolonglah selamatkan dia,pastikan dia tak diracuni oleh proksi2 Anwar.

Kongsi Link Anda