Popular Today

Isnin, Jun 01, 2009

Komen Khir Toyo tentang kemenangan PKR di Penanti


1. Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyifatkan PKR sebagai 'gila talak' apabila hampir saban hari sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil DUN Penanti, tetap menghentam dan menyerang Umno dan BN walaupun calonnya tidak bertanding.

2. "Kata mereka ketiadaan BN menyebabkan ramai tidak berminat keluar mengundi," tulis ketua pembangkang DUN Selangor itu dalam blognya hari ini.

3. "Sungguh melucukan ada pula pemimpin muda mereka yang bersedia menghalang mana-mana bas keluar dari Penanti ketika hampir hari pembuangan undi. Jika dulu mereka kata pengundi hantu lalu halang bas masuk ke kawasan pilihanraya kecil. "Hari ini mereka mahu halang bas keluar pula kononnya hendak halang pengundi yang sah dari keluar kawasan pilihanraya. Mereka menentukan peraturan, mereka membuat keputusan dan mereka melaksanakan penguatkuasaan.

4. "Namun apabila diperhatikan polemik dan politik PKR dan parti-parti sekutunya sejak menang beberapa negeri sehingga sekarang ini, kenyataan paling sesuai bagi cara mereka mentadbir dan berpolitik ialah 'politik bogeyman'," tulis Dr Mohd Khir dalam blognya hari ini. "Kempen mereka, kenyataan mereka dan ceramah mereka meletakkan apa sahaja kesalahan atau kekurangan atas BN.

5. "Kecenderungan ini sudah nampak dalam pilihanraya di DUN Penanti. Sungguhpun media alternatif seperti Malaysiakini dan Harakahdaily memaparkan kenyataan bahawa PKR menang besar, namun realitinya sungguh berbeza. "Selain jumlah keluar mengundi yang rendah, jumlah undi kepada PKR juga merosot lebih seribu undi. Pada 2008, (Mohammad) Fairus (Khairuddin) dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi. "Realitinya, sokongan terhadap PKR di kubu kuatnya sendiri sudah berkurangan. Mungkin sudah ramai yang bosan dengan taktik kempen menjadikan BN sebagai boogeyman ini. Hanya masa akan menentukan," tulis Dr Mohd Khir.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Helo Toyol,

Awak ini dicop Ketua Perompak di Selangor. Semasa jadi MB Selangor, naik kapal terbang business class,duduk di hotel--presidential suite--1 malam RM120,000. Lepas itu angkut semua dalam keluarga termasuk pembantu rumah. Buat rumah bernilai ratusan juta--pada hal gaji sebagai MB berapa sahaja. Kalau bukan duit rasuah--mana dapat sebanyak duit ini--tapi claim to be a simple person. DUN Selangor telah buktikan awak ini Ketua Perompak Selangor--jadi jangan cakap banyak--tunggu PRU13 pasti akan masuk penjara--sekarang awak bebas hanya kerana bos awak Najib adalah Ketua Perompak Negara--jadi mestilah dia tak akan ambil tindakan terhadap awak.

Anti Umno

Tanpa Nama berkata...

Yang gila talak sebenarnya Khir Toyo. Dia ni sebenarnya dah gila meroyan. Bila-bila masa pun boleh dihantar ke Tanjung Rambutan.

Tanpa Nama berkata...

kenapa kerajaan selangor tak berani lapor BPR? Teng siap kata lagi kalau BPR mahu bukti cari sendiri, saksi dan bukti dalam Selcat dilindungi imuniti.

Kongsi Link Anda