Selasa, Julai 07, 2009

Gempar - Nizar cuba pujuk YB Jamal!

Setelah ‘berpisah’ kira-kira empat bulan, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, hari Selasa lepas (30 Jun 2009) buat pertama kalinya cuba menghubungi bekas Exconya yang kini ADUN Bebas kawasan Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.

Jamaluddin yang dihubungi Agendadaily mengesahkan Nizar menghubungi beliau melalui telefon bimbitnya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, beliau tidak menjawab panggilan tersebut kerana tidak mahu melayan bekas Menteri Besar itu.

“Dulu masa kita minta dia hubungi kita, dia enggan berbuat demikian…sekrang pula baru nak telefon. Tak payahlah, saya tak minat nak bercakap dengannnya,” kata beliau.

Menurut Jamaluddin, Nizar menghubunginya jam 12.09 tengah malam dan semasa menerima panggilan tersebut, beliau sedang mengadakan pertemuan dengan beberapa Ketua UMNO Cawangan di Behrang.

Bagi membuktikan memang Nizar yang menghubunginya, beliau telah meminta salah seorang yang hadir pada pertemuan itu menghubungi semula nombor telefon berkenaan dan sah nombor tersebut adalah milik Nizar.

Ditanya kenapa beliau tidak menjawab panggilan Nizar bagi sekurang-kurangnya mengetahui apa tujuan beliau membuat panggilan berkenaan, Jamaluddin mengulangi “Saya tak minat nak bercakap dengannya”. – 7/7/2009

3 ulasan:

Kelana berkata...

Setakat panggilan telephone aja..
tu pun dah menggigil...
Ckp dgn YB Jamal tu, panggilan malaikat sakaratulmaut nnt, rasa nya dia pun tak menggigil.....
Org islam yg memutuskan tali silaturahim melbihi 3 hari...
maksudnya, YB Nizar nak mengeratkan tali silaturahim...

lebai berkata...

Nizar kena hentam lagi dengan Hakim Mahkamah Rayuan hari ini. baca dalam blog lebai.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Kelana,
Tu bukan panggilan malaikat maut, tu panggilan minta nyawa, sebab dah nak tenggelam. Masa dah nak tenggelam ni la baru ingat orang yang di anianyanya. Masa ada kuasa, masa senang mana nak ingat orang lain, biasa la tu, manusia yang cakap tak serupa bikin, nizarrrrr

Kongsi Link Anda