Popular Today

Khamis, Oktober 22, 2009

Ahli Parlimen PKR bersalah - penjara 6 bulan dan denda RM3,000

Terbaru :Kalau dah bos samseng anak buah laggilah samseng. Seperti diduga, Ahli Parlimen PKR Kawasan Batu Tian Chua mendakwa hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3,000 terhadapnya oleh Mahkamah Majistret sebagai tidak adil "Saya akan merayu dalam tempoh 14 hari. sementara itu saya akan jalankan tugas sebagai wakil rakyat seperti biasa," katanya di lobi Parlimen, Khamis.

Berita sebelum ini: Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari Khamis kerana didapati bersalah mencederakan seorang konstabel polis dengan menggigit tangan polis berkenaan pada satu perhimpunan haram dua tahun lalu di luar kawasan Parlimen.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Faizi Che Abu yang memerintahkan hukuman berkenaan dilaksanakan berkuatkuasa hari ini. Tian Chua bagaimanapun memohon penangguhan hukuman tersebut dan akan membuat rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan ke atasnya itu.

undang-undang dengan hukuman yang diterima, keanggotan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen gugur dan pilihan raya kecil perlu diadakan di kawasan Parlimen Batu.

Bagaimanapun pilihan raya kecil tidak boleh diadakan sehingga proses rayuan selesai. Jika hukuman ke atas Tian Chua dikekalkan hingga semua proses rayuan diselesaikan, barulah pilihan raya kecil akan diadakan. - 22/10/2009

Sumber: Agenda daily

1 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

PEMIMPIN DAN BLOGERS UPAHAN PAKATAN RAKYAT DAH BISING KATA INI KONSPIRASI...CAKAP YE JEE..SEBAB TIAN CHUA DAH DIUPAH OLEH BN UNTUK MELAKUKAN BENDA NI SEMUA ..BEGITU JUGAK DENGAN PERLAKUAN MONYET GOPALA DI PERMATANG PASIR...PIIIEEERAAHHH...DIORANG INI NEGERI PHON SEBATANG DIBAWAH KERAJAAN NIZAR KUT..YANG MANA TAKDE UNDANG2...

Kongsi Link Anda