Khamis, Oktober 22, 2009

Pilihanraya kecil lagi?…

SMS dan khabar angin wakil rakyat itu dan wakil rakyat ini sakit,nazak malah sudah meninggal dunia nampaknya menjadi semakin rancak sejak berakhirnya pilihanraya kecil Bagan Pinang 11 Oktober lalu.

Terbaru,Rabu Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan kesal dengan perbuatan yang didakwanya oleh pembangkang tergamak sebar kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri Johol dari Barisan Nasional ,Datuk Roslan Md Yusof yang kini sedang bercuti sakit sudah meninggal dunia.

Selasa ada SMS yang berlegar dakwa kononnya Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas meninggal dunia sedangkan beliau sihat sejahtera menghadiri sidang parlimen yang sedang berlangsung.Kini ada cerita mengatakan Ahli Parlimen PKR kawasan Hulu Selangor Datuk Zainal Abidin Ahmad juga sakit.Beliau tidak kelihatan menghadiri sidang parlimen sejak ia bermula Isnin..-22/10/2009

Sumber : agendadaily.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda