Khamis, Oktober 22, 2009

Nizar Derhaka kata Orang Melayu mula terima PR…

Setelah tewas di Bagan Pinang, kurang majority Melayu di Penanti, Manik Urai, Penanti dan Bukit Gantang … Nizar Derhaka ni masih mengatakan orang Melayu masih menerima PR…

Agaknya dah gila talak Nizar Derhaka ni... memang benarlah orang kata bahawa Pemimpin PAS ini cakap memang membabi buta.. tak tengok fakta langsung. Ni nak tipu rakyat lagi la ni.

Agaknya kekalahan PAS di Bagan Pinang mungkin bukti rakyat dah muak dengan lakonan dan pembohongan PAS selama ini kepada rakyat. Rakyat menilai apa yang dikatakan pemimpin pembankang biasanya hanya tuduhan semata-mata tanpa bukti yang kukuh.

Kata Nizar Derhaka "Kini orang Melayu telah mula membuka minda dan mata bahawa rupanya ada orang lain atau parti lain yang boleh urus tadbir Perak atau Malaysia. Bahkan lebih wibawa, cekap dan penuh amanah. Akhirnya orang Melayu Perak mulai sedar dan menghampiri setiap program anjuran PR," katanya.

Apanya yang wibawa, cekap dan penuh amanah nizar derhaka oooiii... tak cukup lagi ke nak jual bangsa Melayu kepada komunis DAP tu.. Tak cukup lagi nak musnahkan institusi Melayu dan Sultan.. Tak cukup ke lagi penderhakaan dan kerosakan yang dibawa kepada rakyat Perak.

Selagi Pakatan Rakyat masih ikut telunjuk DAP Komunis yang mahu membuang keistimewaan orang Melayu, yang mahu menjadikan Malaysian Malaysia maka selagi itulah orang Melayu akan menolak Pakatan Rakyat. Orang Melayu berpendapat PAS hanyalah kuda tunggangan DAP komunis semata-mata yang hanya mencari kesempatan untuk raih sokongan orang bukan Melayu.

Orang Melayu semakin sedar PKR dan PAS tidak mampu mempertahankan Melayu dan Islam kerana mereka hanya mengikut telunjuk DAP komunis.

Orang Melayu melihat UMNO sahajalah yag mampu menegak dan mempertahankan hak keistimewaan mereka dan ini telah terbukti... bukan untuk orang Melayu sahaja bahkan untuk semua rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda