Popular Today

Khamis, Oktober 22, 2009

Pengundi bukan Melayu semakin dingin terhadap PAS

Pemimpin dan penyokong PAS semakin hari semakin resah.. apatah lagi mereka merasakan jika sesuatu tidak dibuat pastinya mereka akan rebah suatu hari nanti.

Tidak lain dan tidak bukan ialah isu pengundi bukan Melayu yang semakin dingin sokongannya terhadap PAS. Tentu ianya adalah kesan kekalahan PAS pada pilihanraya kecil yang lalu di Bagan Pinang apabila majoriti rakyat Melayu, Cina dan India menolak PAS secara total.

Kini mereka menghadapi dilema yang lebih menakutkan apabila sambutan rumah terbuka PAS sangat dingin dari bukan Melayu apabila hanya di hadiri beberapa orang sahaja dari bukan Melayu.

Petanda pertama adalah pilihanraya Bagan Pinang di mana PAS kalah di SEMUA PETI2 UNDI CINA dan INDIA. Petanda kedua adalah Hari Terbuka PAS Pusat sempena Hari Raya Aidil Fitri di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibilang dengan jari. Tidak seperti tahun lepas di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibanggakan, tapi tahun ini kedatangan mereka amat memalukan PAS.

Kalau tiada tindakan drastik dari PAS, akan ada lagi petanda-petanda susulan dari orang bukan Islam yang akan berakhir dengan PAS kalah di kebanyakan kerusi yang akan dipertandingkan.

Saya tidak terkejut kerana semenjak menang lagi pada 2008, kepimpinan PAS Pusat telah mengambil sikap anti-Cina dan anti orang bukan Islam. Dato Hasan Ali telah sewenang2nya memainkan isu perkauman bermula dari isu perlantikan Madam Low sebagai Pengerusi PKNS (walaupun selepas itu beliau berjaya ‘cover’).

Selepas itu beliau mengamuk pasal isu arak dengan membuat kenyataan tanpa mengira sensitiviti kaum di Selangor dan menyuruh Ronnie Liu letak jawatan. Selepas itu dalam isu Kepala Lembu dan Kuil S23 yang beliau ambil keputusan untuk BERDIAM DIRI SAHAJA walaupun jelas telah berlaku penghinaan kepada agama Hindu tanpa provokasi.

Nampaknya dalam hal ini mereka menyalahkan Hassan Ali yang agaknya terlalu keras menentang dasar Pakatan yang sangat bertentangan dengan Islam khasnya isu rampasan arak di mana exco PKR Selangor telah masuk campur agar dibebaskan. Maksudnya PAS lebih rela menyalahkan Hassan ALi dari menyalah ronnie liu yang meyalahgunakan kuasa untuk membenarkan arak dijual di kawasan Melayu.

PAS kini dalam persimpangan... namun sebenarnya dalam hal ini PAS dah jauh menyimpang dari asa perjuangan mereka... mereka kini semakin sesat di peluk DAP komunis.... umpama lembu yang ditarik hidungnya.... Apatah lagi tindakan PAS yang mahu menubuhkan sayap kafir dalam parti itu dilihat sebagai tindakan uniliteral tidak menampakkan semangat kerjasama sesama rakan dalam Pakatan Rakyat. Tidak seperti BN yang penyokongnya sentiasa bersatu atas panji dan simbol BN atau dacing tetapi tidak PAS... PAS tidak mempercayai sekutunya dalam mendapatkan sokongan kaum bukan Melayu terhadap mereka.

Namun dalam hal ini BN juga tidak boleh berpuashati terhadap sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN. Kerja keras perlu dilakukan untuk memenuhi keperluan dan aspirasi mereka agar kepercayaan mereka terhadap BN dapat di perkukuhkan lagi.

Kesimpulannya ialah PAS akan kalah jika hanya penyokong mereka sahaja yang mengundi mereka... kemenangan PAS pada pilihanraya yang lalu ialah disebabkan sokongan bukan Melayu dari parti kawan mereka yang kini PAS tidak percaya dan yakin kepada mereka.

3 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Alaaa..kesian sungguh dengan puak pak lobai berjanggut sejemput ni..baru nak ngaku kemenangan PAS hanya disebabkan undi daripada bangsa asing...sedar laa bahawa didalam setiap pilihanraya kecil bermula daripada Bkt Gantang..peratusan undi melayu terhadap PAS@pasti angguk sahaja dah berkurangan..orang melayu dah mula sedar bahawa perjuangan pas bukan berteraskan islam tetapi perjuangan mereka sama sahaja dengan orang bn tiada bezanya...bila belum berkuasa pandai lah bercakap dan menyalahkan orang lain tetapi bila dah dibagi kuasa umpama berok dapat bunga jee..tak reti nak buat pebenda pun ..cuma menjadi balaci kepada si cina kapir...

Sebenarnya kita harus sedar bahawa orang melayu ni walaupun terasa marah terhadap kerajaan, kaum sebangsanya serta golongan istana tetapi pabila sultan sebagai penaung orang melayu dan juga kaum sebangsanya dicaci dan dicerca..oleh bangsa asing dan sikapir laknat...hati kecil mereka akan terasa dan mereka kan bangun untuk menunjukkan kuasa meraka...
so sedar lah pak lobai ooiii...berpijak lah dialam nyata dan jangan dok berangan seperti mat jenin..nanti jatuh kebawah jee..

Yb Raz berkata...

sebenarnya orang bukan islam bukannya sokong sangat pas ni..mereka tahu buat apa nak sokong parti agama lain..

mereka cuma sokong kerana dap yang suruh..itupun sebab mereka lihat kepimpinan pakLah agak lemah ketika pru 12 lepas.

kalau Najib pimpin baik negara ni tak mustahil malah comform memang mereka sokong semula BN dalam pru 13 nanti.

Pas ni cuma syok sendiri..sendiri fikirlah ade ke penganut agama lain yang nak sokong parti agama yang berlainan dengan mereka..kitapun tak kan sokong parti agama buddha, kristian dll..

Aspirasi berkata...

Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap PAS kerana Pakatan Rakyat Sahaja... jika PAS bersendirian mereka pasti tidak akan mengundi PAS...

Mereka tidak pernah lupa apa yang hadi awang kata tentang orang kafir!

Kongsi Link Anda