Isnin, November 02, 2009

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : SEMINAR POLITIK - KENAPA TAK RUJUK DEWAN ULAMA PAS..?

1. kENAPA PAS NAK ADAKAN SEMINAR KHAS BAGI MENGGANTIKAN EGM BAGI MEMBINCANGKAN KERAJAAN PERPADUAN DAN JUGA MENYELESAIKAN PERMASALAHAN TIGA TOKOH TERTINGGI PAS YANG DIKATAKAN MENDATANGKAN MASALAH KEPADA PAS..?

2. SESUATU KEPUTUSAN YANG PENTING SEBEGINIPUN PAS TAK MAMPU NAK SELESAIKAN SECARA SYURA DALAM MUKTAMAR MEREKA, DAN APATAH LAGI MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM DEWAN HARIAN (MAJLIS TERTINGGI PAS). APAKAH PAS TAKUT UNTUK BERHADAPAN DENGAN TIMBALAN PRESIDENNYA, yb NASARUDDIN, SU AGUNG, MUSTAPHA ALI DAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR, HASAN ALI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA TELUS DAN IHLAS DALAM MESYUARAT DEWAN HARIANNYA.

3. SEPATUTNYA, PAS PERLU MEMBAWA ISU KERAJAAN PERPADUAN INI DALAM MESYUARAT DEWAN ULAMA PAS KERANA DEWAN ULAMA INI ADALAH SATU-SATUNYA CARA YANG PERLU DITUNJUKKAN OLEH PAS BAHAWA MEREKA MENGUTAMAKAN GAGASAN 'KEPIMPINAN ULAMA'. KENAPA DEWAN ULAMA PAS TIDAK DIBERI MANDAT UNTUK MEMBINCANGKAN PERSOALAN POKOK MENGENAI KERAJAAN PERPADUAN INI. INILAH PLATFOM TERBAIK DAN 'AULA' BAGI PAS UNTUK MEMUTUSKAN SESUATU PERKARA BESAR YANG MELIBATKAN DASAR SEPERTI INI.

4. SETAKAT NAK ADAKAN SEMINAR SAHAJA, MAKA PAS SAMALAH SEPERTI PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI YANG HANYA MAMPU MENGADAKAN SEMINAR SAHAJA UNTUK MENYATAKAN SESUATU PERKARA SEMASA DAN JUGA ILMIAH. NAMPAKNYA PAS SUDAH TIDAK YAKIN DAN PERCAYA LAGI KEPADA SLOGANNYA SELAMA INI IAITU "BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA". APA DAH JADI DENGAN FUNGSI DAN KUASA YANG ADA PADA DEWAN ULAMA PAS. DEWAN ULAMA INI HANYA SEKADAR SEPERTI PERTUBUHAN NGO, PERSATUAN ULAMA MALAYSIA SAHAJA YANG TIDAK ADA APA-APA KESAN DAN PERANAN DALAM MEMBANTU PAS MEMBUAT KEPUTUSAN PENTING.

5. KALAU SUSAH DAN MALAS SANGAT NAK ADAKAN MESYUARAT KHAS DEWAN ULAMA, MAKA ELOK RASANYA PRESIDEN DAN JUGA SEMUA AJK PAS PUSAT SUPAYA MERUJUK KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH. CARI DALIL DAN JUGA NAS, ADAKAH MENGADAKAN PAKATAN DENGAN PIHAK BUKAN ISLAM SEPERTI DAP LEBIH BAIK DAN LEBIH MULIA DARIPADA MENGADAKAN PAKATAN DENGAN PIHAK MUSLIM SEPERTI UMNO. ADAKAH HARAM HUKUMNYA MENGADAKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN PARTI BERTERASKAN PERJUANGAN MELAYU DAN ISLAM SEPERTI UMNO..?

6. KALAU TAK JUMPA NAS DAN DALIL YANG MENGHARUSKANNYA, SAYA RASA ELOK JUGA PAS MERUJUK KEPADA KEPUTUSAN MUKTAMAR ATAUPUN MESYUARAT AJK PAS PUSAT PADA ZAMAN ALLAHYARHAM DATO' ASRI MEMIMPIN PAS KETIKA PAS BERSETUJU MENYERTAI BN PADA TAHUN 1972. APA PANDANGAN ULAMA PAS PADA TAHUN ITU YANG MENGHARUSKAN PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO..? JADIKAN KES TERSEBUT SEBAGAI 'PRESIDENCE' (DULUAN MENGIKAT) UNTUK MEMBUKA RUANG DAN JALAN KEPADA PAS MENGADAKAN PAKATAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO. KALAU TAK DAPAT JUGA DALIL DAN NAS, MAKA ELOK RASANYA PAS MERUJUK KEPADA ULAMA-ULAMA MUKTABAR DUNIA DI UNIVERSITI AL-AZHAR DAN JUGA PARA PEMIMPIN GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN UNTUK MENDAPATKAN KATA PUTUS. JANGAN TERHENTI SETAKAT ILMU CETAK YANG ADA ITU SAJA.

sumber : Abu Nawas

2 ulasan:

Teddybear Cute berkata...

Pada mereka, orang lain semua buruk. Mereka ni, maksum.

Che Leh Jangok berkata...

Manalah mereka ni nak rujuk kepada ulamak. Ulamak2 pondok zaman Asri semua dah habis kena singkir dah. Sebab dok cuba nak tegor atas perkara betul dan hak.

Ulamak kini Dr. Asri pun dok kena calar kini sebab tak nak masuk jadi puak mereka.

Kalau mengenai kerjasama sesama Islam tu tak payah lah nak rujuk kepada ulamak. Rujuk pada napsu sendiri dah lah. Tanyakan apa untung aku. Tang tu mereka sendiri memang dah ulamak dah.

Kongsi Link Anda