Popular Today

Isnin, November 02, 2009

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : ada pihak yang tidak mahu Hadi jadi PM

Konflik dalaman Pas tercetus apabila terdapat sesetengah pemimpin dan ahlinya sendiri tidak mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, keadaan itu berlaku kerana wujud dua kumpulan dalam Pas iaitu yang memihak dan menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menurutnya, kemelut dalaman parti tersebut juga bukannya disebabkan oleh idea kerajaan perpaduan tetapi kerana mereka tidak boleh bekerjasama dengan Anwar.

“Hadi Awang lebih mengetahui siapa sebenarnya Anwar. Tetapi persoalannya, siapa yang akan untung sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas analisis wartawan akhbar The Star, Joceline Tan dalam kolum Insight hari ini, yang melihat permasalahan dalam Pas bukan sahaja melibatkan golongan pro-UMNO tetapi juga anti-Anwar.

Menurut analisis itu, golongan tersebut mahukan Hadi dan bukannya Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.

Syed Ali berkata, dalam krisis kepimpinan Pas yang berlaku sekarang, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali telah dijadikan ‘kambing hitam’.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..BKN HJ HADI JE..ADE RAMAI LAGI DLM PAKATAN SONGSANG YG TERINGIN NK JADI PM!. TAPI DIORANG BERANI KER NAK LANGKAH MAYAT KARPAL DULU? HEHEH

Aspirasi berkata...

Dia orang ni cakap je lebih... tapi hampeh...

Kongsi Link Anda