Popular Today

Isnin, Februari 08, 2010

Pas Meroyan, Hj Hadi pula sedia kerjasama dengan UMNO

Bengong... gila talak... dahulu siapa yang tolak untuk bermuzakarah.. tetapi sekarang mereka yang tersorong-tersorong untuk berbincang dengan UMNO.

Hj Hadi Awang menegaskan parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama. Polisi kerjasama antara Pas dan UMNO sama ada membabitkan perkara yang boleh dibincang atau sebaliknya bukanlah pertama kali dilakukan kedua-dua parti berkenaan dan ia merupakan polisi yang berpanjangan dari dulu hingga hari ini. Kerjasama di dalam politik merupakan amalan demokrasi sebagaimana yang diamalkan negara ini yang mana Pas boleh bekerjasama dalam perkara yang boleh dipersetujui dan jika perkara sebaliknya berlaku, parti akan memberi nasihat dan ia amalan biasa bagi negara demokrasi. [rujuk sini]

AKu rasa Hj hadi ni dah kena perangkap oleh Nik Aziz.. bukanlah niat nak muzakarah sangat dengan UMNO. Cuma bila Nik Aziz bagi bola tanggung, nampaknya Hj Hadi tak tunggu masa lama langsung... terus je belasah...

Pasti ramai ahli dan penyokong PAS berkata... "amboi.. amboi.. amboi... hj hadi.. galak betul beliau... nik aziz bg sikit, dia pulak yang lebih-lebih"

Kita mengetahui bahawa pertelingkahan dalaman masih berlaku di dalam PAS, buktinya apbila kes tindakan lembaga disiplin terhadap Khalid Samad dan Hassan Ali yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan pemimpin PAS sehinggga terdapat di kalangan pemimpin mereka yang menimbulkan rasa tidak puas hati mereka melalui media.

Isu kali ini pasti akan menimbulkan pelbagai reaksi dalam PAS... pastinya suara yang tidak puas hati pasti akan lebih kdengararan dalam PAS..

Kita tunggu dan lihat..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda