Popular Today

Khamis, Mei 06, 2010

Pihak tertentu cuba sabotaj program ceramah Perdana Pemuda Kluang

Nampaknya program Ceramah Isu Semasa ini mendapat reaksi yang panas dari masyarakat sekitar Kluang.

Program ceramah isu semasa ini yang akan diadakan pada 8 Mei 2010 di Kg Paya, Kluang jam 9.00 malam merupakan program julung kali diadakan di Parlimen Kluang.

Program ini akan menampilkan Sdr Mohamad Fairus Bin Khairudin, Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap bekas ADUN Penanti. Pastinya beliau banyak akan mengupas tentang usaha jahat Pakatan Rakyat apatah lagi bekaitan dengan pemerintahan Diktator ala komunis oleh Lim Guan Eng serta akan mendedahkan siapa sebenarnya Anwar sebagai agen Yahudi dan boneka DAP.

Namun yang amat mendukacitakan ialah dalam negara demokrasi ini terdapat pihak yang selalu melaungkan demokrasi telah cuba mensabotaj perjalanan program ini.

Banner yang tergantung di Lampu Isyarat Persimpangan Sekolah Kg Melayu, Kluang dan lampu Isyarat di berdekatan Kubur Islam Kg Melayu pada semalam telah didapati hilang.

Tidak mungkin banner boleh berjalan sendiri, tidak lain dan tidak bukan ini ialah perbuatan khianat dan sabotaj pihak tertentu yang mahu mengagalkan program ini kerana panas punggung dan bimbang program ini dilaksanakan.

Bagi pihak tersebut, siapa yang makan cili akan terasa pedas. Inikah cara pihak yang hendak menawan Johor, membuat perkara yang tidak bermoral!!!

Kepada semua ahli Pergerakan Pemuda Kluang diminta sabar dan berhati-hati serta mengelakkan segala provokasi yang cuba dibuat oleh pihak tertentu.

Pemuda Kluang pasti akan terus bertekad untuk menjayakan prgram ini walaupun terdapat seribu satu cabaran.

4 ulasan:

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

Kluang kubu UMNO ...Apa nak takut bro .. kami di PP sudah biasa dah banner hilang tu semua malah depa buat report polis lg ttg ceramah2 kita ..


buat byk lagi ceramah2 bukan shj negeri PR tetapi di negeri2 BN juga .

Lintau Perak berkata...

Merosakkan banner pihak lawan adalah salah satu strategi gerombolan pakatan pembangkang.

Tidak hairan kerana inilah hasil tarbiyyah islamiah ala Pas dan indoktrinasi sosialis-komunisme DAP dan PKR.

Kita jangan terganggu dengan mainan gerombolan ini. Teruskan prog yg telah diatur dan jangan undur walau setapak pun.

kejayaan kita bergantung kepada prog dan aktiviti yg kita laksanakan, bukan pada hebatnya kita menyekat kelakuan songsang pihak lawan.

Tarik sebanyak mungkin generasi muda menyebelahi kita di samping mengekalkan sokongan sedia ada,

Aspirasi berkata...

Tq bro.

Kubu perlu dipertahankan!!! jangan sampai kubu terkulai layu.. kat Johor pun kita rasa bahang panas kat negeri pembangkang!!

InsyaAllah kita akan terus berjuang demi Melayu dan Islam

Melayu Pasir Gudang berkata...

Salam bro.

kain rantang hilang tak jadi kudis bro, kita gerakkan pemuda hantar flyers ke rumah-rumah.Kerjasama dengan POS malaysia kita pos kerumah-rumah cantik juga bro asalkan bayar stem, kalai idak rugi lagilah POS malaysia..heee.heee

Kongsi Link Anda