Kalu dah sesat tu tetap sesat jugak..
Rupanya Si Nasrudin tak puas hati dengan Nik Aziz... akhirnya yang terpendam.. keluar juga akhirnya..
Semalm Nik Aziz keluar kenyataan sokong Kit Siang sebagai TPM macam yang anwar janji dalam wawancara bersama beliau.
Dalam masa yang sama, Presiden Pas juga kata dalam Pakatan tidak dinyatakan siapa PM dan siapa TPM... Maknanya sekali Ketuanan Anwar dah digunakan dalam Pakatan.. Anwar overule kesepakatan dalam Pakatan..
Sebenarnya Nasrudin boleh dianggap vokal dalam Pas.. Tapi apa gunanya.. Pas semakin rosak.
Tapi akhirnya nanti tinggal si nasrudin ni sorang.. dia keluarkanlah sebanyak mana ayat Quran ke, hadis ke.. dan apa-apa makasid syariah.. akhirnya kata Nik Aziz tetapi jadi sandaran.. kira dah Nik Aziz ni jadi Nabi alaf baru.. habisnya dah semua sekali ikut cakap dia..
Kata Nasrudin,
""Larangan-larang tersebut jelas melarang Umat Islam mengambil orang bukan Islam sebagai pemimpin di dalam urusannya secara umum. Ketahuilah bahwasanya dengan melantik orang bukan Islam sebagai Perdana Menteri atau timbalannya seolah-olah menyerahkan urusan umat Islam kepada orang yang bukan daripada umat Islam.
Simbol pemerintahan Islam turut digadaikan dengan perlantikan orang bukan Islam sebagai pemimpin utama Negara Malaysia. Kita tidak menolak sekiranya kedapatan orang Islam dari bangsa lain yang menjadi Perdana Menteri atau timbalannya akan tetapi syaratnya mestilah dia Islam. Ini kerana di dalam Islam itu sudah lengkap dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam."[klik sini]
Tapi.. ada Nik Aziz kisah.. siapa nasrudin nak lawan Nik Aziz.. dah cukup ke ilmu dia...
Inilah beza PAS dengan Islam.. PAS dahulukan politik bukan agama...
2 ulasan:
Salam Nasrudin al haj....siapa kamu nak oppose sabda-sabda Nik nAJIS? Kail panjang seinci, sungai kelantan nak diduga! sorilah nasrudin.... sabda Nik nAJIS, Lim Kit Siang Malam boleh jadi imam, sebab LKS(M)adalah anugerah Allah swt, seperti juga Anwar Al Juburi Liwati bin Ibrahim, di anugerah Allah swt untuk memimpin orang islam seMalaysia.... Kerja CARUT menCARUT, itu ALLAH swt dan Tok Guru Nik nAJIS, manusia lain tak bole ....
Subhanallah daripada melakukan kesilapan dan kesalahan…
Ada kepincangan dalam menyatakan satu pendapat dalam artikel ini… Ini berkaitan dengan bidalan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkenaan Nabi Muhammad saw, berkenaan “abe mat” etc…
1. Penulis adakah boleh berbahasa Kelantan secara fasih? Jika ya, adakah penulis mendengar dari awal ceramahnya? Jika ya, adakah penulis selalu mengikuti ceramah Tuan Guru sejak Tuan Guru mula-mula berceramah? Jika tidak, maka, kamu telah menambahkan kebatilan ke atas kamu sendiri kerana kamu telah menisbatkan sesuatu yang beliau tidak maksudkan.
2. Tuan Guru memberi penjelasan, bahawa, jika antara dua tarikh, hari kelahiran Rasulullah dan Hari Rasulullah dilantik menjadi rasul, yang manakah yang perlu disambut, hari Nabi Muhammad menjadi rasul adalah yang lebih patut disambut. Kerana dengan kerasulannya, ummat diberkati. Itu permulaannya.
3. Tuan Guru tidak sekali-kali merendahkan martabat Rasulullah, tetapi bidalan tersebut adalah untuk menunjukkan, tiada yang mengetahui bahawa Nabi Muhammad bakal menjadi Rasul. Baginda dilayan seperti manusia biasa (disayangi kerana keperibadin beliau). Beliau tidak dilayan sebagai Rasul selepas dilahirkan, sebaliknya dilayan sebagai seorang bernama Muhammad bin Abdullah, cucu pembesar Mekah, Abdul Mutalib, yang memiliki keperibadian yang mulia.
4. Tuan Guru dikurniakan satu kelebihan iaitu beliau memahami rakyat dan kasih sayangnya kepada rakyat. Adakah penulis sedar, bahawa bukan semua manusia dilahirkan bijak untuk memahami ungkapan. Jadi, beliau cuba memahamkan penduduk yang berusia yang turut hadir ke kuliahnya dengan membuat perbandingan, dengan keadaan di Kelantan. Seorang lelaki bernama Muhammad akan dipanggil Mat. Itulah keadaan di Kelantan. Tiada yang tahu Muhammad ini akan dipanggil dengan gelaran Yang Dipertua, atau YB suatu hari nanti. Beliau dilayan berdasarkan tempatnya. Adakah Muhammad tadi akan dipanggil YB sewaktu beliau dilahirkan? Contoh yang lain, Aisyah digelar Humaira.. Adakah jika dia dilahirkan di Kelantan, akan digelar Humaira? Tentunya dia akan dipanggil Ecoh. Sama seperti bidalan posmen, untuk memahamkan pendengar. Sama seperti, baginda menisbatkan dirinya sebagai Abu Zar’in untuk memudahkan kefahaman Aisyah, bagaimana beliau melayan Aisyah ra seperti yang Aisyah ceritakan? Sekali lagi, janganlah terlalu rigid dalam berdakwah.
5. Kembali kepada ulasan. Nabi Muhammad saw memang dilahirkan bukan dengan gelaran Nabi. Tetapi, beliau dilahirkan sebagai bakal Nabi/Rasul. Kerasulannya hanya selepas 4 dekad selepas itu. Rasulullah sebelum itu sendiri tidak mengetahui adakah beliau akan menjadi Rasul. Beliau dihormati sebelum kerasulan kerana akhlaknya (dan keistimewaannya pada ketika itu), namun, beliau belum menjadi Nabi. Beliau masih lagi, Muhammad bin Abdullah, suami kepada Khadijah. Adakah kemuliaannya tercabar dengan panggilan itu, sebelum kerasulan baginda?
6. Sekali lagi, kembali kepada ulasan, hari manakah yang lebih perlu untuk disambut?
7. Dengan Allah yang menguasai Arasy, jika kamu lebih memahami ucapan Tuan Guru, maka, kamulah yang benar dan aku yang salah, dan aku pohon kamu doakan aku boleh menurut jalan ang benar. Tapi, jika kamu kurang mengerti perkataannya, maka, aku panjatkan doa akan tulisanmu ini tidak menjeratkan ke arah fitnah yang lebih besar.
Catat Ulasan