Popular Today

Jumaat, Februari 03, 2012

Komuniti Alert : Remaja OKU hilang, Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down



Hari ni hari Jumaat dah tentu ramai yang akan keluar ke Masjid Masjid dalam menunaikan Solat Jumaat. Jadi Gomo dengan rendah hati ingin meminta bantuan dari pembaca untuk sama sama kita mencari seorang remaja lelaki yang Hilang. Berikut makluman yang diberi:

Disini kak Su ingin memohon jasa baik semua untuk menolong mencari anak saudara Kak Su Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down (gambar diatas). Beliau telah hilang semenjak 23/1/2012 hingga sekarang. bermacam-macam cara telah kami sekeluarga lakukan termasukan menghubungi TV3 pada 26/1/12 dan 28/1/12 (3 kali) dan pada 31/1/2012

TV3 telah menghantar reporter untuk mebuat liputan di rumah keluarga Fitri. tetapi hingga sekarang berita kehilangan beliau belum disiarkan. kami ada menghubungi TV3 untuk bertanya tentang tarikh siaran, dan jawapan mereka "mungkin besok". menurut kru TV3 yang datang kerumah kakak saya, mereka telah menghantar rakaman ke TV3 head office pada hari yang sama 31/1/12. Report polis telah dibuat pada hari sama kehilangan nya. Harian metro juga datang tetapi berita belum disiarkan lagi.

Kami ada mendapat maklumat bahawa kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian Jelutong. Kak su amat-amat berharap pembaca Blogger Jalanan dapat menolong membantu kami sekelurga menghebahkan kepada umum tentang kehilangan Mohd Nor Fitri.

Pertolongan dari rakan Blogger Jalanan amat-amat kami sekeluarga harapkan.

Kak suraya.

019-5449170

Taman Semarak
Sungai Petani Kedah.


GOMO: Jadi buat para pembaca yang prihatin dan peka mengenai pekara ini maka diminta anda semua untuk bersama sama kita mencari remaja yang hilang ini. Remaja tersebut syndrom down Dan sudah pasti jika kita tidak membantu maka potensi untuk pekara tidak diingini mungkin berlaku.

Gomo harap para pembaca dapat menolong mencari Remaja Syndrom Down ini.

Buat sahabat Blogger, facebooker, Twitter dan mana mana medium yang ada sama ada dari Pro Kerajaan mahupun Pembangkang marilah kita sama sama menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Remaja lelaki ini. Gomo yakin jika sebaran secara total melalui semua Media Cyber baik pro Kerajaan mahupun pembangkang remaja yang hilang ini akan dijumpa dalam masa yang singkat.

Tolong Ye sahabat Blogger, facebooker, Twiiter baik Pro Kerajaan mahupun Pembangkang.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda