Popular Today

Sabtu, Februari 11, 2012

Salahudin ke Johor sebab Pas Kelantan marah

Tindakan Pas Johor untuk bawa Salahudin terus dipersenda.. Mungkin sebenarnya Salahudin yang minta Jawatan Mb tu.. Kalau tak de angin, takkan pokok bergoyang.. Tak tahu berapa Salahudin 'huloq' kat pesuruhjaya Pas Johor untuk timbulkan isu ini..

Sebenarnya ramai pemimpin Pas kelantan kerana terpaksa dikorbankan untuk beri laluan kepada pemimpin Pas pusat yang bukan dari negeri tersebut.. Masa inilah nak bunuh politik pemimpin dari luar ni.. Apatah lagi Salahudin dah pegang jawatan Naib Presiden PAS.. Jika beliau kalah pengaruh beliau pastinya akan mengecil dalam Pas..

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad menyifatkan keputusan parti itu sebagai tindakan tepat berdasarkan latar belakang Salahuddin yang merupakan anak kelahiran negeri ini.

“Alhamdulillah, bagus juga kalau Salahuddin datang Johor, ini tidak sebelum ini asyik lari ke luar sahaja, marah juga orang di Kelantan.

“Kehadiran dia di Johor juga membolehkan orang kampung merasai sendiri ketokohan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Pas melepaskan Salahuddin untuk bertanding di Johor dalam PRU13, selepas menyampaikan Bantuan Makanan Asas Program MyKasih di sini, semalam.

Bagaimanapun Shahrir berkata, kehadiran Salahuddin sebagai calon PRU13 di negeri ini tidak akan menggugat kedudukan BN dan tidak memberi impak terhadap sokongan rakyat kepada Umno.

“Itu tidak jadi masalah, dan saya juga tidak hairan dengan keputusan yang dibuat oleh Pas sebab ramai tokoh Pas yang pergi ke negeri orang.

“Mereka seharusnya meneruskan perjuangan parti di negeri sendiri,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda