Popular Today

Jumaat, Mac 09, 2012

Kedah Darul Kalut

Politik Kedah semakin kalut.. Team A serang Team B.. Team B serang Team A.. inilah hakikat yang berlaku di kedah.. baru dapat sedikit kuasa di kedah.. PAS dah berpuak-puak dan bergaduh.. lagi malang apabila PAS sebagai Parti Politik boleh menentukan tugas dan keputusan MB. Ianya adalah campurtangan politik yang jelas oleh PAS terhadap pentadbiran kerajaan negeri kedah!!!

Sultan Kedah belum perkenan - Azizan

ALOR SETAR 8 Mac - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah belum memberi perkenan terhadap cadangan dua nama Exco kerajaan negeri yang dipersembahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Azizan berkata, Sultan Kedah memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan mengenai dua nama yang dikemukakan itu bagi melengkapkan senarai 10 Exco kerajaan negeri.

"Sultan Kedah perkenan kemudian, bukan perkenan sekarang. Baginda ambil masa sedikit baru baginda perkenan," katanya ketika ditemui pemberita di luar Istana Anak Bukit selepas menghadap Sultan Kedah berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Azizan yang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah selepas mendapatkan rawatan mata tengah hari ini kelihatan memasuki Istana Anak Bukit pada pukul 4.50 petang dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda