Popular Today

Isnin, Mac 24, 2014

Kajang Move gagal, Majoriti Pkr menurun dan sokongan Cina BN meningkat

Dari awal lagi BN dah menjangkakan kekalahan.. Apatah lagi berlawan di kubu PKR.. Namur itu tidak penting kerana matlamat BN untuk mengurangkan Majoriti PR berjaya. 

Lebih memalukan PKR adalah keluar mengundi yang sangat rendah iaitu hanya 72%.  Ini bermaksud PRK Kajang ialah manifestasi rakyat menolak pihak yang mempermainkan demokrasi. Itu kejayaan besar bagi Rakyat.. 

Bagi Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.

Mei Fun berkata, biarpun tewas BN berjaya mengurangkan majoriti yang diperolehi PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Mei Fun tewas dengan majoriti 5,679 undikepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kurang 1,145 undi berbanding PRU13.

"Walaupun BN tidak berjaya dalam PRK Kajang ini, namun kami telah berjaya menurunkan majoriti, dan pada masa yang sama kami berjaya memperolehi peratusan undi Cina yang lebih tinggi dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum tahun lalu, iaitu daripada 18% kepada 25%," katanya dalam satu kenyataan media yang diedarkan sejurus selepas keputusan rasmi diumumkan.

Beliau juga berharap Wan Azizah dapat menunaikan manifesto yang dijanjikan terutamanya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk Kajang sekian lama.

Mei Fun dalam kenyataannya juga menegaskan selepas tewas, beliau akan memberi sepenuh tumpuan terhadap urusan parti bagi menjayakan program transformasi MCA.

Pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang berlangsung pada Ahad, Mei Fun memperolehi 10,407 undi manakala Wan Azizah mendapat 16,086 undi.

Pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YA ALLAH! Pemimpin UMNO harus sedaq JANGAN lagi BODEK pengundi Cina! Kalau tidak, bakal hancoq Tanah Melayu ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ini dikuasai PENDATANG KAPIR! Tak guna kita, BUMIPUTERA ISLAM/Melayu terus TUNDUK-mcm-KULI pd. bangsa PENDATANG-yg- tak-sedaq diri! Umat Islam/Melayu yg. BUKAN elit., dh puas merana dgn. PENGKHIANATAN Melayu ELIT liberal, samada dlm. UMNO/PAS/PKR – hentikan MENGGADAI hak dan TANAH PUSAKA nenek moyang kami, dr. sebelum diJAJAH si KAPIR British-ZIONIS lagi!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Tanpa Nama berkata...


meningkat apa nya...perasan lebih!!hakiatnya Umno yang kalah...

Pr Bodoh berkata...

Haha.. Cai pr bengap x habis2. PRK kajang ni sengaja diadakan.. Tmpt kubu PR.. Hakikatnya mmg dah diketahui.. Tp fakta pr gagal tingkatkan Majoriti pr.. Dan ramai yg x keluar mengundi sbb protes mainan politik Anwar.. Ada faham ka..

Kongsi Link Anda