KAJANG - Pemimpin Pakatan Rakyat mengulangi pendiriannya untuk memastikan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun hilang deposit pada PRK N25 Kajang pada Ahad ini.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendakwa aura Himpunan Reformasi 2.0 yang kebanyakannya didominasi oleh anak muda hari ini bakal memberi kemenangan luar biasa kepada PKR nanti.
"Dua hari lagi sebelum hari mengundi PRK Kajang, tumpuan kita bukan sahaja menang biasa tetapi calon BN akan hilang deposit pada 23 Mac ini.
"Kita letakkan calon hebat yang sudah diuji dan teruji untuk kekalkan Kajang sebagai kubu kuat PKR," katanya pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, hari ini.
Mengulas lanjut dengan kehadiran lebih 10,000 peserta pada himpunan tersebut, sekali gus menandakan malam terakhir bagi Umno-BN sebagai pemerintah di Kajang.
"Dengan sokongan padu Pas dan DAP, Kajang akan kekal sebagai kubu kuat PR," katanya lagi.
Ps : Kadang-kadang kelakar tengok pemimpin PR ni.. Suka syok sendiri... Adun diarah letak jawatan.. Pilihanraya kecil diadakan.. kawasan pulak mmg dah tempat dia menang.. lepas tu cakap kepada rakyat kita akan tumbangkan BN.. lain le dia bertanding di kawasan BN.. sebagai rakyat terasa diri ini terus diperbodohkan PR..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan