Popular Today

Jumaat, Mac 28, 2014

Pasangan Malaysia didapati bersalah


Shalwati dan Azizul didapati bersalah, dihukum penjara

KUALA LUMPUR: Shalwati Nor Shal dan Azizul Raheem Awaluddin didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna kerana melanggar integriti anak-anak mereka dibawah Seksyen 4A, Bab 4 Kanun Keseksaan Sweden.

Menurut peguam Shalwati, Kristopher Stahre, anak guamnya didapati bersalah kerana memukul kempat-empat anaknya berulang kali dan dihukum penjara selama 14 bulan. 

Walau bagaimanapun, di bawah pembebasan bersyarat, Shalwati perlu menjalani hukuman kira-kira tujuh bulan atau kurang, tertakluk kepada tingkah laku yang baik

Azizul pula dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan kerana memukul tiga daripada empat anaknya.Dia telah dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya.

Hakim, Mattias Moller juga mengarahkan kedua-dua mereka membayar ganti rugi kepada semua anak-anak mereka dan tiada arahan diusir keluar Sweden oleh mahkamah selepas menjalani hukuman penjara.

Stahre berkata, usul untuk merayu supaya hukuman diringankan masih dalam perbincangan antara dia dan anak guamnya.

Sejak ditahan pada tahun lepas, Azizul dan Shalwati belum bertemu dengan kempat-empat anak-anak mereka.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda