7.00 pagi – Cuaca di Mukah amat baik dan membolehkan pengundi-pengundi di DUN N.51 Balingian menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi.
7.15 pagi – Pengundi pertama, Tr Dadom dari Rh Dadom merupakan pengundi terawal yang sampai di di pusat pembuangan undi di PDM Bedengan![IMG-20140329-WA0010[1]](http://www.klxpress.com.my/wp-content/uploads/IMG-20140329-WA00101-225x300.jpg)
![IMG-20140329-WA0010[1]](http://www.klxpress.com.my/wp-content/uploads/IMG-20140329-WA00101-225x300.jpg)
8.02 pagi – Bekas ADUN Balingian, Ajis Majid turut berbaris bagi menunggu giliran mengundi di PDM Tellian Laut
8.15 pagi – ADUN Pujut, YB Fong Pau Teck dari DAP menunjukkan isyarat tangan no 2 kepada pengundi yang sampai di pusat pembuangan undi di PDM Mukah
8.30 pagi – Pengarah Operasi PRK N.51 Balingian Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah datang meninjau perkembangan proses pembuangan undi di PDM Judan![IMG-20140329-WA0040[1]](http://www.klxpress.com.my/wp-content/uploads/IMG-20140329-WA00401-300x225.jpg)
![IMG-20140329-WA0040[1]](http://www.klxpress.com.my/wp-content/uploads/IMG-20140329-WA00401-300x225.jpg)
8.50 pagi – Pengerusi SPR, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof memeriksa perjalanan proses pengundian di PDM Judan![IMG-20140329-WA0049[1]](http://www.klxpress.com.my/wp-content/uploads/IMG-20140329-WA00491-300x225.jpg)
![IMG-20140329-WA0049[1]](http://www.klxpress.com.my/wp-content/uploads/IMG-20140329-WA00491-300x225.jpg)
9.00 pagi – Calon BN Yussibnosh bin Balo tiba di pusat pembuangan undi di Kampung Tellian dalam PDM Tellian![IMG-20140329-WA0056[1]](http://www.klxpress.com.my/wp-content/uploads/IMG-20140329-WA00561-168x300.jpg)
![IMG-20140329-WA0056[1]](http://www.klxpress.com.my/wp-content/uploads/IMG-20140329-WA00561-168x300.jpg)
9.05 pagi – Jumlah pengundi yang telah keluar mengundi setakat jam ini ialah seramai 2,350 orang, 1,084 lelaki dan 1,266 perempuan dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 17.58%. (Tidak termasuk PDM Kenyana kerana masalah talian komunikasi)
9.15 pagi – Kelihatan Datuk Sebatian Ting dan Ketua Pemuda SUPP, Tan Kai sedang melawat SJK Chong Boon di PDM Mukah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan