Popular Today

Khamis, April 10, 2014

Macai PR kecewa Umno terima Hudud

Dulu macai PR puji2 DAP kerana kononnya faham tntg Islsm dan hudud. Ada pemimpin Pas ckp pula ramai pemimpin DAP akan terima hudud.

Semalam Pas mrmbuat mesyuarat teknikal untuk pelaksanaan hudud.

Namun kali inj perbedaan dasar dalam PR menjadikan Pas sekarang ditolak oleh pemimpin PR.

Pas berterusan ditentang rakan sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang berhubung hasrat parti itu untuk mengemukakan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Yang pasti kecewa ialah macai PR apabila Umno terima Hudud kerana x de alasan nak kata Umno tolak hudud

Ketika Kerajaan Pusat dan UMNO menyatakan sokongan kepada hasrat Pas itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula memberi peringatan keras bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.

Malah Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, secara terang-terangan berkata, DAP selaku parti kedua terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan Pas.

“Hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan," katanya sebagaimana dipetik dari The Malay Mail Online hari ini.

Tony Pua adalah pemimpin kanan kedua DAP yang tampil menentang hasrat Pas selepas bekas Pengerusi, Karpal Singh lantang mengingatkan Parlimen minggu lalu agar jangan membenarkan usul berkenaan diluluskan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu, rang undang-undang persendirian akan dibentang di Parlimen bagi mendapat kebenaran untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PKR, N. Surendran, juga senada dengan DAP apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan yang jelas tentang hudud pada tahun 2011.

“Ketiga-tiga pihak secara terbuka mengumumkan bahawa tidak akan melaksanakan hudud kecuali mendapat persetujuan semua pihak dalam pakatan. Tidak ada kata sepakat tentang hal itu," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140410/po_01/Hudud-PKR-DAP-bantah-keras?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter#ixzz2yR8kAvSB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan takut dengan ugutan DAP!!!!!!!!!!!!!!!

PAS + BN ISLAM + ISLAM PKR = SIAPA RAMAI?

SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN BERAPA RAMAI MP ISLAM PKR YG MENYOKONG,MENENTANG ATAU DUDUK ATAS PAGAR(BERKECUALI)

Tanpa Nama berkata...

PAS biar lah ikhlas. UMNO perlu setuju. Rasanya PAS ni acah je. Kalau UMNO tak setuju. Selamatla dia. Boleh terus berkuasa kat negeri ramai penyokong dia. UMNO perlu bijak.

Tanpa Nama berkata...

Syukuralhamdulillah...apabila hukum hudud bebenar sudah terlaksana lantas akan berkuranglah jenayah dan maksiat.........percayalah.!

Andaikata berlaku sekali lagi kes liwath oleh pelaku yang tak pernah insaf...maka eloklah dibicarakan ikut hukum hudud...kerana sebelum ini ramai yang meminta kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah.

Jika berlaku sekali lagi bukan sekadar 4 saksi....insyallah akan ada berpuluh lagi saksi yang akan tampil memberi keterangan...pada masa itu tunaikanlah hajat mereka.
Apakah hukuman sebenar kepada pesalah liwath dalam hukum had?......rasanya anda pun tahu.

Kongsi Link Anda