Popular Today

Isnin, April 07, 2014

UMNO sokong Hudud - apakah alasan PAS selepas ini


Hukum Hudud yang sering dijadikan modal PAS berkempen menjelang PRU. Namun akhir tahun lepas menjadi panas semula apabila Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad berkata  Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan PAS mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri ini.
Katanya, ini kerana segala prasarana berkaitan pelaksanaan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.
“InsyaAllah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah,” katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di Kota Bharu, Kelantan pada 13 November lalu.
Selalunya PAS akan sentiasa menyalahkan UMNO dalam kes hudud ini. PAS suka menuduh UMNO menolak Hudud bermakna UMNO juga tolak Islam, UMNO tidak Islamik, Hudud tidak dapat dilaksanakan kerana UMNO tolak usul hudud.
Namun sekarang Tok Pa selaku pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kelantan menyokong usul Hudud Kelantan.. nah!! apakah alasan PAS pula selepas ini!!
Badan Perhubungan Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan PAS negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Tidak ada masalah...sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam,"
Harap selepas ini jangan pula PAS yang tarik semula Hudud ini kerana paksaan DAP.. 
DAP juga perlu nyatakan pendirian tentang Hudud PAS Kelantan ini.

Sumber : bernama


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jemm pala redbin bro...

Tanpa Nama berkata...

Bagi segelintir pemimpin dan penyokong pas, persetujuan umno ini dipandang baik dan sangat ditunggu2... tapi harus diingat bahawa sokongan umno kpd hudud juga merupakan satu bala kpd sebilangan pemimpin pas, terutama puak anwarinas... kalau boleh mereka nak umno terus dipandang sebagai menolak hudud kerana akan menjadi modal besar mereka dalam PRU kelak.
Sekarang mereka jemm sejenak sambil mencari2 alasan dan kesilapan umno. DAP yang menolak merupakan modal yang ciput untuk mengelak dari melaksanakan hudud, mereka perlu modal besar iaitu dari umno. Telinga mereka sekarang sedang dipasang kalau2 ada pemimpin umno walaupun sekecil ketua cawangan yang sebut tak setuju, maka akan dicanangkan seolah2 Najib yang tak setuju. Begitulah 'keikhlasan' pas untuk melaksanakan hudud... Allah sahaja yang mengetahui.

Kongsi Link Anda