Popular Today
Jumaat, Mei 30, 2014
Luahan Sayu Muhammad Noor Farhan Che Bakar Isu Cerai : Apa Yang Berlaku Sesuatu Yang Amat Sukar Baginya !
Sebagai seorang lelaki mungkin amat berat bagi Muhammad Noor Farhan Che Bakar 24, untuk menempuhi apa yang di alami nya hari ini.
Beliau hanya insan biasa yang masih muda dulu nya tidak di kenali oleh sesiapa pun kecuali keluarga dan kawan-kawan terdekat dengan nya.
Namun setelah diri nya memilih untuk mendirikan rumahtangga dengan seorang pelakon Jelita bernama Abby Abadi nama nya mula di kenali dan menjadi sebutan.
Dengan raut wajah yang handsome dan mempunyai latarbelakang seorang insan yang amat baik, amat lah sesuai diri nya untuk bersama seorang insan cantik dan terkenal seperti Abby Abadi walaupun jarak umur mereka agak jauh.
Mereka memilih untuk mendirikan rumahtangga jalan yang terbaik untuk mereka berkongsi kasih sayang mereka, di awal pernikahan mereka rata-rata amat menyanjungi apa yang mereka lakukan dan semua mendoakan jodoh mereka berkekalan.
kehidupan mereka amat bahagia dengan foto-foto mereka amat senang untuk di lihat dilaman-laman sosial, namun dalam seminggu dua ini timbul desas desus di media sosial yang hubungan mereka kini bergolak, apabila Abby memuat naik status di laman sosial supaya mendoakan kebahagian mereka berdua.
Hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur Abby memfailkan cerai dan mendakwa Farhan sudah 2 kali melafazkan cerai terhadap nya, keputusan kes ini akan di sebut 11 jun nanti.
Namun dalam setuasi ini Farhan nampak lebih tertekan berbanding Abby mungkin faktor usia dan pengalaman mebuatkan farhan begitu sugul dan sedih sehinggakan tidak mahu di temu bual oleh para wartawan, berbanding Abby yang nampak lebih terbuka.
Pada Farhan dan Abby mungkin dugaan untuk anda, bukan semua orang mahu apa yang berlaku seperti anda beruda alami mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, jadi kehidupan mesti di teruskan walau apa pun status anda.
sumber : AANS
Khamis, Mei 29, 2014
PEMIMPIN PKR BIADAP!! HINA ALMARHUM SULTAN PERAK DALAM TWITTER
Johor Sultan wants special team to appeal Batu Puteh Island decision
"Dia terlalu muda untuk bersama saya..." kata Abby Abadi
Keretakan hubungan selebriti politik Abby Abadi bersama suaminya, Muhammad Noor Farhan, kini semakin nyata setelah pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan penceraian.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, berkata, keretakan hubungan mereka berpunca daripada suaminya yang lebih muda dan tidak matang .
"Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya rasa macam itu... Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi lambat matang," katanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.
Dalam masa sama Abby memberitahu bahawa Muhammad Noor Farhan merupakan seorang lelaki yang baik.
"Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu memaksa.... Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat," ujar beliau yang berpakaian serba hitam.
Ketika prosiding berlangsung, mahkamah diberitahu sebanyak dua kali lafaz cerai dibuat oleh Muhammad Noor Farhan kepada Abby termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.
Lantas yang demikian Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat Abby kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.
Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelang Ramadan di Selatan Thailand. Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.
Ustaz Kazim menyesal tolak jadi MT UMNO
Ini kisah yang keluar sendiri dari mulut penceramah popular, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Ia diceritakan depan 3,000 orang yang hadir mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan beliau di kampung Batak Rabit Teluk Intan pada Rabu malam.
Menurutnya, ini kali pertama beliau mengakui depan orang ramai, iaitu beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk dilantik Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember lalu.
Katanya setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini.
“Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan.
Menurut beliau, sebaik sahaja berita mengenainya tersebar, pihaknya dan keluarga telah menerima pelbagai tekanan, kutukan, cacian dan makian sehingga menyebabkan beliau terpaksa menolak perlantikan tersebut.
“Ibu bapa saya dan mentua menelefon saya memaklumkan mereka telah dipulaukan oleh para penduduk kampung.
“Rumah saya juga pernah dibaling botol yang berisi air kencing dan pernah satu ketika seorang lelaki yang agak berumur datang dan mengugut ingin menyimbah muka saya dengan cuka getah sehinggakan saya terpaksa menelefon pihak berkuasa.
“Paling mengecewakan apabila anak-anak saya turut menerima tempias apabila membaca komen-komen yang mengeji dengan kata-kata kesat seperti ‘Ustaz Kazim Anjing dan Babi’ katanya lagi.
Namun menurutnya, antara sebab utama beliau menolak perlantikan tersebut kerana tidak mahu mereka yang melemparkan fitnah kepadanya mendapat dosa.
Yang menjadi persoalannya sehingga kini ialah, mengapakah ada dikalangan masyarakat yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa sedangkan ada dikalangan mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam?
Beliau turut menjelaskan semua ujian tersebut sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan olehnya terhadap Islam dan anak-anak muda negara.
“Perdana Menteri mahu saya didik dan beri kesedaran Islam kepada anak-anak muda di sekolah bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah” ujarnya lagi.-29/5/2014
SUMBER; AGENDA DAILY
Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah Selamat Dimakamkan
SUAMI ABBY ABADI LAKUKAN DUA KALI LAFAZ CERAI
MStar
AMBIL GAMBAR 'SELFIE' DI LOKASI KEJADIAN KES #RO-GOL 38 LELAKI, WARTAWAN KOSMO DIKECAM!
p/s: Tiada salah pun ambil selfie di tempat kejadian.. tempat je. bukannya ada gambar mangsa kejadian atau suspek di dalam gambar.
PM Beri Penghormatan Terakhir Kepada Almarhum Sultan Azlan Shah
#BonekaDAP pertikaikan RAMD - terus tiupkan isu perkauman
Hak Melayu terus menjadi permainan Boneka DAP ini.. selepaskan pertikaikan hak Melayu di Uitm, kini Boneka DAP ini terus tiupkan isu perkauman mengenai Rejimen Askar Melayu di Raja (RAMD)..
Sepatutnya boneka DAP ini terus sahajalah pertikaikan intitusi Sultan yang tidak selaras dengan kehendak rakyat.. tidak begitu?? sebab apa yang dimainkan oleh boneka DAP semua yang tidak selaras dengan kehendak rakyat atau sebenarnya kehendak DAP harus dihapuskan..
Persoalan yang timbul kenapa hanya sebelah pihak sahaja boneka DAP ini pertikaikan?? kenapa hanya Melayu dan hak mereka yang dipertikaikan..
JIka boneka DAP menyebutkan bias perkauman mengapa tidak pertikaikan sekolah jenis kebangsaan Cina yang perlu dihapuskan bagi menghapuskan perkauman Cina?? atau India??
Kenapa juga boneka DAP ini tidak melihat bias perkauman Cina dalam sektor pekerjaan dan perniagaan yang dimonopoli Cina?? pengambilan staff banyak kali hanya menggunakan bahasa Cina sahaja... tidakkah ini sebahagian dari perkauman?? ini tidak termasuk dari segi gaji?? biasanya kalau Melayu kerja hanya dalam RM 800-1400 tetapi bila cina walau kerja yang sama tetapi kadar gaji boleh berganda?? kenapa ini tidak diperjuangkan oleh boneka DAP ini??
Ini sebab Boneka DAP ini telah didodoikan oleh Cina bangsat sehingga nampak keburukan hanya pada Melayu yang dikatakan perkauman.. tetapi perkauman yang dimainkan oleh Cina hanya ditutup sebelah mata!!
Bagaimana etika pakaian ziarah jenazah Sultan Azlan Shah?
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak, lelaki Islam perlu memakai pakaian kebangsaan berwarna gelap, bersamping warna gelap tanpa corak benang emas atau perak serta bersongkok hitam dengan lilitan kain putih atau riben selebar satu inci.
Lelaki bukan Islam pula perlu memakai sut berwarna gelap dengan bertali leher hitam atau berseluar panjang dan berbaju tangan panjang dengan dililit kain hitam (toha) berukuran tiga inci lebar di lengan baju tangan kiri.
Sementara itu, perempuan Islam pula perlu berbaju kurung atau berkain sopan dan bertudung hitam.
Perempuan bukan Islam pula hendaklah berpakaian sopan serta memakai lilitan kain hitam (toha) berukuran tiga inci lebar di lengan baju kiri.
Penghormatan terakhir oleh orang ramai dibuka mulai pukul 11 pagi hingga 2 petang pada Khamis di Balairong Seri Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.
Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari Rabu pada usia 86 tahun. Jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar pada Khamis.
Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu petang ini
Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata istiadat tersebut akan dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazahSultan Azlan Shah, yang mangkat Rabu.
Satu mesyuarat khas Dewan Negara Perak telah diadakan lewat petang Rabu bagi menentukan pengganti Sultan Azlan Shah untuk menerajui takhta pemerintahan negeri Perak.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berlangsung di Istana Iskandariah, katanya.
Mesyuarat khas itu diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negara hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah.
Ayob berkata istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu itu akan berlangsung selepas orang ramai dan orang kenamaan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah.
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.
Penghormatan terakhir jenazah Sultan Azlan Shah bermula 9 pagi
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Rabu, kumpulan kedua yang akan memberi penghormatan terakhir pada pukul 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari adalah orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing.
Ia disusuli Raja-raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan pada 1.30 petang hingga 2.15 petang.
Istiadat pelantikan dan pengisytiharan raja baharu akan disempurnakan pada 2.30 petang di balai sama sebelum diteruskan dengan istiadat pemakaman di Makam Diraja yang terletak bersebelahan Masjid Ubudiah di sini, pada 3 petang.
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari Rabu dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.
Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.
Rabu, Mei 28, 2014
Kerana mengkritik parti - Chegu Bard digantung keahlian
Al Fatihah : Sultan Azlan Shah Mangkat
Dengan rasa sedih dan hibanya dimaklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi.
Selasa, Mei 27, 2014
Jom ke hari terbuka Pelan suara hati johor
Rakyat Johor di jemput hadir memberi maklum balas di makmal pameran hari terbuka Pelan suara hati johor di Medini Mall Nusajaya pada 31 Mei 2014 yang akan dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin pada hari Sabtu, bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Ikuti peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi maklumat dan pelan strategik ke arah memacu transformasi pentadbiran kerajaan negeri Johor.
Pelan Suara hati Johor inisiatif menteri besar Johor adalah bagi merakyatkan Kerajaan , melestarikan pembangunan Pro Rakyat dan memperkasa muafakat Johor bertemakan kerajaan berteras pencapaian
Ayuh bersama melakar masa depan Johor
Aktiviti
1. Pameran Pelan Suara Hati Johor
1000 - 1800
i)Pameran Pelan Suara Hati Johor memaparkan inisiatif-inisiatif pro-rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Johor.
Memberi peluang kepada orang ramai mengemukakan maklum balas ke atas langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran Negeri Johor disamping membangkitkan isu-isu utama rakyat untuk perhatian kerajaan negeri.
2. Pendaftaran secara online Rumah Mampu Milik Johor
1000 - 1800
3. Pendaftaran kerja secara online melalui Jobs Malaysia
Memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat pendaftaran online dan penyesuaian kerja.
4. Pendaftaran Duta Muafakat Johor
5.Sembang bersama EXCO
Sesi sembang DJ bersama setiap EXCO untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan.
6. EXCO bersama rakyat
1200 - 1400
EXCO berada di kawasan pameran bagi mendengar masalah dan mendapatkan cadangan rakyat.Pengunjung berpeluang bertemu dan barbincang bersama EXCO secara bersemuka.