Alhamdulillah Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah meluluskan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 petang semalam.
Lembaga ini sangat penting supaya dapat bertindak menjayakan fokus utama kerajaan negeri terhadap isu perumahan selaras Pelan Suara Hati Johor dan Kerajaan Negeri dapat bergerak menjayakan matlamatnya dan sasarannya , membuat perancangan dan menyelesaikan cabaran perumahan di negeri Johor
Terima Kasih buat semua yang membuat liputan samada yang positif dan negatif. Saya menghargai semua maklum balas positif dan negatif
Saya teruskan juga pembentangan ini kerana bedasarkan komen - komen mereka tidak tahu apa yang mereka cakap dan keliru hasil fakta yang mengelirukan bertujuan untuk melewat lewatkan usaha kerajaan untuk segera bertindak menyelesaikan masalah rakyat.
Tidak perlu mana mana pihak meragui keikhlasan kita untuk memperjuangkan dan melindungi hak rakyat.
Jika Enakmen Lembaga Perumaha dan Hartanah Johor ini dilihat bercanggah dengan sistem Raja Berpelembagaan, maka Enakmen Perbadanan Johor serta beberapa akta di peringkat Persekutuan seperti Akta Suruhanjaya Koperasi, Bank Negara dan beberapa lagi yang memberi kuasa lantikan kepada YDPA juga seharusnya dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah tidak melanggar konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor dan kuasa eksekutif itu adalah seseorang yang mendapat mandat dari rakyat
Bagi elak kekeliruan dan tohmahan dan bagi memelihara prinsip raja berpelembagaan di Negeri Johor, dan beberapa pindaan peranan raja hanya untuk melantik atas nasihat Menteri Besar. Itu sahaja yg menyentuh berkenaan raja walaupun enakmen sebegini pernah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini dan akta-akta di peringkat persekutuan.
Ini semua kita buat untuk rakyat demi rakyat bagi rakyat. Ingin saya tegaskan bahawa belum pernah dalam sejarah anak Johor tunduk dan mengalah hadapi cabaran
Muafakat membawa berkat
Kepada Allah Berserah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan