Dunia teknologi zaman sekarang macam-macam boleh dilakukan. Abang Nara mengambil pendekatan tidak mahu mempercayai satu lagi mesej antara Zaquan Adha dan seorang gadis yang sedang tersebar ini. Bukan apa, benda-benda macam ini boleh diubahsuai dengan kecanggihan software. Benda tak ada boleh diadakan, benda yang ada boleh dihilangkan dengan hanya sentuhan jari sahaja.

Daripada apa yang Abang Nara baca, mesej-mesej di atas di hantar menerusi akaun sosial Instagram. Sememangnya ID Zaquan Adha di Instagram ialah zaqone_08. Mesej ini khabarnya disebarkan oleh si gadis sebagai bukti kononnya Zaquan adalah seorang suami yang bermain kayu tiga. Hmmmmm. Agak pelik tiba-tiba kesemua bukti nak keluar pada satu masa. Konspirasi bukan?

sumber : Beautiful nara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan