Popular Today
Selasa, Jun 02, 2009
Perang terhadap Husam
Antara yang diusik ialah artikel yang bertajuk Apakah Makna Dan Ertinya Semua Ini:
BARU sekejap tadi salah seroang calon Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu telah menghubungi saya bertanya mengenai siapakah calon timbalan presiden yang akan mengadakan pertemuan di Batu Gajah Malam ini. Beliau menjelaskan berita yang dimaksudkan itu bukan beliau.
Kata Bang Mad malam ini dia akan berada di Penanti menyelia pilihan raya kecil itu untuk malam terakhir. 11:43 am.
JAM 8:48 satu pesanan rengkas (SMS) masuk ke dalam telefon saya.
Bunyi SMS itu ialah; Assamualaikum, tuan-tuan YDP, TYDP, NYDP, SETIAUSAHA, DAN PERWAKILAN KE MUKTAMAR, adalah dijemput untuk menghadiri majlis dialog dengan calon Timbalan Presiden (nama). Pada 30 Mei Jam 9:00 malam. Bertempat di Markas PAS Batu Gajah, No 21 Bandar Baru Batu Gajah Gopeng sebelah FT Supermerket. Jalan Batu Gajah. Berdepan simpang masuk Taman Tasik SM Noor. Turut menjemput dan hadir sama (nama). Seberang pertanyaan tempat hubungan YDP Batu Gajah. (Nama dan telefon) atau (nama dan telefon) dan (nama dan telefon). 8:48 am 30/05/09.
Nama dan nombor telefon yang berkenaan saya sembunyikan takut timbul fitnah, maklumlah musim ini musim fitnah.
Berhubung dengan majlis ini ingin ditanya apakah ini tidak dinamakan majlis berkempen menjelang muktamar Pas? Dan apakah ini tidak boleh dinamakan politik wang? Dan apakah majlis 'dialog' ini tidak boleh disama ertikan apa yang ditimbulkan oleh Ketua Dewan Ulama, Mohamed Daud Iraq yang membangkitkan berlaku jamuan sebelum mesyuarat!
Apakah majlis dialog itu sekadar dialog saja tanpa makan dan minum? Apakah mereka yang dijemput itu membawa makan dan air dari rumah? Tidak pula diarahkan supaya berbuat demikian.
Terang bagaikana disuluh bahawa majlis dialog itu adalah majlis untuk berkempen untuk calon timbalan berkenaan. Saya percaya seratus peratus segala jamuan dan perbelanjaan lain dilakukan oleh calon berkenaan.Untuk pengetahuan, majlis seumpama ini tidak pernah berlaku disepanjang 54 kali muktamar sebelum ini. Tidak ada mana-mana calon yang ingin bertanding apa-apa jawatan tiba-tiba pecah liur untuk menganjur majlis dialog seumpama itu.
Dialog mengenai apa, mengenai balak?Inilah yang dikatakan perubahan dan transformasi politik dalam Pas. Budaya dan perangai Umno sudah meresap dan meluas dalam Pas. Makanya, makanya janganlah mengata dulang paku serpih lagi. Sebab diri kita juga sedang giat mempelajari politik wang dan rasuah politik.
Untuk mengetahui siapa calon timbalan presiden yang akan berdialog dijemput ramai-ramai hadir! [wm.kl 11:20 am 30/05/09]
Begitulah antara kandungan blog tersebut, namun biasalah barua Husam pun jawab balik blog MSO ni sperti berikut:
from Malaysia Waves by Tulang Besi
Barulah saya tahu kenapa MSO marah sangat dengan Husam Musa. Pada satu masa dahulu, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan projek penternakan kambing di Kelantan.
Maka datanglah MSO bersama seorang Dato' bernama Dato' A untuk membuat tawaran "supply" kambing kepada kerajaan Kelantan.Pada awalnya, tawaran MSO+Dato' A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM600 seekor.
Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.Oleh kerana ini adalah projek kerjasama antara portfolio Husam dan Exco Pertanian, Dr Nik Mazian, maka Husam telah memberitahu kes ini kepada Dr. Nik Mazian.
Lantas dicadangkan oleh Husam, serta dipersetujui oleh Dr Nik, bahawa perlu dicari sebut harga dari sumber lain.Apabila dicari sebut harga dari sumber lain, yang paling mahal dari berbagai sebut harga adalah RM900 seekor.
Maka, Kerajaan Negeri Kelantan TIDAK JADI mengambil kambing dari MSO+Dato' A. Dato' A ini pula kemudiannya didapati ada kena mengena dengan Khir Toyo, yakni seorang yang rapat dengan UMNO Selangor.
Jadi aku belek-belek hujah ni.. alasannya hanyalah tenatng kambing sahaja... ini yang ditulislah tetapu aku percaya mungkin ada yang lebih dalam lagi yang mungkin tidak diketahui umum. Jadi nak sedapkan cerita dikaitkan kambing tu dengan UMNO... takkan pasal kambing je kot..
Tapi aku sebenarnya tertarik dengan artikel MSO ni.. mereka ni macam biasalah mesti yang buruk tu nak kaitkan dengan UMNO. Walaupun kekadang memang tiada kaitan langsung,... iaitu berkaitan majlis dialog dan jamuan, MSO menulis:
Berhubung dengan majlis ini ingin ditanya apakah ini tidak dinamakan majlis berkempen menjelang muktamar Pas? Dan apakah ini tidak boleh dinamakan politik wang? Dan apakah majlis 'dialog' ini tidak boleh disama ertikan apa yang ditimbulkan oleh Ketua Dewan Ulama, Mohamed Daud Iraq yang membangkitkan berlaku jamuan sebelum mesyuarat!
Nampakaya yang terang lagi bersuluh.. Rosaknya UMNO kerana Anwar dan rosaknya PAS kerana budak suruhan Anwar, Husam Musa... iaitu Politik Wang... tapi PAS sebut Politik Hadiah!... sama je la kan..
POLITIK KOTOR HUSAM TELAH PECAH - PAS perlu berhati - hati
Ketika mengumumkan hasrat bertanding di Pejabat PAS, Kuala Lumpur pada 25 Mei lalu, Husam berkata :
"Saya menganggap penyandang jawatan sekarang (Nasharudin) terlalu liberal (condong) kepada Datuk Haji Hadi Wang adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Pada pendapat saya, Pemimpin PAS perlu berada di tengah, bukan bersikap terbuka kepada Presiden sahaja atau untuk menyelamatkan Presiden."
Dr Haron Din, Timbalan Musyidul Am PAS memberi amaran kepada ahli PAS supaya berhati-hati dengan ‘musuh dalam selimut’ kerana PAS sekarang semakin terdedah dengan pengaruh luar yang cuba menyusup masuk dan “kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia."
Timbalan Musyidul Am PAS membuat kesimpulan : "Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti,".
Transformasi PAS, dari ulama ke liberal ?
Husam Musa telah menunjukkan visinya yang jelas. Visi dan misinya melebihi daripada visi Presiden dan Timbalan Presiden PAS sekarang ini. Inilah yang dikatakan oleh penyokong Husam, visi Husam melebihi visi Presiden PAS, lebih genius dan laju bekerja!
Ketika arwah Hj Yusof Rawa dan ustaz Fadzil Noor meletakkan visi PAS di bawah bayangan kepimpinan ulama, Husam Musa pula menongkah arus, mahu mentranformasi PAS secara keseluruhan, menjadikan PAS sebagai alternative kepada UMNO.
Seolah-olah apa yang dilakukan oleh arwah ustaz Fadzil Noor, 15 tahun lampau adalah silap kerana meletakkan ulama sebagai payung PAS akan menjauhkan diri daripada diterima umum khususnya di kalangan bukan Islam.
Imej lebai, berserban, berjubah akan menyukarkan PAS diterima sebagai alternative kepada UMNO. Oleh itu Husam mengagaskan landasan baru yang diistilahkan sebagai transformasi atau grand design besar-besaran PAS mengubah imej ulama menjadi imej professional Islam yang lebih dikenali sebagai “Erdogan”.
Imej Erdogan akan lebih mudah diterima semua lapisan masyarakat termasuk bukan Islam, kerana imejnya segak, berkot, bertali leher dan tidak berkupiah. Pemikiran ‘Erdogan’ lebih moden, boleh berkompromi antara agama dan boleh menerima pandangan barat.
Strategi politik Anwar Ibrahim kepada Husam Musa :
“Negara-negara seperti Amerika Syarikat atau pengamal sistem kapatilis dan liberalisma mungkin suka kalau Husam menang sebab cara politik yang Husam nak bawa ialah politik moden yang liberal dan tidak meletakan Islam sebagai lambang gerakan Pas. Sudah pasti para pendokong Amerika Syarikat turut berdoa baik di gereja dan masjid agar Husam menang”
"Inilah bakal Presiden PAS", kata Anwar, memperkenalkan Husam Musa kepada Amin Rais. "Bagus-bagus..ini baru pemimpin Islam yang liberal", kata Amin Rais sambil memandang Anwar. Husam tersenyum malu bila dipuji Anwar dan Amin Rais.
Empat faktor kekuatan Husam :
1. Naungan Muryidul Am PAS & de factor PKR
Husam Musa mengamalkan politik ‘naungan’. Beliau bernaung kepada sesiapa sahaja yang dianggap puncak kuasa. Dalam kontek PAS, puncak kuasa adalah Mursyidul Am PAS, maka dia akan bernaung dengan payung Muryidul Am PAS itu. Di depan tok guru Nik Aziz, lagaknya seperti anak murid yang alim, pijak semut pun tidak mati. Di PKR, puncak kuasanya adalah de facto PKR.
Kalau Muryidul am PAS terkenal alim agama, de factor PKR pula terkenal dengan liberalisme . Maka di depan Anwar, Husam laksana murid plato, yang bijak berfalsafah antara dunia Islam dengan dunia barat. Maka Husam menjadi ‘orang perantaraan’ antara tok guru Nik Aziz (dunia Islam) dengan Anwar Ibrahim (dunia barat)
2. Kuasa Ekonomi
Dua penggal Husam Musa memegang exco paling kanan di Kelantan sebagai exco ekonomi. Bermakna hampir 10 tahun Husam memegang kunci duit kerajaan negeri Kelantan. Semua kelulusan projek, terutamanya kelulusan tender balak adalah melalui kelulusannya. Golongan korporat, tauke-tauke Cina berlumba-lumba untuk menghampiri, melobi dan membodeknya untuk mendapatkan kelulusan projek-projek mereka.
Sebab itu, blog anti-Husam menulis begini;
“Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya.
Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu. Husam memang pandai kerana dia belajar daripada mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang.
Dia tahu bahawa Pemimpin PAS kawasan-kawasan atau Pemimpin PAS negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan kita di Perak dan negeri2 yang lain yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan. Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan”
Husam sangat berminat dengan kambing japnari, hingga dibeli tiga ekor kambing secara cash, melalui laci mejanya bernilai RM66,400. Memang banyak duit Husam, dalam laci mejanya sahaja boleh dicekau wang sebanyak itu, tidak tahulah berapa asset Husam di tempat lain.
Husam telah dibawa berkenalan dengan peniaga kambing japnapari di Negeri Sembilan. Husam sendiri turut melihat kawasan perternakan itu dan telah meluluskan satu tapak penernakan projek kamping Japnapari di Tok Uban, Pasir Mas Kelantan.
Pada mulanya urus niaga usahasama berjalan baik di antara syarikat projek kambing Negeri Sembilan dengan projek Japnapari Kelantan yang dinamakan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Bhd. (APKBB), milik Zulkifli Yaakob kroni Husam.
Husam mengarahkan Fazli Abd Samat, Pengarah Urusan Komplek Perkayuan Kelantan (KPK) menggunakan duit KPK sebanyak RM 6 Juta untuk dimasukkan kedalam akaun APKBB sebagai modal untuk Projek Kambing Jihad Ternak.
Namun pada akhirnya projek Jihad Ternak itu menemui kegagalan kerana berlaku perselisihan faham, masing-masing berebut menjadi pemilik autonomi. Akhirnya berlaku tembak menembak dan akhirnya projek itu difailkan ke mahkamah.
Banyak lagi cerita-cerita gelap Husam semasa menjadi exco kanan kerajaan Kelantan. Termasuk tuduhan menerima sejumlah wang tunai dari Pengarah Urusan CAM Contract Work & Development (M) Sdn. Bhd. dan dari syarikat SBJ Development Sdn. Bhd pada tahun 2005.
Takiyudin Hassan dan ustaz Nik Amar, kedua-dua juga exco Kelantan tahu permainan-permainan gelap Husam sebab itu mereka tidak segan silu menjadi penentang Husam di Kelantan.
3. Percaturan Kroni
Sebenarnya sudah lama Husam mencaturkan orang-orangnya di tempat strategik untuk bantu karier politiknya di Kelantan, sebab itu nama Husam begitu gagah sekarang ini .
Kebanyakan kroni-kroni Husam yang dicaturkannya mempunyai rekod buruk dan terlibat dengan rasuah;
i) Mohd Fazli Ab. Samat pernah dicaturkan Husam sebagai Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).
ii) Mohd Fauzi Abdullah dilantik Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB walaupun tidak disukai pekerja bawahan. Kedua-dua kroni Husam itu telah disiasat oleh BPR.
iii) Anual Bakri Haron kawan Husam ketika di Universiti Malaya telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar untuk menggantikan jawatan asal Husam sebagai ‘penjaga pintu pejabat tok guru’.
iii) Sebelum Saifuddin Nasution Ismail diambil semula oleh Anwar menjadi Pengarah Strategik PKR dan sekarang ini menjadi Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin adalah anak buah Husam.
Pada tahun 2005-2007, Saifuddin telah dilantik menjadi Pengarah Urusan Yayasan Tabung Tok Kenali. Husam telah membayar Saifuddin sebanyak RM8000 sebulan menggunakan duit Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Tabung Tok Kenali digunakan sebagai flatform untuk memperkasakan parti selepas PAS menang dengan majority tipis di Kelantan (hanya majoriti satu kerusi).
Saifuddin pula menjadi ‘orang perantaraan; antara Husam dengan Anwar Ibrahim. Dari peranan Saifuddin selama tiga tahun di Kelantan, di bawah naungan Husam maka muncullah kumpulan Erdogan yang dikenali hari ini.
Kumpulan Erdogan merupakan kumpulan dua wajah antara wajah PAS dan wajah PKR sepertimana Saifuddin Nasution.
4. Penguasaan media alternatif
Husam banyak duit. Boleh beli sesiapa sahaja. Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary ( Sheikh Kickdefella ) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas yang pro Anwar.
Husam berminat dengan Sheikh Kickdefella, walaupun wataknya dan kehidupannya tidak sesuai dengan PAS. Kickdefella sendiri mengakui di dalam blognya bahawa kehidupannya bebas, bergaul dengan artis dan terlibat dengan minuman keras, namun, Husam berfikir sebaliknya, ‘latar belakang seperti itu’ adalah asset kepada PAS.
Kickdefella, blogger upahan Husam ditangkap polis kerana menyiarkan artikel yang berniat menghasut. Husam telah membeli Sheikh Kicdefella dengan harga RM 6000 sebulan menggunakan wang PMBK dan ditugaskan menggunakan media internet untuk menyerang musuh PAS dan musuh-musuh Husam.
Husan juga mempunyai satu pernigaan penerbitan Media yang diperolehi dengan memipu rakan dan taulan sendiri yang bernana WASILAH . Sekarang SIASAH merupakan salah satu media tabloid alternative yang berpengaruh di Negara ini. Walaupun pada asalnya milik orang lain, tetapi pemain di sebalik tabir SIASAH adalah kroni Husam yang bernama Zulkifli Sulong. Zulkifli Solong adalah bekas Ketua Pengarang Harakah yang tidak disambung kontrak kerana menggunakan pengaruhnya menjadikan berita-berita Anwar sebagai berita muka depan Harakah.
Husam dikatakan menaja Syarikat Global Media Channel atau ipglobal.tv (syarikat IT) yang terletak di bangunan bersebelahan Jalan Telipot, Kota Bharu. Syarikat projek IT itu menggunakan 30 orang pekerja di bawah seliaan Sheikh Kicdefella dan Hisham.
Syarikat Global Media Channel berperanan menyediakan media tv dan portal berita untuk mengangkat imej Husam kepada pelawat dunia maya.
Husam telah menggunakan pengaruhnya sebagai exco Ekonomi Kelantan untuk mengeluarkan duit PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) bagi menyengarakan kos operasi syarikat itu.
Jadi beradasarkan hipotisis ini, Husam Musa bakal menjadi pemenang Timbalan Presiden PAS dan bakal Presiden PAS untuk generasi akan datang.
PAS perlu - berhati - hati terhadap Husam Musa yang mempunyai agenda peribadi. Sekiranya ahli - ahli PAS yang cintakan wadah perjuangan ISLAM Tulen perlu menyingkir Husam Musa Musa dari sekarang. Husam akan cuba sedaya upaya untuk membawa seberapa ramai puak - puak ERDOGAN ke dalam PAS untuk merampas kuasa dari golongan ULAMA.
Apakah Nasharuddin yang ada sekarang tidak mampu untuk membawa PAS yang tahap yang lebih tinggi. Adakah rakyat Kelantan sedar bahawa satu hari nanti Kelantan akan di tadbir oleh puak - puak Erdogan. Apakah suatu hari nanti Haji Hadi serban Haji Haji akan dipijak oleh Husam. Apa akan jadi pada Tok Guru Nik Aziz suatu hari nanti.
Ingatlah Orang Melayu Islam dalam PAS jangan terpedaya dengan permainan kotor Anwar Ibrahim. Dia adalah pelancap politik di malaysia, Perogol Demokrasi di Negara kita. Anwar pemimpin yang bertopengkan Islam. Anwar adalah agen kepada YAHUDI yang cuba menguasai negara Islam.
Isnin, Jun 01, 2009
Kekejaman, pengkhianatan komunis tidak boleh dimaafkan
Tidak kurang juga yang telah menanggung derita dengan kecacatan kekal yang dialami akibat tersandung jerangkap samar yang dipasang oleh gerila komunis yang dikepalai oleh Chin Peng dan konco-konconya dari Rejimen Ke-10 yang berselindung di sebalik nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).
Oleh itu, seluruh warga Skuad 69 PDRM Sarawak yang pernah berjuang dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) untuk menjaga keselamatan awam ketika negara dalam keadaan darurat dahulu tidak pernah lupa betapa kejamnya gerombolan pengganas komunis ini yang menjadi 'bajingan' membunuh banyak nyawa, sehingga negara dan rakyatnya turut merasakan terancam.
Tentunya Chin Peng akan mereka cipta pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka sebelum ini. Negara yang telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 telah dinafikan oleh Chin Peng. Mereka enggan meletakkan senjata untuk meraikan kemerdekaan pada tahun berkenaan. Pada kami, semangat patriotik cintakan negara ini tidak tertanam dalam sanubari pemimpin PKM. Ia sebenarnya mahu mendominasikan negara ini dengan fahaman komunisme, tetapi rakyat telah menolaknya.
Chin Peng terpaksa mengerahkan segala kekuatannya dan telah diperkuatkan lagi dengan penubuhan Rejimen Ke-10 (Tentera Pembebasan Nasional Malaya - TPNM) yang dipimpin oleh Abdullah CD. Rejim komunis ini telah bersarang di hutan belantara dengan mengangkat senjata untuk menentang pasukan keselamatan yang mereka anggap sebagai anjing kerajaan.
Benteng pertahanan negara terpaksa diperkuatkan di perbatasan tanah air kita kerana PKM telah bertindak ganas memusnahkan balai polis, merampas senjata, mengugut rakyat marhain malah mereka bertindak kejam membunuh sesiapa saja yang dilihat pro kepada pasukan keselamatan.
Oleh itu sekali lagi kami warga Skuad 69 PDRM Sarawak menggesa pihak kerajaan supaya tidak melayan kerenah Chin Peng. Kami tidak bersetuju dengan pandangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang yang mahukan supaya kerajaan menerima semula kehadiran bekas pemimpin PKM ini, dengan beralaskan hujah kemanusiaan.
Kita mahu Chin Peng memahami aspirasi rakyat negara ini yang tidak boleh memaafkannya lagi kerana terlalu banyak angkara khianat yang telah dipalitkannya terhadap negara ini. Kami bertegas dengan pendirian ini, kerana kami merupakan antara barisan hadapan yang telah membentengi perbatasan negara dalam menghadapi ancaman musuh utama Negara pada masa itu.
Sesungguhnya negara ini tidak perlukan lagi spesies seperti Ching Peng.
Kisah kekejaman Komunis Malaya 4
![]() |
Dia bukannya pejuang kemerdekaan tetapi berjuang untuk menegakkan fahaman komunis dan menjadikan Malaysia sebuah negara komunis.– Che Md. Noor |
MINGGUAN: Bolehkah Datuk Seri mengimbas sejarah negara dalam memerangi keganasan komunis?
CHE MD. NOOR: Tahap pertama perjuangan komunis ialah pada tahun 1948 hingga 1960 manakala tahap kedua ialah pada tahun 1968 sehingga 1989. Selepas darurat pada tahun 1948 hingga 1960, kita anggap perjuangan mereka sudah terhenti kerana mereka menjadi lemah dan berundur ke selatan Thailand.
Namun begitu pada tahun 1968, berikutan kemenangan komunis di Vietnam, Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengeluarkan apa yang dipanggil ‘Arahan bulan Jun’ dan mereka kembali semula kepada revolusi bersenjata bagi mengambil alih negara Malaysia daripada pemerintahan demokratik kepada pemerintahan komunis.
PKM pada tahun yang sama cuba menunjukkan kehadiran mereka dengan melancarkan satu serangan di Bukit Berapit, Keroh atau kini dikenali sebagai Pengkalan Hulu. Dalam serangan hendap itu kalau tidak silap saya, seramai 21 anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) terkorban. Peristiwa berkenaan menjadi detik permulaan kebangkitan semula PKM. Sejak itu pelbagai keganasan dilakukan oleh PKM termasuklah peristiwa 13 Mei 1969 yang pada pandangan saya mempunyai pengaruh terhadap kegiatan komunis.
Kegiatan komunis selepas itu meningkat dari semasa ke semasa termasuk di Sarawak. Semua itu adalah sebahagian daripada jaringan komunis antarabangsa bagi menjajah dunia. Saya percaya anda semua pernah mendengar cerita dipanggil paksi Peking, Hanoi, Jakarta. Ia adalah sebahagian daripada perancangan komunis untuk menjajah dunia, kegiatan komunis di Jakarta gagal pada tahun 1965 berikutan kejatuhan Parti Komunis Indonesia (PKI).
Semasa bertugas apa pula pengalaman Datuk Seri dalam memerangi komunis?
CHE MD. NOOR: Sebagai salah seorang pegawai tentera berpangkat kapten dan bertugas sebagai pegawai perisik di Ipoh pada tahun 1968, saya dapat melihat bagaimana kejamnya PKM melakukan pembunuhan ke atas anggota polis dan serang hendap yang dilakukan tanpa henti-henti daripada Jeli dan Tanah Merah di Kelantan sampailah ke Perlis. Mereka melakukan banyak pengeboman termasuk di Jambatan Kokma di Padang Besar, sekarang jambatan itu sudah tidak ada lagi. Pada tahun 1969 selepas peristiwa 13 Mei mereka melakukan serang hendap di Sintok, Kedah menyebabkan enam anggota tentera daripada Empat Rejimen Askar Melayu terbunuh. Saya tahu peristiwa itu kerana saya sendiri pergi melihat kejadian berkenaan.
Chin Peng pengganas kejam
Sebenarnya, kalau bercerita mengenai komunis ini, masih segar rasanya peristiwa jiran saya di kampung yang putus kedua belah kakinya akibat penangan jerangkap samar. Pilu benar melihat jiran yang sebelumnya aktif, akhirnya terpaksa menjalani kehidupan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) lantaran perbuatan komunis durjana.
Komunis pada masa itu menjadi duri dalam daging negara. Tidak siapa menafikannya kecuali mereka yang bersimpati.
Di sekolah, guru kita mengajar mengenai kekejaman pengganas, mengenai Chin Peng dan gerila komunis yang dipimpinnya. Wujud rasa benci yang meluap-luap tatkala guru menerangkan bab demi bab mengenai komunis. Sejak sekian lama komunis ditunjuk sebagai anasir yang paling dibenci oleh semua rakyat di mana-mana.
Terlalu banyak jiwa yang melayang akibat perbuatan subversif komunis. Kasihan, ada di antara mangsanya yang hidup merana sepanjang hayat. Isteri terpaksa bergelut dengan kehidupan tanpa suami manakala anak-anak terpaksa menerima hakikat bahawa mereka telah berstatus 'anak yatim'. Dan, jika diputar kembali mesin masa, imbasilah kepada peristiwa hitam Bukit Kepong yang sungguh menyayat dan memilukan itu.
Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya menayangkan kembali filem-filem genre patriotik seperti Bukit Kepong agar ditonton oleh generasi terkini Malaysia daripada semua peringkat keturunan.
Diharap nanti akan terbit rasa kesedaran terhadap kesan kemusnahan oleh pengganas komunis yang di ketuai Chin Peng pada masa lalu. Segarkan kembali semangat patriotisme yang telah semakin terhakis.
Seperkara lagi, saya menyeru kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya meningkatkan pemeriksaan dan penelitian ke kedai-kedai buku ternama yang sejak sekian lama giat menjual buku-buku berunsur komunis. Lihat juga ke Central Market, Jalan Petaling dan Bukit Bintang yang begitu luar biasa aktifnya menjual baju-T yang memaparkan wajah Chin Peng atau pun simbol perjuangan mereka 'Bintang Tiga'.
Janganlah sampai anak-anak kita pula memakainya ketika bersolat Jumaat atau menghadiri majlis-majlis bercorak patriotisme!
Saya memohon kepada semua pihak agar tidak lagi membangkitkan isu untuk membawa Chin Peng masuk ke negara ini. Bagi saya dia adalah perosak dan pemusnah keharmonian negara yang kekal terpahat di jiwa rakyat di negara ini.
Dan, kalau kita terlupa, renunglah kembali siapa dalang di sebalik peristiwa 13 Mei 1969. Sedarlah bahawa Chin Peng bukan wira tetapi pengganas kejam yang telah meninggalkan titik hitam dalam sejarah keharmonian bangsa Malaysia. Kepada pihak-pihak yang berwajib, pastikan Chin Peng tidak kembali.
Prof Dr Ahmad Atory : Isu rasuah boleh jejaskan Pas pertahan Manek Urai
2. Walaupun DUN Manek Urai terletak di luar bandar dan kebanyakan penduduk bekerja kampung dan penoreh getah, cara mereka berfikir dan menilai sesuatu sudah jauh berbeza berbanding lebih 30 tahun lalu. Malah, katanya, mereka boleh mendapat dan menilai maklumat daripada pelbagai sumber dan tidak terhad kepada ceramah parti saja.
3. Beliau mengulas sama ada isu rasuah yang dikatakan mula menular dalam Pas menjelang Muktamar Agung Tahunan parti itu mulai Jumaat hingga Ahad ini akan memberi kesan langsung kepada parti itu pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai. Isu gejala rasuah dalam Pas mencuri tumpuan umum menjelang muktamar agung parti itu apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud, mendedahkannya bulan lalu.
Komen Khir Toyo tentang kemenangan PKR di Penanti
1. Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyifatkan PKR sebagai 'gila talak' apabila hampir saban hari sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil DUN Penanti, tetap menghentam dan menyerang Umno dan BN walaupun calonnya tidak bertanding.
2. "Kata mereka ketiadaan BN menyebabkan ramai tidak berminat keluar mengundi," tulis ketua pembangkang DUN Selangor itu dalam blognya hari ini.
3. "Sungguh melucukan ada pula pemimpin muda mereka yang bersedia menghalang mana-mana bas keluar dari Penanti ketika hampir hari pembuangan undi. Jika dulu mereka kata pengundi hantu lalu halang bas masuk ke kawasan pilihanraya kecil. "Hari ini mereka mahu halang bas keluar pula kononnya hendak halang pengundi yang sah dari keluar kawasan pilihanraya. Mereka menentukan peraturan, mereka membuat keputusan dan mereka melaksanakan penguatkuasaan.
4. "Namun apabila diperhatikan polemik dan politik PKR dan parti-parti sekutunya sejak menang beberapa negeri sehingga sekarang ini, kenyataan paling sesuai bagi cara mereka mentadbir dan berpolitik ialah 'politik bogeyman'," tulis Dr Mohd Khir dalam blognya hari ini. "Kempen mereka, kenyataan mereka dan ceramah mereka meletakkan apa sahaja kesalahan atau kekurangan atas BN.
5. "Kecenderungan ini sudah nampak dalam pilihanraya di DUN Penanti. Sungguhpun media alternatif seperti Malaysiakini dan Harakahdaily memaparkan kenyataan bahawa PKR menang besar, namun realitinya sungguh berbeza. "Selain jumlah keluar mengundi yang rendah, jumlah undi kepada PKR juga merosot lebih seribu undi. Pada 2008, (Mohammad) Fairus (Khairuddin) dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi. "Realitinya, sokongan terhadap PKR di kubu kuatnya sendiri sudah berkurangan. Mungkin sudah ramai yang bosan dengan taktik kempen menjadikan BN sebagai boogeyman ini. Hanya masa akan menentukan," tulis Dr Mohd Khir.
Perkataan Islam pada PAS patut digugur
- Sudah tiba masanya dalam pemilihan nanti PAS menukar nama parti tersebut yang dianggap tidak relevan dengan keadaan semasa. PAS yang di daftarkan atas nama Parti Islam Semalaysia atau PIS patut menukarkan nama parti tersebut kepada Parti Kafir dan Islam Semalaysia atau (PKIS).
- Pertukaran nama ini sebenarnya amat sesuai dengan tema baru PAS iaitu PAS untuk Semua atau PAS 4 ALL.. dengan terhapusnya slogan 'membangun negara Islam' dan 'bersama kepimpinan Ulamak' pertukaran nama ini akan memberi imej baru kepadan PAS.
- Sebagaiman yang diketahui yang terbaru ialah permohonan Kelab Penyokong PAS untuk menjadi sayap di dalam PAS. Dengan sambutan hangat iaitu hampir 20,000 yang telah mendaftar sebagaimana yang dilaporkan the star PAS kini amat gembira dengan ahli-ahli kelab penyokong mereka. Namun ini tidak cukup setakat Kelab, bagi membuktikan PAS akan terus memerlukan mereka, maka fasa seterusnya akan meletakkan kelab tersebut dalam sayap PAS!.
- Sebagai sebuah parti ortodoks sewaktu dahulu yang mengharamkan kerjasama dengan bukan Islam bahkan mengkafirkan mereka yang berkawan dengan bukan Islam sehingga menuduh UMNO sebagai kafir sebagaimana Amanat Hj Hadi... kini PAS pula patutnya menjadi kafir kerana berkawan dengan bukan Islam. Namun bagi PAS hukum Islam ini boleh berubah mengikut suka hati mereka! sekejap haram dan sekejap halal.. suka hati 'ulamak' mereka untuk mengubah makna ayat Quran demi kepuasan nafsu amarah mereka.. Ayat Quran dihina dan dipersendakan oleh bukan Islam dengan membacaya dalam ceramah dianggap tidak menghina Quran. Ayat Quran yang bermaksud 'tidak akan redho Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut agam mereka' hanya dibakul sampahkan! sehingga begitulah mereka sanggup menjual ayat-ayat tuhan demi politik mereka!.
- Orang bukan Islam pula sepatutnya tidak melupakan siapakah yang menghina mereka sewaktu masa dahulu, siapakah yang memusuhi mereka masa ketika dahulu dan siapakah yang menentang mereka sewaktu masa dahulu? Mereka ialah PAS yang kini terpaksa mengikut telunjuk mereka.. PAS yang takut dan bacul demi undi.. Jika ini hendak dijadikan pemimpin menentang kebatilan maka lupakanlah.. pemimpin sebegini adalah pembohong dan tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana tidak teguh iman dan pendirian mereka.
- Hudud tidak lagi menjadi perjuangan mereka, Negara islam jauh sekali dan inilah yang diakui oleh Nizar! Pembohongan demi pembohongan dibuat kepada rakyat yang menjadikan rakyat buta untuk melihat kebenaran. Imej Ulamak kini semakin terhakis, Puak Erdogan atau Pro Anuar kini mula menyelinap masuk di dalam PAS, PAS mungkin akan datang tidak lagi diterajui oleh PAS... JIka hendak ditanya, apakah salah Nasarudin mat Isa sehingga Mat Sabu dan Husam untuk menentang beliau?
- Dimana pula sewaktu masa dahulu, perjuangan PAS untuk mengharamkan Arak, menghalang penjualan permit arak, di Selangor, kilang arak tidak pun ditutup bahkan digunakan untuk mebayar duit gaji YB PAS. Begitulah lemahnya moral pemimpin PAS, bukan stakat nak haramkan hendak mebuat usul pengharaman arak di sidang DUN pun takut.
- Tidak terfikir oleh akal yang waras bagaimana muslimah boleh berada di belakang YB Eli yang jelas berzina dan mengadakan hubungan haram.. adakah ini Islam yang mahu ditonjol oleh PAS, Jika UMNO di keji kerana Islam hadharinya, jadi Islam jenis apakah yang dibawa oelh PAS ni, sehingga boleh berubah hukum sesuka hati? Inilah jenis Islam Sesat yang dibawa oleh PAS...
- Manakala Nizar pula dilihat sebagai kuda tunggangan DAP, sanggup menentang Sultan Melayu, sanggup menggadai tanah kepada kaum Cina, membuat mogok lapar yang dilihat jelas sekali bertentangan dengan Islam...
- Rasanya sudah cukup pembohongan PAS... nama Islam perlu digugurkan dari parti ini.. sudah cukup PAS mencemar dan menghina Islam.
