Popular Today

Khamis, Julai 16, 2009

Malaysiakini : Konflik PAS semakin parah di MU

0 Komen!!!

PAS memang boleh berlakon dan bercakap apa sahaja tentang konflik dalaman mereka... walaupun mereka menafikan tetapi rakyat melihat wayang mereka , wayang pemimpin mereka....

Hakikat antara Erdogan vs Ulama masih ada dan begitu juga hakikat kerajaan perpaduan dan kerajaan perpecahan...

Begitulah wayang antara pemimpin PAS dan pemimpin PKR yang lain... seperti isu di kedah... umpama api dalam sekam.... luar dilihat tiada apa tetapi di dalam panas membara...

Beberapa laman web dan penulis blog yang pro-PAS tidak puas hati dengan kemenangan tipis parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai kelmarin.

Menurut mereka, kemenangan "nyawa-nyawa ikan" dengan 65 undi antaranya berpunca daripada perbalahan yang berterusan dalam PAS berhubung isu kerajaan perpaduan.

Mereka juga mendakwa, ahli-ahli PAS juga tidak puas hati kerana "mereka dibiarkan gelisah dan resah dengan pelbagai soalan yang sukar dijawab.

Satu artikel di laman web Tranungkite mendakwa berlakunya perpecahan dalaman PAS terutama petugas dari Kelantan dan Terengganu, yang menurutnya, saling sindir-menyindir antara satu sama lain.

Tulisan itu menyebut: "PAS memang menang di Manek Urai tetapi dengan kemenangan yang sangat tipis. Kemenangan yang menjawab seribu satu persoalan selama ini."

"Secara ringkasnya PAS memang berpecah. Tanyalah petugas-petugas dari Terengganu apa 'kata-kata sambutan' dari PAS Kelantan. "Tanyalah pula PAS Kelantan apa 'agenda dan doa' sesetengah dari PAS Terengganu.

Janganlah perbodohkan rakyat...

Tahniah Utusan Malaysia - kini ada versi bahasa Inggeris

2 Komen!!!
Tranformasi Utusan Malaysia

Ikuti perkembangan zaman dan dunia semasa... selain menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa No.2 negara... kini Utusan Malaysia mempunyai versi bahasa Inggeris

Tahniah Utusan!... good job....! habislah Malaysiakini lepas ni...

Lebih baik tangkap Nik Aziz dari Muhyidin kerana janji palsu

3 Komen!!!

Anwar masih mahu melepaskan geram atas kemenangan tipis Pakatan Rakyat atau PAS di Manik Urai kerana isu janji jambatan oleh Muhyidin...

Dari sudut undang-undang ia adalah salah, dan saya cabar kalau SPRM betul-betul amanah, tangkap dan siasat Muhyidin kerana buat janji palsu.

Dari sudut undang-undang ia adalah salah, dan saya cabar kalau SPRM betul-betul amanah, tangkap dan siasat Muhyidin kerana buat janji palsu.Kalau dia beranilah…Mana boleh kalau hendak jambatan pangkah Umno-BN. Pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan, begitu? Dia ingat bapak dia punya negeri - DSAI
Tangkap Muhyidin Kerana Janji Palsu !

Itulah antara yang diungkapkan Anwar .... tetapi bagaimana pula dengan janji oleh pembangkang kalau PAS... Nik Aziz kata undi PAS masuk syurga... SPRM rasanya perlu buat siasatan juga... apa jadi jika pangkah PAS pun masuk neraka.... bagaimana juga kalau pangkah PAS tak dapat pahala.. maklumlah PASkan parti Ajaran Sesat...

Sudahlah Anwar... berapa banyak janji yang Anwar buat masa pilihanraya Kecil Permatang Pauh.... menang hari ini esok kita ke Putrajaya... menang di Putrajaya 16 September kita tubuh kerajaan baru..... berapa banyak janji palsu yang Anwar lemparkan.... kita dia pula bercakap tentang janji palsu.... cerminlah diri dahulu!.. ingat Malaysia ni bapak dia yang punya ke!

Terkini Perbicaraan kes Liwat - Anwar telah rancang skrip

4 Komen!!!
Sebenarnya sebelum perbicaraan kes liwat ini, Anwar telah merancang awal-awal skripnya di Mahkamah sebagaimana yang beliau mahukan...

Terkini isu Misteri 'sakit' Sulaiman Abdullah, siapa bakal ketua peguambela?... ini semuanya hanyalah lakonan yang telah di skripkan oleh manusia durjana bernama Anwar ini....

sebelum ini kita telah melihat banyak tindakan beliau yang tujuannya yang pertama ialah:

1- melewat-lewatkan perbicaraan
2- menggugurkan kes liwat

Dalam tujuan melewat-lewatkan kes beliau, kita telah melihat tindakan beliau beberapa kali untuk menangguhkan perbicaraan lewat ini termasuklah memohon menangguhkan perbicaraan, isu ketua peguam yang sakit dan terkini mohon untuk menggantikan ketua peguam beliau...


anwar aljuburi menari-nari

Manakala bagi tujuan yang menggugurkan kes liwat, kita dapat saksikan usaha beliau untuk menggugurkan kes, usaha untuk meragukan bahan bukti melalui permohonan untuk mendapatkan bahan bukti..

Sebenarnya banyak cakap-cakap orang mengenai isu penariakn diri ketua peguam beliau yang dikatakan sakait, ada yang mengandaikan bahawa ianya hanya helah untuk beliau tarik diri dari kes Anwar kerana yakin Anwar terlibat dengan isu liwat ini.... begitulah juga usaha Anwar untuk menggugurkan kes, dan mendapatkan bahan bukti yang menimbulkan persoalan... jikalah anwar tidak meliwat kenapa beliau takut untuk berhadapan dengan mahkamah...

Sekarang Skrip Anwar ialah cuba menyalahkah mehkamah dan menuduh mahkamah sebagai zalim dan kejam... ini semuanya adalah skrip[ yang telah dicipta oleh Anwar durjana ini... Rakyat tertanya-tanya apa yang anwar takutkan jika beliau tidak bersalah... cara Anwar bertindak menangani isu ini seperti membuktikan beliau melakukan liwat terhadap saiful khasnya apa beliau mahu bersungguh mengurkan kes ini walau belum dibicarakan...

Biarkan bukti bercakap... mengenai tindakan Anwar dan biarkan Mahkamah menilai setiap hujah dan bukti yang ada....

Najib - Kemenangan moral bagi BN di Manik Urai

7 Komen!!!
Mungkin orang yang paling menarik nafas lega ialah DS Najib mengenai kekalahan tewas BN di Manik Urai.. sekurang-kurang usaha beliau dan barisan kabinet dan MT nya telah menampakkan sedikit hasil... yang dahulu ianya menjadi bahan yang diperlekehkan oleh pembangkang.

Najib berkata 'kekalahan tipis Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam membuktikan keyakinan rakyat kepada BN sudah dapat dipulihkan

Sambil menyifatkan keputusan di Manek Urai itu sebagai kemenangan moral yang besar kepada BN, Perdana Menteri berkata, satu perubahan besar sudah berlaku di kawasan tersebut.

"Walaupun BN tewas tetapi hanya 65 undi sahaja malah jumlah undi rosak melebihi jumlah undi yang BN kalah.

"Dulu kita kalah lebih kurang 1,350 undi. Ini bererti bahawa sudah berlaku swing factor yang besar di Manek Urai. Keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan. Sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan saya percaya kedudukan BN akan menjadi lebih mantap lagi, insya-Allah,"' katanya pada sidang akhbar untuk wartawan Malaysia di Crowne Plaza Sham El Sheikh Resort di sini hari ini.

Apa yang penting ialah keihlasan pemimpin dalam menyamapikan sesuatu dasar yang bukan di nilai oleh PAS ke, Nik Aziz ke, Anwar ke, Lim Kit Siang ke... tetapi asa ukurannya hanya di nilai oleh Allah SWT...

Semoga rakyat terus memberi sokongan yang berterusan demi menjadikan 1Malaysia menjadi kenyataan...

Rabu, Julai 15, 2009

EXCO DAP salahguna peruntukan DUN

0 Komen!!!


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat dua pemimpin DAP, termasuk seorang exco kerajaan Selangor, bagi siasatan berhubung salah guna wang peruntukan DUN.

Lima pegawai SPRM berada di bilik Ean Yong Hian Wah, exco pembangunan kampung baru dan kilang haram, selama 15 minit di bangunan sekretariat kerajaan Selangor dalam serbuan jam 3.30 petang ini.

Sebelumnya sepasukan tiga pegawai SPRM menyerbu bilik gerakannya di Seri Kembangan mulai jam 12.30 tengah hari tadi.

Seorang lagi ADUN parti itu Lau Weng Sang turut menjadi sasaran serbuan SPRM.

Ianya hanyalah rutin biasa pegawai SPRM untuk membuat saisatan..... apatah lagi yang menimbulkan isu salahguna kuasa adalah sesama mereka sendiri.....

Kita tunggu dan lihat... siapa yang kena....

Pakatan Rakyat konon.... makan duit rakyat adalah....

Kebebasan suara semakin parah di Selangor

0 Komen!!!
Anda di larang tegur pemimpin Selangor.. anda tidak boleh kritik pemimpin Pakatan Rakyat atau anda akan digantung dari sidang DUN....

Kebebasan suara di Selangor semakin parah, jika anda bercakap anda akan dihukum... inilah nasib pembangkang di Selangor....

Berikutan itu Tujuh belas anggota pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dari Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bertindak keluar dewan semasa sesi perbahasan sidang DUN hari ini.

Mereka bertindak demikian sebagai memprotes usul untuk meluluskan cadangan hukuman yang telah dibuat dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JKHK) terhadap Dr Mohamad Khir dan empat lagi Adun BN iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam).

Analisis Manik Urai - gerhana bulan dan kejayaan terbesar BN

5 Komen!!!
Apakah dasar kepimpinan Najib dan peranan yang dibantu oleh Muhyidin membantu BN 'hampir' menewaskan PAS di kubunya 'Manik Urai'.. atau sebenarnya memang punca dari perpecahan dalaman PAS yang umpama api dalam seka.

Ada orang yang berseloroh, itu jika Nik Aziz tiada rasanya PAS akan kalah... mereka ni masih ada seikit hormat pada Nik Aziz.. itulah akibat ego yang terlalu kuat dan terlalu angkuh...

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon PAS Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394. Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi.Sebelum itu, pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Fatah Harun dengan yakin menyatakan bancian awal jentera pilihanraya kecil tersebut menunjukkan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah "menang dengan majoriti hampir 2,000 undi".

Namun apa yang terjadi sebaliknya, ini bermakna 2000 undi majoriti yang PAS kira sebagai mengundi mereka telah berpaling arah dengan mengundi BN... Akibatnya keadaan itu berubah pada kira-kira jam 7 petang apabila para penyokong BN pula dilihat begitu gembira apabila mendapat tahu calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendahului dengan 30 undi.

PAS menang dengan 65 undi. Apa yang tidak kena dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai?

Walaupun tewas, Umno sudah pastinya akan melaungkan bahawa pengaruh parti itu sudah semakin pulih sejak krisis kepemimpinannya dan prestasi buruk pilihanraya umum 2008. Manakala pengaruh PAS khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya, semakin terhakis.

Kehadiran tokoh-tokoh besar Pakatan - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Lim Kit Siang dari DAP. Manakala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pula mengetuai jentera pilihanraya PAS di Manek Urai nampaknya tidak memberi kesan besar sebagaiman sebelum ini..

Manakala jentera pilihanraya BN, khususnya Umno, diketuai oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dengan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Harapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan pilihanraya kecil DUN Manek Urai sebagai petanda berakhirnya kekalahan BN dalam siri pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 2008, begitu hampir menjadi kenyataan.

Namun, kemampuan BN menghakis majoriti PAS - daripada 1,352 undi kepada hanya 65 undi - boleh dianggap satu kejayaan terbesar kepada BN di Semenanjung dalam enam pilihanraya kecil.Apatah lagi, DUN Manek Urai merupakan kubu kuat PAS selama ini. BN hanya berjaya merampas DUN tersebut pada pilihanraya umum 2004 dengan majoriti tipis 53 undi.

Adakah ia ada kaitan dengan 'ketegangan' dalam kepimpinan PAS berhubung isu cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno? Atau pengaruh Nik Aziz, yang begitu lama memimpin PAS, kini kian merosot?

Apakah kepimpinan PAS sudah dapat menghidu masalah tersebut dan bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan seramai mungkin pengundi Manek Urai yang tinggal di luar Kelantan - termasuk 867 orang di Selangor dan Wilayah Persekutuan - balik mengundi?

Malah, satu majlis mengenainya telah diadakan di sebuah hotel di ibu negara yang dihadiri sendiri oleh Nik Aziz dan juga exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa. Malah, pagi tadi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut mengakui bahawa PAS mampu mengekalkan kerusi DUN Manek Urai tetapi “dengan majoriti yang berkurangan”.

Kalau di Kelantan sendiri, yang sudah 19 tahun ditadbir oleh PAS, ia menang tipis di Manek Urai, bagaimana pula dengan nasib kerajaan Pakatan di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang masih setahun jagung?

Jika dilihat trend ini, perkembangan positif untuk BN dan UMNO bagi menghadapi Pilihanraya Umu ke -13... namun ianya bukanlah sesuatu yang selesa dan UMNO perlu kembali bekerja eras dan ikhlas membantu rakyat demi memperjuangkan hak mereka.

1Malaysia, Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan...

Kongsi Link Anda