Popular Today

Selasa, Oktober 20, 2009

Kerajaan tidak akan kembali kepada PPSMI

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah selaras dengan keperluan negara untuk martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ke arah usaha itu, kementerian tidak lagi menoleh ke belakang meskipun terdapat rayuan dan desakan supaya PPSMI diteruskan, namun kerajaan tidak mampu memenuhi permintaan semua pihak.

"Sebaliknya pandangan yang disuarakan diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan dasar (MBMMBI) berkenaan," katanya menjawab soalan tambahan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang ingin tahu apakah jaminan kerajaan untuk memastikan dasar baru tidak berubah kepada dasar lama.

Selain itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata bagi mengelakkan timbulnya permasalahan kepada dasar MBMMBI seperti mana yang terjadi kepada PPSMI, kementerian menetapkan tahun 2012 sebagai tahun pelaksanaan selepas segala persiapan disediakan.

"Tujuan kita untuk dilaksanakan pada 2012 ialah untuk membuat persiapan penting kerana pengalaman waktu kita melaksanakan PPSMI dulu, tempoh untuk pihak kementerian buat persiapan ialah enam bulan. Oleh sebab itulah pelbagai masalah timbul antaranya menyediakan sejumlah guru yang mencukupi. - Bernama

Pas mahu failkan petisyen batalkan kemenangan Isa

6 Komen!!!
Walaupun Pilihanraya Kecil Bagan Pinang hampir berlalu 2 minggu yang lalu.. PAS masih tidak boleh menerima hakikat rakyat menolak mereka. Kekalahan di Bagan Pinang masih belum mengajar keegoan PAS.

PAS masih menyalahkan pengundi POS yang dianggap sebagai punca kekalahan mereka. Sedangkan apa yang berlaku adalah terdapat juga undi pos yang mengundi mereka namun jumlahnya bukan besar.

Jika PAS menghormati demokrasi nescaya PAS akan hormati pilihan yang dibuat oleh pengundi.. tetapi jika PAS tidak hormati demokrasi maka pas tidak akan hormati pilihan pengundi pos sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Alasan yang tidak munasabah seperti prosuder dan penyelewengan undi pos hanyalah taktik murah pas yang tidak mungkin rakyat terima lagi. Kerana rakyat mengetahui bagaimana undi pos ini dilakukan dengan setelus yang mungkin. Bukan hanya membenarkan wakil calon tetapi juga membenarkan media juga bersama dalam proses undian pengundi Pos.

Terkini, PAS sedang mengumpulkan bukti untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan PInang atas dakwaan berlaku penyelewengan undi pos sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini.

Selain itu, dakwaan penyelewengan itu akan turut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) esok oleh PAS yang bertujuan mendesak Suhakam mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan berlaku penyelewengan undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

di Bagan Pinang Undi pos , BN mendapat 3,521 undi dan PAS mendapat 601 undi. Namun perbezaan dapatan undi POS BN antara 2008 dan 2009 lebih kurang 500 undi sahaja iaitu bukanlah perubahan yang terlalu ketara dari segi dapatan undian.

Krisis PKR Sabah Bukan Baru

0 Komen!!!
KOTA KINABALU, 20 Okt (Bernama) -- Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah bukan sesuatu yang baru, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman Selasa.

"Dari dulu lagi PKR tiada haluan. Mereka tidak mampu menjadi pemimpin dan tidak layak untuk mewakili rakyat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan mengenai tindakan 18 daripada 23 ketua bahagian PKR Sabah membantah pelantikan Naib Presiden Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri.

Pada 17 Okt lepas, seorang lagi Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan dilaporkan berkata perpecahan dan kemelut dalaman PKR semakin kritikal berhubung bantahan terhadap pelantikan Azmin.

Musa berkata permasalahan yang dihadapi PKR bukan sesuatu yang di luar jangkaan.

"Rakyat tahu menjadi hakim," katanya.



-- BERNAMA

Isnin, Oktober 19, 2009

Bila EXCO PAS tumbuk tetamu raya

2 Komen!!!
gambar hiasan


Adakah ini kesan dari penyakit gila babi atau gila talak... atau melepas geram akibat kalah di Bagan Pinang. Tiba-tiba timbul cerita panas apabila EXCO Pas tumbuk tamu raya. Katanya berlaku di rumah terbuka PAS Taman Melewar...

Cuba bayangkan pemimpin PAS yang kononnya warak, berjanggut dan lembut alih-alih menggenggam tangan dan melepaskan tumbukan dengan emosi marah yang meluap-luap.

Ianya diceritakan di blog MSO, macam biasalah cerita sensasi macam ni memang ianya biasa keluar dari blog MSO.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 2:30 tengah hari semalam. Mangsa berkenaan telah membawa anak dan isterinya untuk menghadiri rumah terbuka Pas itu. Mungkin dia juga ahli atau penyokong Pas. Atas rasa ingin menyemarakkan sambutan majlis itu dia datang dan bersalaman dengan pemimpin yang ada yang menjadi penyambut tetamu.

Selepas selesai makan dia keluar dan menunggu anak dan isterinya di luar, berhampiran pintu gerbang untuk masuk ke Dewan Fadzil Mohd Noor (al Fatihah) di mana tempat berlangsung jamuan. Ketika menunggu inilah Exco berkenaan datang menghampirinya sambil bertanyakan namanya dan sesuatu kemudian terus mengeluarkan kata-kata jelek dan hina "mu jahat...mu jahat".

Tetamu yang menjadi mangsa itu tercengeng dan bingung. Mulanya dia ingat Exco itu bergurau saja. Dalam keadaan tidak bersedia itu tiba-tiba penumbuk Exco berkenaan melayang ke muka mangsa berkenaan. Bayangkan bagaimana kalau mangsa itu tidak menepisnya dan segera membalas balik?

Tetamu yang tergaman dengan kejadian itu cuba menenangkan keadaan dan minta penjeasan dari Exco berkenaan, kenapa melepaskan penumbuk kepadanya. Namun Exco itu tidak peduli terus memburukkan mangsa berkenaan dengan mengajak mangsa berkenaan bertumbuk.
Apa kenalah dengan PAS sekarang... mungkin inilah sebenarnya budaya samseng PAS yang terbawa-bawa sehingga ke rumah terbuka mereka. Mungkin memang benarlah mereka mengatakan memang dasar PAS, dari ahli sampai ke pimimpin mereka samseng.

Mungkin ini juga merupakan sejarah Malaysia yang pertama khasnya dari parti pembangkang apabila terdapat EXCO mereka menumbuk rakyat. Cuba bayangkan tindakan ini di buat dihadapan tetamu tentunya akan menggalakkan lagi kesamsengan anak muda di dalam PAS. Inilah contoh yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS ini.

Cuma menariknya sebagaimana MSO menulis " Nik Aziz Kenal Exco dan Tamu Berkenaan!"

Cuti umum sempena 16 September sebagai Hari Malaysia

2 Komen!!!

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan 16 September sebagai cuti umum Hari Malaysia di seluruh negara mulai tahun depan.

Mengumumkannya pada sidang Dewan Rakyat pagi ini, Perdana Menteri berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat adalah satu titik sejarah yang amat penting.

"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Hari Malaysia diraikan setiap tahun untuk memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia membaitkan penyertaan Sabah dan Sarawak 16 September 1963.

Sumber: Utusan Malaysia

Bukti pemimpin PKR mengamalkan kroni dan berpuak-puak

3 Komen!!!
Aku terpanggil dengan artikel di laman blog pembangkang ni.. tajuk dia "SURAT TERBUKA UNTUK YAB.M.B SELANGOR"

Surat ini berkaitan PKR Puchong yang bermasalah iaitu PKR telah dikuasai oleh kumpulan tertentu diperingkat EXCO dan AJK,..mereka begitu dominan menentukan keputusan dalam setiap langkah parti..sehingga telah mengenepikan suara daripada Ketua-ketua Ranting,..yang lebih membimbangkan ialah mereka berpuak-puak.

PKR cabang Puchong menjangkau hingga ke Taman Sri Serdang,..dan kebanyakan Ranting dan ahli berada di Puchong akan tetapi barisan EXCO dikuasai oleh orang Sri Serdang dan mereka mengenepikan langsung ahli dan juga Ranting di Puchong,.dan ini bukannya rahsia lagi bagi ahli PKR Puchong kerana kami telah lama mengidu permainan mereka ini.

Antara beberapa keraguan dan kemusykilan yang menghantui ahli-ahli serta ketua-ketua Ranting berkenaan tersebut adalah :

1. Pengerusi Cabang

Begitu lemah dalam membuat sebarang keputusan berkenaan parti,..beliau begitu lembut sehingga mudah dipengaruhi oleh gerombolan yang ingin menguasai parti,.

2. Pemangku Timbalan Pengerusi.

Beliau mendapat elaun sebanyak RM3000 sebulan daripada akaun Cabang untuk mengatur strategi dan program parti,.akan tetapi beliau telah gagal melaksanakan tanggung jawab itu kerana beliau jarang turun padang untuk mendekati ahli apatah lagi turun bersama-sama rakyat,.. jadi berbaloikah elaun RM 3000 diberikan kepada orang ini jika beliau gagal menggalas tanggung jawab yang diberikan ?..

3. Setiausaha.

Beliau begitu emosional bila berada dalam mesyuarat seolah-olah hanya pendapat beliau sahaja yang betul. Beliau menggalas tugas sebagai setiausaha akan tetapi beliau tidak pernah sediakan minit mesyuarat bahkan sepanjang saya mengenali beliau semua tugas-tugas setiausaha diserahkan kepada Ketua Wanita,.. jadi relevankah beliau menggalas tugas sebagai setiausaha ?.......dan boleh disimpulkan seperti ini :

- Setiausaha yang tak pernah menulis....

- Setiausaha yang tak pernah membuat minit mesyuarat.

4. Bendahari.

Seorang Bendahari yang tidak pernah menunjukan Penyata kewangan milik parti pada setiap kali mesyuarat Cabang,.. sampai setakat ini ahli dan juga Ketua-ketua ranting tidak mengetahui jumlah kewangan parti seolah-olah telah diharamkan oleh beliau untuk sesiapa mengetahuinya. Dimana letaknya KETELUSAN yang diwar-warkan sebagai asas perjuangan parti ?.....dan yang lebih menyedihkan apabila Ranting ingin membuat program sendiri dan memohon bantuan kepada Cabang bermacam-macam alasan diberikan kononnya Cabang tidak mampunyai peruntukan... Sampai bila kami nak diperbodohkan ??????????

Akhir sekali,.. saya mengharap kepada Tan Sri agar dapat turun padang menyelesaikan masalah ini sebelum ianya menjadi lebih tak terkawal dan singkirkanlah manusia-manusia yang tamak haloba,.tak pandai buat kerja,.kronisme,.Penyapu buruk,.dan sebagainya yang bersarang di PKR Cabang Puchong ini.. singkirkanlah mereka segera sebelum kami muak dan yang paling penting ialah sebelum RANTING-RANTING BERGUGURAN.

Begitulah serba sedikit isi surat tersebut... Surat ini membuktikan amalan kronisme dan berpuak-puak juga sebenarnya wujud dalam PKR. JIka dahulu PKR sering menuduh UMNO kini jelas berlaku dalam PKR... ini antara satu tempat yang diberitahu, mungkin banyak lagi tempat lain yang berlaku tetapi hanya didiamkan sahaja.

Dan ini jugalah yang berlaku di PKR pusat sekarang, pemimpin PKR sibuk merebut jawatan yang berpuak-puak apatah lagi ketua-ketua cabang berkuasa menentukan projek kerajaan negeri dan peruntukan yang diberikan kepada mereka. Puak Azmin lain, Puak Zaid Ibrahim lain dan sebagainya. Masing-masing kini ingin mempertahankan kedudukan mereka dalam parti dan merebut projek berjuta ringgit dari kerajaan negeri.

Semua ini hanya berlaku dalam tempoh setahun setengah mereka mendapat kuasa bukan dalam tempoh 50 tahun,, namun itu telah menampakkan ketamakan mereka dalam mengejar kuasa dan jawatan. Rakyat kini semakin di abai, masakan tidak... sekiranya rakyat didahulukan nescaya surat ini tidak akan sampai di tangan media dan surat ini merupakan keluhan ketua ranting (cawangan) PKR.

Rakyat kini melihat dan menilai siapa sebenarnya pemimpin PKR ni... semua tuduhan mereka kepada UMNO kini kembali ke diri mereka semula... . kini pemimpin PKR pula mengamalkan kebobrokan moral... sedangkan UMNO kini sedang berusaha untuk berubah...

Ahad, Oktober 18, 2009

Sayap baru - bukti PAS tidak percaya sokongan rakan dalam Pakatan Rakyat

5 Komen!!!
Setelah PAS terhantuk di Bagan Pinang nampaknya kepercayaan sahabat mereka semakin menipis. Terkini PAS cadang jadikan Kelab Penyokong Bukan Islam sebagai sayap parti. Sebagaimana di ketahui kekalahan PAS di Bagan Pinang ialah apabila ramai Pengundi Bukan Melayu menolak calon PAS di pilihanraya kecil tersebut.

Berbeza dengan BN yang mempunyai jaringan sokongan yang kukuh di dalam komponen tersebut. Setiap penyokong parti akan mendokong antara satu sama lain atas lambang BN.

Hari ini, di Kuala Terengganu PAS bercadang menjadikan kelab penyokong PAS yang disertai oleh orang bukan Islam sebagai salah satu sayap parti untuk memantapkan lagi parti itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan ia dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera parti dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Kita telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan kita dengan orang bukan Islam, kita bukan sahaja telah sampai satu tahap mengadakan kerjasama dengan parti bukan Islam, tetapi juga individu bukan Islam," katanya.

Sebenarnya cadangan PAS jadikan Kelab Penyokong Bukan Islam sebagai sayap parti sebagai bukti ketidak percayaan PAS kepada parti lain di dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR yang setentunya mempunyai ahli dan peyokong sedia ada di kalangan bukan Melayu. Maksudnya walaupun adanya DAP dan PKR belum tentu pengundi DAP dan PKR akan mengundi PAS.

Ini menunjukkan sokongan setiap parti dalam pakatan tidak kukuh antara satu sama lain sehingga PAS terpaksa bertindak sendirian untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu. Ataupun menunjukkan PAS terlalu tamak sehingga membelakangkan parti lain dalam mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu.

Tindakan PAS ini merupakan tindakan terdesak PAS untuk mendapat sokongan bukan Melayu yang mereka tahu mereka akan gagal dalam pilihanraya kalau tidak mendapatkannya.

Apakah persahabatan PAs dengan DAP dan PKR belum cukup menjamin sokongan bukan Melayu terhadap PAS. Ini membuktikan kerjasama PAS bersama parti rakan dalam Pakatan Rakyat belum mencapai tahap sokongan yang kukuh untuk memberi undi kepada PAS. Atau PAS mengetahui hakikat bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh dipercayai dan bila-bila hubungan pakatan ini akan berakhir.

Apalah sangat pemberian air percuma pakatan rakyat

6 Komen!!!
Rakyat jangan terlalu terpesona dengan pemberian kecil pembangkang. DS Najib mengingatkan rakyat agar tidak terpesona dengan pemberian tidak seberapa pembangkang sehingga lupa jumlah RM22 bilion yang diperuntuk kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membiayai pelbagai subsidi dan insentif tahun ini.

"Dari itu, janganlah kita mudah terpesona dan terpukau dengan pihak pembangkang semata-mata kerana air percuma dan sedikit kenaikan elaun. Setidak-tidaknya ingatlah sedikit akan jasa-jasa kerajaan pimpinan Umno yang telah berbudi selama puluhan tahun. "Kata orang janganlah kerana kemarau sehari, rezeki hujan yang setahun sudah dilupakan,”

Sedar atau tidak, kata beliau, sudah banyak yang kerajaan lakukan demi kesejahteraan rakyat.

-Sektor pengangkutan dan tenaga:

  • RM9 bilion untuk petrol, LPG dan diesel;
  • RM2 bilion untuk program rebat tunai;
  • RM600 juta untuk pampasan tol;
  • RM150 juta untuk kadar elektrik; dan
  • RM45 juta lagi untuk pengangkutan udara luar bandar serta rel pantai timur.


-Sektor pertanian dan makanan:

  • RM600 juta untuk subsidi padi;
  • RM400 juta (beras);
  • RM275 juta (baja);
  • RM210 juta untuk tepung gandum; dan
  • RM89 juta untuk roti.


-Sektor pendidikan:

  • RM2 bilion telah diagih dalam bentuk bantuan kepada pelajar sekolah khususnya di bawah projek pelajar miskin;
  • M411 juta untuk bantuan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan
  • RM374 juta untuk guru dan penyelia kelas agama dan fardu ain (Kafa), elaun guru takmir termasuk elaun imam serta ketua-ketua kampung.


Jadi apalah sangat dengan pemberian air percuma Pakatan Rakyat tu jika hendak dibandingkan apa yang diberi kerajaan BN sepanjang 52 tahun lalu.

Kongsi Link Anda