Popular Today

Selasa, Oktober 27, 2009

PAS pun mula takutkan blog ke!

2 Komen!!!
Aku teringat pada pilihanraya Umum ke 12 dahulu... BN agak jauh ketinggalan dengan PAS dari bidang Media Baru... rata-rata semua milik pembangkang... dan inilah antara sebab di katakan BN kalah pada pilihanraya umum yang lalu.

Tapi kini keadaan sedikit berubah... atau mungkin banyak berubah... bukan hanya pembangkang sahaja... banyak blog-blog yang pro kerajaan, pro BN dan Pro UMNO dah muncul sehingga isu-isu yang ditimbulkan Pembangkang melalui media baru dapat dijawab dengan berkesan... khasnya khalayak yang celik internet dan IT.... dan kini timbul pula fenomena baru iaitu FB atau facebook yang menjadi kegilaan masyarakat Malaysia masa kini.

Kesannya adalah maklumat dapat diketahui dengan segera oleh pelayar internet.. blog mahupun FB.

Kini PAS pula merasakan kesan ledakan maklumat dalam blog dan FB mengenai isu-isu dalaman mereka dan menyebabkan mereka takut dan menghalang blogger mereka dari menceritakan masalah dalaman mereka. Blogger PAS yang menulis sebaliknya dipersalahkan...

Ini mula timbul apabila isu Musyid Am PAS membuat cadangan supaya diadakan muktamar khas atas sebab yang dimaklumi, ada beberapa pimpinan PAS melalui blog masing-masing mula mempersoalkan blog-blog yang mengulas mengenai isu itu mengikut sudut pandang tersendiri.

Ada yang turut melarang isu itu disentuh di dalam blog dengan alasan penulis blog tidak mendapat maklumat yang benar, hanya maklumat daripada blog juga. Ada juga yang mula memainkan isu ‘kebebasan’, yakni boleh bebas menulis apa sahaja di dalam blog tetapi tidak bebas untuk menulis mengenai isu-isu dalaman PAS.

Turut dipersoalkan ialah maklumat yang diperolehi oleh penulis blog. Penulis blog menulis mengenai sesuatu dengan maklumat separuh masak, yakni bukan daripada pihak yang terlibat sendiri.

Blogger ini turut mempersoalkan kewajaran katakutan terhadap Blog oleh pemimpin PAS ini...

Eh, sejak bila pula penyakit takutkan blog ini berjangkit kepada beberapa pimpinan PAS tertentu? Suatu masa dulu PAS berbangga dengan media baru ini. Blog adalah media alternatif, media yang membongkar penyelewengan Umno, media yang boleh dipercayai, media yang melonjakkan kemenangan PAS dalam beberapa PRU, dan macam-macam lagi pujian pimpinan PAS kepada blog dan blogger.

Hari ini berbeza pula, blog disaran tidak membincangkan isu-isu sensitif mengenai PAS. Sudah berpusing 180 darjah?

Apa salahnya isu-isu dalaman PAS dibincangkan di dalam blog? Kalau penulis blog itu adalah pimpinan PAS, dan dia terlibat dengan mesyuarat-mesyuarat PAS, diyakini dia memegang amanah kerahsiaan. Kalau dia membocorkan rahsia, itu bukan salah blog, itu salah tuan punya blog itu.

Bukankah TGNA juga mengemukakan cadangan mengenai muktamar khas melalui blog? Justeru biarlah blogger, samada dia ahli biasa PAS, pimpinan PAS atau sesiapa sahaja memberikan pandangannya mengenai perkara itu di dalam blog miliknya.

Usah takut kepada blog…! Jangan bila sesuatu itu menguntungkan kita, kita pun memuji dan menyanjungnya. Tetapi bila terkena batang hidung kita, kita pun kata dia tidak berguna.

Penulis blog bukan goblok…!
Apa sudah jadi.... PAS sudah takutkan blog ke.... nampaknya mungkin senjata mula makan tuan...

Adakah Jawatankuasa Pusat PAS akan selesaikan masalah Nik Aziz

2 Komen!!!
Adakah Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura dapat menyelesaikan masalah Nik Aziz dan pandangannya.

Hari ini PAS mengambil pendirian untuk membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang keperluan mengadakan muktamar khas "dalam tempoh terdekat ini."

Kenyataan itu memberitahu cadangan Mursyidul Am itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat.

Kita mengetahui bahawa Presiden, Timbalan, Setiausaha PAS serta ramai pemimpin lain dalam kepimpinan PAS Jawatankuasa Syura dan Majlis Ulama adalah pro puak ulama/konsevertif. Dengan kata lain Nik Aziz tidak mempunyai kuasa pemutus.. mungkin JK Pusat PAS hanya mendengar sahaja... layan jelah orang tua tu... maklumlah kan..

Rakyat harus sedar kepincangan pembangkang: TPM

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Kepincangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang harus memberi kesedaran kepada rakyat bahawa gabungan berkenaan tiada kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pelbagai masalah yang timbul di negeri yang dikuasai mereka menunjukkan pemimpin-pemimpin dalam pakatan pembangkang tiada persefahaman.

"Kita di luar Pakatan Rakyat dah tahu awal-awal lagi mereka tidak mampu bekerja walaupun mereka mahu menunjukkan seolah-olah mereka ada satu bentuk kerjasama yang agak mantap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan (NAFAM) di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam blognya juga mengakui bahawa pakatan pembangkang mengalami hakisan keyakinan awam akibat kegagalan pemimpin menyakinkan rakyat Malaysia tentang kredibiliti mereka.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata dengan kenyataan yang dibuat oleh Lim itu akan membuka mata rakyat bahawa pakatan pembangkang sebenarnya tiada kemampuan dan kesatuan pemikiran yang boleh memberi keyakinan kepada mereka.

"Itu yang saya cukup bimbang, kalau ada dua tiga tahun lagi dia memerintah negeri-negeri yang mereka ada kuasa tetapi tidak diurus dengan baik, jadi apa yang sudah dibangunkan selama ini oleh kerajaan BN (Barisan Nasional) mungkin akan merosot.

"Kesannya ialah nasib rakyat dan pengundi di negeri-negeri itu yang menjadi lebih menyulitkan lagi. Eloklah dia buat pengakuan terbuka supaya membuka mata rakyat, kepincangan yang sudah berlaku.

"Mungkin mereka harus melihat kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kerajaan BN yang sudah lama dan mempunyai pengalaman memajukan negara. Ini seharusnya menjadi kesedaran kepada rakyat," katanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang media berasingan selepas menghadiri perasmian konvensyen itu, berkata pemimpin pembangkang hanya tahu mengkritik dan apabila mereka diberi peluang untuk mentadbir negeri, mereka tiada kemampuan.

"Kini, mereka telah membentuk kerajaan (negeri). Mereka tidak tahu untuk bertindak kecuali menjadi pembangkang. Kini mereka bertelagah sesama mereka sendiri kerana mereka perlu menentang dan mengkritik orang. Mereka hanya pandai dalam soal itu (membangkang).

"Tetapi dalam soal pelaksanaan, baru mereka tahu. Ia bukannya mudah. Mentadbir sebuah negara bukannya mudah dan pastinya untuk mentadbir dan memajukan sebuah negara, adalah amat sukar...mungkin mereka perlu belajar seratus tahun lagi," katanya. - Bernama

Isnin, Oktober 26, 2009

Lawak antrabangsa - bila samseng Perak (ADUN PR) mahukan perlindungan polis

4 Komen!!!
Sangat lucu bila mendengar laporan berita ADUN-ADUN sengal Pakatan Rakyat mahukan jaminan keselamatan. SEdangkan kita mengetahui bahawa merekalah sebenarnya samseng dan punca kekacauan sidang DUN Perak.

Mengikut laporan berita, ADUN Perak daripada Pakatan Rakyat mungkin tidak akan menghadiri sidang DUN Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan gabungan pembangkang negeri.

Umumnya rakyat mengetahui bahawa kekacauan sidang DUN yang lalu berlaku kerana tindakan ADUN samseng Pakatan Rakyat yang mengganggu perjalanan Dewan... Kerana budaya samseng, ganas dan biadap merupakan budaya Pakatan Rakyat yang direstui ustaz-ustaz PAS.

Baru-baru ni pula, timbul cerita EXCO PAS Kelantan tumbuk tamu raya di rumah terbuka PAS Taman Melewar... bahkan Nik Aziz mengenali EXCO tersebut... ini menunjukkan ganasnya ADUN Pakatan Rakyat...

Sebelum itu seorang lagi YB Pakatan Rakyat, Tian Chua dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3000 kerana menggigit anggota polis... dan tak lain tak bukan ini semua ajaran Anuwar AlJuburi yang merosakkan rakyat Malaysia.

Sangat kelakar... kini Samseng Perak (ADUN PR) pula mahu perlindungan keselamatan.

Muktamar Khas PAS - Nik Aziz dijadikan boneka

3 Komen!!!
Ada juga terdapat pihak yang tidak dapat menerima kenyataan Nik Aziz yang mahukan EGM PAS ini. Berpendapat bahawa kenyataan Nik Aziz ini ditulis oleh orang lain yang sengaja mahu memporak perandakan PAS.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata (baca di sini) cadangan mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) untuk mengubah kepemimpinan parti adalah tidak masuk akal kerana Pas tidak menghadapi masalah pucuk pimpinan.

Beliau juga mendakwa cadangan menerusi blog Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti mengadakan EGM itu ditulis dan dipengaruhi oleh pihak lain.

Baguslah juga kerana ada pihak yang tidak dapat menerima kenyataan Nik Aziz walaupun hakikat ini telah disahkan oleh Nik Aziz... Jika demikian kita boleh menganggap Nik Aziz ini hanya dijadikan boneka semata-mata oleh pihak tertentu.. cuma kita hendak mengetahui siapakah yang bertanggungjawab yang menjadikan Nik Aziz sebagai boneka ini...

Namun banyak diceritakan dari blog-blog..
Ceritanya begini. Menurut beliau kisah muktamar khas ini bermula dengan Husam Musa yang masih tidak berpuas hati dengan kekalahan beliau pada pemilihan yang lalu. Untuk itu Husam sememangnya menunggu masa yang sesuai untuk membalas dendam atau merebut semula jawatan timbalan presiden daripada Ustaz Nasa.

Kenyataan Hasan Ali yang sememangnya agak vokal di Selangor mengenai arak dan isu SELCAT telah menarik perhatian Khalid Samad yang juga masih berdendam dengan Hasan Ali kerana menyingkirkan beliau daripada pimpinan PAS Selangor. Hal ini menyebabkan Khalid Samad berjumpa dengan Husam Musa untuk berbincang mengenai Hasan Ali. Husam dan Khalid Samad memikirkan ini adalah masanya untuk menjatuhkan Ustaz Nasa termasuk Hasan Ali dan bersetuju membawa Anwar Ibrahim untuk berjumpa dengan Nik Aziz beberapa hari sebelum kenyataan mengenai Muktamar Khas dikeluarkan oleh Nik Aziz di blognya (baca di sini).

Selain itu Utusan juga menulis:

Menurut sumber itu, di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pas tidak berkompromi dalam soal berkaitan Islam serta Melayu dan ia sedikit sebanyak membuatkan dua rakan parti itu merasa kurang senang.

"Sebagai contoh perjalanan hukum jenayah syariah, usaha memantapkan Islam dan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mana Pas tidak berkompromi dalam soal-soal ini. Pas mahu ia dikekalkan. Pas juga mahu perkara berkaitan Islam dimantapkan.

"Keadaan itu menyebabkan kepimpinan PKR dan DAP kurang selesa dengan Pas dan Datuk Seri Abdul Hadi. Mereka lebih berminat berurusan dengan pemimpin Pas yang lebih liberal dan terbuka," katanya di sini hari ini (baca di sini).

Jadi kita semakin jelaslah siapa yang sebenarnya yang menjadikan Nik Aziz sebagai boneka.. mereka hanya berselindung di belakang Nik Aziz, seperti orang bacul.. mereka hanya berdiam diri... membiarkan orang tua tu bersendirian... sedangkan mereka sedang bergoyang kaki membayangkan kuasa yang bakal mereka dapat... begitulah sifat keji mereka mempergunakan orang lain demi kepentingan politik mereka....

Adakah rakyat dapat menerima tindakan keji pihak sebegini..... apa yang telah terjadi kepada PAS!.. dari parti yang dahulu memperjuang Islam kini semakin jauh sesat dan songsang!

Ahad, Oktober 25, 2009

Gambar Panas...

5 Komen!!!
Gambar : dimensi.blogspot.com

hehe... kreatif tak?..

Firaun dalam PAS?

0 Komen!!!
Bila ada cerita Nik Aziz nak jadi Presiden PAS... teringat pula masa PAS tuduh Tun Mahathir sebagai Firaun, toghut dan sebagainya kerana terlalu lama menjadi PM... adakah dah muncul firaun dalam PAS pula....

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula berkata (Baca di sini), Allah telah memakbulkan doa tidak baik Mursyidul Am Pas itu dengan 'mengembalikannya' sehingga terkena batang hidung sendiri.

"Nik Abdul Aziz selalu berdoa supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpecah, ini bererti doa tidak baik itu telah berbalik kepada mereka sendiri, Allah telah membalas apa yang beliau sebut dan minta serta ia terkena batang hidung sendiri, mudah-mudahan ia dimakbulkan Allah," katanya.

Sekarang ini jika tuhan nak tunjukkan sesuatu di dunia pun dah boleh... kadang-kadang bila kita bercakap kita terlupa pada tuhan.. setiap sesuatu pasti ada balasannya.. apatah lagi jika kita bercakap besar!

Rakyat jangan tertipu - PAS hanya mahu perhatian media

1 Komen!!!
Nik Aziz sekali lagi menggamatkan politik semasa negara. Tiba-tiba muncul pulak idea nak buat muktamar khas pas untuk menyelesaikan masalah beberapa kerat pemimpin dalam pas termasuk presiden.

Utusan semalam menimbulkan persoalan kemungkinan siapakah dalang di sebalik idea EGM Pas ni.. namun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan gesaannya agar kepimpinan Pas dibersihkan daripada golongan prokerajaan perpaduan didalangi oleh pihak yang berkepentingan.

"Nik Abdul Aziz menamakan tiga pemimpin yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Laporan media itu turut merujuk kepada kenyataan melalui blognya kelmarin yang dibuat setelah meneliti tulisan seorang pensyarah dan mendengar pandangan rombongan penyokong parti dari Sabah dan Sarawak yang mencemaskannya."

Ada juga yang menyokong dan ada juga yang menentang idea Nik Aziz apatah lagi kesan Muktamar khas ini akan menjadikan PAS berpecah dan terus lemah...

Namun ini semua hanyalah tindakan terdesak PAS yang mahukan sensasi media massa semata-mata apatah lagi setelah kekalahan Bagan Pinang. PAS selepas kekalahan di Bagan Pinang dilihat agak tenggelam, dan kekalahan tersebut membuat ahli dan penyokong PAS kelam kabut akibat penolakan kaum bukan Melayu terhadap PAS.

PAS mahukan sensasi media kerana mahu kembalikan keyakinan di kalangan penyokong dan ahlinya... walaupun terpaksa membuat cerita EGM... sebab itu presiden dan beberapa ketul pemimpin mereka hanya berdiam diri.

Rakyat jangan tertipu lagi dengan PAS sebagaimana isu kerajaan perpaduan dahulu... bagaimana ianya dijadikan polemik semata-mata tanpa respon presiden... dan kali ini kejadian sama berlaku...

Kongsi Link Anda