Baru uruskan mesyuarat Cabang, Wan Azizah sudah tidak mampu menahan sabar sehingga terpaksa 'mengamuk...Beikutan itu, ramai tergamam apabila Ketua Cabang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggikan suaranya pada mesyuarat Agung PKR Permatang Pauh pada kali ke-7 pada 19 September 2010 lalu [rujuk sini].
“Tak kesian ka kat Pak Tam, yang sedang uzur, yang sedang sakit ni. Apa salahnya jika Mansor (Datuk) menjadi timbalan saya ? Memang Pak Tam banyak berjasa kepada Permatang Pauh, saya sentiasa kenangkan jasa Pak Tam, tapi dia sedang sakit sekarang…”
Ianya dikatakan ramai mempersoalkan cara Mansor dilantik.. sedangkan ramai yang tahu Mansor ini bermasalah.. dialah dahulu yang bertanggungjawab menjatuh Mohd Fairus Kahirudin dan memfitnahnya dan akhirnya merampas jawatan Timbalan ketua Menteri 1..
Bantahan tersebut berdasarkan mereka yang faham bagaimana Cabang Permatang Pauh telah eksploitasi perlembagaan parti dalam pemilihan Mnasor.. ekoran itu, anggota parti mempertikaikan secara lantang dek kerana kertas pengundian untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang tiada sewaktu proses pengundian yang diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung parti itu.
Bahkan, ada ahli yang memprotes keluar dewan kerana mendakwa surat penarikan diri itu tidak sah kerana dibuat selepas tamat tempoh untuk menarik diri iaitu 8 September 2010. Surat Che Mat bertarikh 17 September dakwa mereka sebenarnya ditulis pada malam 18 September, iaitu sehari sebelum pemilihan. Mereka mempertikaikan mengapa Jawatankuasa Pemilihan PKR Pusat boleh menerima surat penarikan diri tersebut yang jelas melanggar prosedur dan tatacara pemilihan.
Ironinya.. Wan Azizah tidak layak menjadi pemimpin PKR.. kalau dah presiden PKR pun buta perlembagaan dan buat keputusan sendiri bagaimana nak mentadbir parti.. patutpun beliau hanya menjadi patung dalam PKR dan memerhatikan suaminya menguruskan parti..
Pemilihan PKR kali ini sangat kotor dan luar kawalan, ramai ahli yang tidak puas hati dan terpaksa bergusti [rujuk sini] dek pihak tertentu menanipulasi perlembagaan untuk kepentingan pihak tertentu..
Lihat artikel kekalutan pemilihan PKR yang berkaitan :
MATC Merbok kecoh, mesyuarat ditunda
Pemilihan PKR: Dua laporan polis dibuat hari ini
Azmin: Tak perlu isytihar setia pada Wan Azizah
Konspirasi Anak-Beranak Dalam PKR?
Zaid ikrar bela, kembalikan kuasa Azizah
Anwar lari tanggungjawab pimpin PKR?
Ketegangan pemilihan PKR kini sampai ke Pahang
















