Popular Today

Isnin, Julai 13, 2009

Blogger Pakatan Rakyat hina Mufti

0 Komen!!!
Dato' Seri Harusani, Mufti Perak selalu di kenali sebagai seorang yang memperjuangkan kebenaran tanpa mengenal siapa... teringat sewaktu masa dahulu masa beliau menegur kerajaan terhadap isu pertandingan ratu cantik dan isu sureheboh TV3.. pada masa itu semua mahluk pembangkang ini menyokong Mufti Perak dan mengagungkannya sebagi Mufti yang patut dihormati..

Tapi itu sejarah, kini Mufti Perak ini tidak berpihak kepada pembangkang maka semua jentera propaganda, jentera fitnah pembangkang menghina dan memalukan mufti perak ini. terbaru Malaysiawave blog proanwar dan pakatan Rakyat sekali lagi menghina Mufti Perak.

Tokoh #1 yang membawa propaganda ini adalah Harussani Zakaria. Beliau adalah seorang mufti yang tidak fasih berbahasa Arab. Saya pernah dengar Mufti Albania dan Bosnia pun fasih berbahasa Arab, tapi Mufti Perak cakap Arab pun tak boleh.

Ramai yang terlupa siapa itu mufti perak sewaktu masa isu ratu cantik dan sure heboh, Beliau bukanlah mufti sesat macam ulamak politikus PAS yang membawa fatwa sesuka hati.. beliau ialah orang yang sentiasa menegakkan kebenaran...

Rakyat perlu menilai siapakah sebenarnya Pakatan Rakyat ini... mereka ini hanya penipu dan syaitan rakus untuk perut mereka sendiri...

Malaysiakini harap PAS kalah!

3 Komen!!!

Aku tertarik satu artikel dalan Malaysiakini yang bertajuk "A PAS loss may be good for Pakatan" bermaksud kekalahan PAS mungkin satu kebaikan untuk Pakatan yang ditulis oleh Ong Kian Ming...

Antara isi penulisannya ialah kekalahan PAS merupakan satu pengajaran kepada PAS yang sering mempermainkan Pakatan serta berangan menjadi ketua dalam Pakatan...

Nampaknya ada pihak yang berharap PAS kalah... persoalannya kenapa ye?... mungkinkah ini adalah suara kawan mereka dalam Pakatan yang doakan PAS kalah di Manek Urai....

jadi bagaimana PAS sediakah dengan doa kawan-kawan Pakatan mereka...

Tiada kebebasan bersuara - Speaker Selangor arah Khir keluar

0 Komen!!!
Mereka ini selalu melaungkan isu kebebasan bersuara... rupanya hanya suara mereka sahaja yang bebas bercakap... tetapi bukanlah suara orang lain... inilah hipokrasi dan penipuan pekatan rakyat terhadap rakyat malaysia....

Hari ini di Shah Alam, Khir diarah keluar dewan, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini hangat apabila Ketua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo diarahkan keluar daripada dewan.

Arahan yang buat boleh Speaker, Teng Chang Khim yang dibuat kira-kira pukul 11.55 pagi itu dikeluarkan setelah Mohd. Khir enggan menarik balik perkataan 'Speaker bias' serta memohon maaf mengenai perkara itu.

Mohamad Khir mengeluarkan perkataan itu apabila mempertahankan tindakan beliau menerusi penguamnya yang mengemukakan surat saman kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng suee Lim di kawasan letak kereta bangunan DUN, Khamis lalu.

Rakyat perlu menilai tindakan Pakatan Rakyat yang hanya pandai bercakap bohong dan tidak berani menerima kritikan...

Ahad, Julai 12, 2009

Jambatan baru Manik Urai, itupun jika pengundi Manik Urai perlukan...

1 Komen!!!
Itulah mesej TS Muhyidin, kan senang, pengundi buat pilihan... ikut keperluan pengundi... kalau undi PAS maksudnya pengundi tak perlukan jambatan....

Jambatan Berharga 7 juta kalau BN Menang Di Manek Urai…itulah janji TPM lebih kurang pukul 4 petang tadi di Manek Urai… Kalau kalah meloponglah jawabnya.. sebab kalau BN kalah maknanya pengundi mahukan PAS dan bermakna pengundi pun tak perlukan jambatan .

Nampaknya mesej sangat mudah dalam memberi kemudahan dan pembangunan kepada rakyat… sehinggakan kalau BN menang barulah nak bagi Jambatan di Manek Urai… apapun kita tunggulah dua hari lagi untuk kita melihat respond dari penduduk Manek Urai tentang janji TPM itu…

"Ianya ialah berdasarkan keperluan pengundi manik urai...
kalau pegundi rasa perlu jambatan undilah BN... kalau pengundi undi PAS... maknanya pengundi tak perlukan jambatan.... ini ialah mesej yang jelas dari pengundi manik urai.."

Jadi BN pun taklah nak susah-susah nak buat jambatan, kalau pengundi manik urai tolak... sebab macamana nak kata pengundi Manik Urai perlukan jambatan kalau mereka mengundi PAS..

Sabtu, Julai 11, 2009

Isu Kg Buah Pala - kalau tak boleh nak selesai masalah rakyat, hangpa tak payah jadi pemimpin

0 Komen!!!
Aku terbaca kronologi Isu Kg Buah Pala dalam blog pro pembangkang... macam biasalah memanglah diorang ni nak salahkan BN sahaja.... diaorang ni memang tak buat salah, cuma tak pandai nak selesai masalah rakyat...

Cuma dia orang terlupa, masa 8 Mac 2008 diaorang ni dah berjanji kepada rakyat untuk selesaikan masalah mereka, jadi sebab itu pengundi memilih mereka di Penang... iaitu tujuannya untuk selesaikan masalah mereka...

"Jadi.. kalau lah penduduk nak jumpa Lim Guan Eng pun lari, apatah lagi penduduk datang bawa peguam... lagilah Llim Guan Eng tutup pintu....

"jadi apa gunanya mereka ni dipilih untuk menjadi pemerintah Pulau Pinang kalau tidak boleh dan tidak mampu selesaikan masalah rakyat yang mereka janji masa pilihanraya... "

Kalau nak minta BN selesaikan masalah... selepas ni pilihlah BN pula jadi pemerintah..

Jumaat, Julai 10, 2009

Habis di Kedah - PKR pula mulakan lakonan di Selangor

2 Komen!!!
Hepi ending... macam biasalah.. namapun berlakon... hero mesti menang... nanti nak berlakon lagi...

DAP Kedah hari ini menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat selepas mendapat jaminan kerajaan negeri untuk menyelesaikan semua pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa DAP negeri itu yang berakhir tengah hari tadi.

“Kita menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat yang kita buat sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada 1 Julai lalu DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

Bagaimanapun Thomas berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan secepat mungkin.

“Ada beberapa perkara yang kita bangkitkan sebelum ini telah diselesaikan dan ada yang akan diselesaikan kemudian.

“Sebagai contoh isu pusat penyembelihan babi, MB (Menteri Besar) telah memberikan kita tempat alternatif iaitu di sebuah kawasan di Gurun,” katanya.

Manakala lakonan terbaru PKR di Selangor pula...

Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah terkejut dan kesal dengan kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mendesak kerajaan negeri merombak barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) dan menyifatkan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sebagai "mahkamah".

Beliau berkata Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat, perlu bertindak lebih proaktif untuk memahami dasar-dasar kerajaan negeri jika berasa tidak puas hati dan musykil terhadap pelaksanaannya.

"Puak PEROSAK Rakyat ni, agaknya perlu masuk kelas drama, biar profesional sikit taklah nak kantoi bila berdrama..


"Saya berharap YB Azmin Ali membuat siasatan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kenyataan yang tersalah sasaran," kata Yong dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Azmin meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak barisan anggota exco yang didakwanya gagal melaksanakan tugas.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat desakan berkenaan kerana antara lain dipercayai kecewa dengan pelantikan anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kegagalan barisan exco memajukan Selangor.

Azmin turut membidas fungsi MTES yang menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman berdasarkan prejudis, sekali gus dikatakannya tidak baik untuk menjana pertumbuhan ekonomi Selangor.

Yong juga berkata Azmin tidak sepatunya menyalahkan anggota exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hanya kerana beliau mengumumkan senarai anggota PBT yang tidak lengkap bagi penggal 2009/2010.

"Kejadian ini berlaku kerana salah satu parti komponen (Pakatan Rakyat) tidak dapat menyelaraskan senarai anggota PBT parti tersebut pada masa yang ditetapkan dan mengakibatkan YB Ronnie Liu terpaksa membuat pengumuman pada tarikh yang dijanjikan oleh kerajaan negeri," kata beliau yang juga anggota exco kerajaan negeri.BERNAMA

MU - Us Nasharudin dikuarintin H1N1

0 Komen!!!
Us Nasharudin dikuarintin H1N1 (hadi 1, n.ajiz 1).... ini mungkin menjawab persoalan kenapa beliau tidak dibenarkan datang ke MU.

Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengajak Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin untuk turut sama berkempen di Manik Urai kerana isu itu sudah menjadi isu besar di kalangan pengundi parti itu di sini.

Nik Aziz terpaksa menarik balik larangan awal kepada Nasharuddin setelah wujud tekanan dari sebilangan besar pengundi parti itu di sini yang marah melihat kemelut dalaman Pas yang tiada kesudahan.

"Walaupun Nasharuddin nak datang berkempen tapi asasnya dia dilarang dari awal untuk datang kempen….jadi bila benda ni dah jadi isu dan sebilangan besar penyokong Pas di Manik Urai marah barulah Nik Aziz kata Nasahrauddin kena datang.

"Tapi yang kita tahu pada awalnya memang ada larangan yang dikeluarkan bahawa Nasharuddin tak boleh berkempen di sini", katanya.

Larangan untuk Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa untuk berkempen serta ketiadaan poster Presiden dan Timbalan Presiden Pas yang digantung di Manik Urai tegas beliau lagi menunjukkan kemelut dalaman Pas belum lagi selesai.

"Perpecahan Pas memang ketara dan serius sebab itu penyokong Pas nak tolak calon mereka kali ini sebab mereka nak tunjuk protes mereka tentang apa yang sedang berlaku dalam Pas", ujarnya.

MANEK URAI (2) PAS BERI RASUAH RM 150.00 SEORANG

0 Komen!!!
Itulah gambaran yang layak diberi kepada hamPAS.

Selama ini habis segenap desa dan ceruk hamPAS dok mengata UMNO rasuah. Tapi kalau mereka yang buat tak dinamakan RASUAH. Mereka namakan SEDEKAH/SUMBANGAN IKHLAS/ARMALAH.

Itulah hamPAS,lidah bercabang atau lidah setan.

Gambar dibawah ini sebagai bukti jelas. Semalam hamPAS buat satu majlis di Pasti Manek Urai Baru. Mereka memberi RM 150 kepada tiap-tiap pengundi yang hadir dan mereka gunakan nama anak yatim. Wang tersebut diisi di dalam sampul surat yang dipegang makcik tersebut. Makcik tu anak yatim juga kot....

KALAU UMNO MEREKA KATA RASUAH. KALAU MEREKA DIPANGGIL ARMALAH. DASAR SETAN

Minta maaf kepada sahabat sekalian. Saya tak dapat ulas panjang2 kerana kesuntukan masa. Saya akan minta sahabat saya parpukari untuk jelaskan. Saya memberi info kpd beliau melalui telefon.

Sumber : gomo, rbf

Kongsi Link Anda