Popular Today

Selasa, Mac 11, 2014

TULAH DIRAJA: Karpal terjatuh semasa disebutkan hukuman

8 Komen!!!
Kapal Singh terjatuh apabila dengar keputusan Mahkamah hari ni, .

Pengerusi DAP. Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas pada 21 Februari lalu mahkamah sama mendapati peguam itu bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah lima tahun lalu.


Adakah kejadian terjatuh ini dianggap sebagai tulah kerana menghina kedaulatan raja.. ataupun hanya kebetulan..  namun bagi rakyat ianya adalah petunjuk kepada karpal Singh supaya bertaubat dan jangan terlalu ego!!

Moga dengan tindakan ini akan menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang biadap menghina
institusi diRaja.

#PrkKajang : Gambar-gambar menarik sekitar penamaan calon N.25 Kajang

0 Komen!!!




















#PrkKajang : Anwar kecewa kehadiran penyokong PKR tidak ramai

3 Komen!!!

Apa nak di kata.. seorang tokoh besar.. seorang presiden Parti, seorang Isteri pemimpin dunia kononnya, dan juga seorang isteri peliwat (bukan fitnah) namun kehadiran yang datang menyokong calon PKR bertanding di PRK Kajang hanya seramai 2000 orang. Sepatutnya jumlah yang hadir bagi anwar seramai 50 ribu orang atau lebih ramai sebagaimana zaman refomasi dahulu.

Sebenarnya jumlah ini menimbulkan tanda tanya dengan laungan reformasi 2.0 yang dilaung-laungkan. jumlah ini dianggap terlalu kecil bagi PKR yang sengaja mengadakan Pilihanraya Kecil ini. Mungkinkah rakyat semakin bosan dengan drama Anwar pada PRK Kajang ini.


Sebagaimana di ketahui PRK Kajang ini diadakan apabila Anwar paksa ADUN Cina PKR letak jawatan untuk beri laluan kepadanya untuk bertanding di Kajang. Ianya jelas  adalah pelacuran demokrasi yang diamalkan oleh Anwar yang langsung tidak menghormati institusi rakyat yang telah memilih pada PRU13 yg lalu.

Yang jelas dilihat melalui kehadiran penyokong PKR pada hari penamaan calon pagi tadi menunjukkan sokongan PKR semakin menurun..

Namun pilihanraya baru sahaja masuk hari pertama kempen.. jadi kita nantikan apa lagi drama yang akan disajikan oleh Anuwar Ibrahim!!








Isnin, Mac 10, 2014

Masih misteri.. KENAPA CAPTAIN ZAHARIE BINA SIMULASI DI RUMAH? #PrayForMh370

2 Komen!!!

Masih misteri...

Aku agak pelik dengan apa yang disiarkan tentang Zaharie yang menjadi pilot MH370 yang hilang hingga kini. Apa kata korang baca dulu petikan ini:

Gambar (diatas) dari akaun Facebook Zaharie Shah menunjukkan set simulasi Boeing 777 yang dibina sendiri di kediamannya:-

SHAH ALAM – Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut ‘diterbangkan’ di rumahnya.

Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat kawalan jauh beliau.

Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya.

Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube.

Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981.

Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian Online mendapati satu akaun Facebook atas nama “Kapten Zaharie Ahmad Shah” telah diwujudkan hari ini dan telah meraih perhatian 1,772 pengguna internet sehingga jam 11 malam tadi.

Sumber: Klik Sini

Semoga Allah selamatkan kesemua mereka didalam MH370 dan apa pandangan korang tentang pendedahan ini?

catatan : HousePK

Rabu, Mac 05, 2014

Bagaimana Anwar boleh tidak tahu perjanjian Air Selangor!!

0 Komen!!!


Kejahilan Penasihat Ekonomi negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perjanjian air yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat menunjukkan beliau penasihat pada nama sahaja, kata Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
seterusnya baca di sini

Khamis, Februari 20, 2014

Jeminez kekal di JDT

0 Komen!!!

Antara berita yg ditunggu oleh peminat bola Johor...

JOHOR BAHRU - Selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai kedudukan ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan beliau masih bersama pasukan itu.

PBNJ juga menafikan spekulasi mengenai Jimenez akan ditukarkan dengan bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak apabila jurulatih kelahiran Croatia itu dilihat menyaksikan perlawanan membabitkan JDT bersama Shebby Singh di stadium di negeri ini.

"Pemain gembira dengan Jimenez, malah dilihat serasi dengan corak diterapkan beliau sekali gus sudah mula menampakkan kemajuan di bawah bimbingan Jimenez yang secara tidak langsung membuktikan kredibilitinya.

"Justeru, kita tidak akan membiarkan perkara seumpama itu mengganggu konsentrasi pasukan kerana perkara seumpama itu dianggap merepek," kata PBNJ menerusi satu artikel yang disiarkan di laman web rasmi skuad Harimau Selatan di www.johorsoutherntigers.com.my.

Sehubungan itu, PBNJ menyeru pihak media supaya menghentikan spekulasi berhubung perkara tersebut kerana Hodak dilihat berada di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dan Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang sebagai seorang peminat bola sepak, selain sedang bercuti di negeri ini.

Rabu, Februari 19, 2014

Cara Portal Malaysian Insider mengampu Anwar

0 Komen!!!


Portal Malaysian Kini menyiarkan berita panjang lebar mengenai ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke sebuah gereja di Kajang, semalam. Tajuk beritanya cukup terus terang, “Anwar impresses congregation during visit to Holy Family church in Kajang” (Anwar mengkagumkan jemaah semasa lawatan ke gereja Holy Family di Kajang).

Laporan itu berjaya mempotretkan Anwar sebagai pemimpin Melayu yang begitu sederhana, fleksibel dan ambil berat tentang kebingungan orang Kristian berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam – isu sensitif yang masih mewarnai landskap politik Malaysia sejak kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Berita itu pula hanya disiarkan dalam versi bahasa Inggeris manakala ruangan versi bahasa Melayu sekadar dikupas secara umum dengan tajuk “Kebencian dan keganasan kuasai Putrajaya, kata Anwar.”

Bagaimana editor The Malaysian Insider berhati-hati memilih tajuk dan menentukan berita apa yang patut disiar kepada pembaca versi bahasa Melayu, begitu jugalah waspadanya Anwar menyusun bait-bait ucapannya di hadapan 1,200 penganut Kristian yang hadir pada majlis tersebut.

lihat seterusnya di sini

Selasa, Februari 18, 2014

Akhirnya terlerai jua

0 Komen!!!

SHAH ALAM: Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi. 


Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik. 

Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5. 

sumber : Berita Harian

Kongsi Link Anda