Popular Today

Khamis, Jun 04, 2009

Pemilihan & Perpecahan dalaman PAS!

Muktamar PAS akan berlangsung 2 hari lagi, dengan Dewan Muslimat PAS dan Pemuda PAS akan bermula esok maka secara rasmi Muktamar Pas sudah bermula. Dengan tema dan semangat "Persediaan PAS untuk menggantikan Umno".

Lidah rasmi PAS menyebut:

"Sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sedang berada di tahap paling baik dalam 58 tahun sejarah jatuh-bangun perjuangan politiknya. Natijah dari pelbagai dinamika politik nasional dan hasil kesediaan kepimpinan memposisi kepentingan perjuangan, PAS kini berada sekali lagi di kedudukan penting yang sekaligus menuntut parti Islam ini terus membuat beberapa pilihan strategik."
Begitulah kepentingan Muktamar Pas kali ke-55 ini yang telah berusia lebih separuh abad. Namun begitu pemilihan PAS kali ini berbeza senarionya. Ramai calon yang mahu merebut dari jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Jawatan Kuasa Pusat! Sehingga kali ini timbul pelbagai isu antaranya boleh calon bukan Ulama' menerajui PAS, Calon 'Mee Celup', Tim Erdogan menguasai PAS, bloggers yang Pro-Husam, Survival Ulama dalam PAS, Fatwa untuk 2 tempat utama dalam PAS mestilah Ulama' dan isu ini menimbulkan pelbagai reaksi dan kesan.

Namun yang jelas pda muktamar kali ini ialah pertembungan tokoh-tokoh utama PAS untuk tempat no.2 dalam PAS iaitu kerusi Timbalan Presiden PAS. Pertembungan antara Tim Erdogan dan Ulama iaitu jawatan paling tinggi dipertandingkan di peringkat Pas Pusat ialah Timbalan Presiden dan tiga calon telah menawarkan diri iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa, Datuk Husam Musa (Naib Presiden) serta Mohamad Sabu (Naib Presiden).

Dikatakan juga pemilihan ini adalah masa depan PAS. Samaada PAS akan memperkuatkan hubungan dengan Pakatan Rakyat atau BN. Sebagaimana di ketahui Nasharudin lebih dikenali sebagai calon favourite Presiden PAS iaitu Tn Guru Hj Hadi Awang. Manakala Husam pula diakatakan 'protege' Nik Aziz dan anak didik Anwar. Ahli PAS semua mengetahui Nasharudin lebih fovourite kepada Hj Hadi. Lagipun dengan perwarakan lembut dan baik menjadi imej Nasharudin. Dan dikatakn juga Nasharuddin mempunyai 'advantage' kerana Dewan Ulama lebih kepada beliau. Kebiasaannya pandangan Dewan Ulama' menjadi trend pemilihan dalam Muktamar Pas.

Perkara ini semua sebenarnya membangkitkan persaingan yang dahsyat di dalam PAS. Pemilihan yang tidak sihat berunsur fitnah dan menyerang peribai mula timbul di dalam PAS. Terdapat cakap-cakap di dalam PAS, MalaysiaWaves contohnya mengulas :

"Jadinya, kita lihat penyokong-penyokong tegar “kepimpinan ulama” sanggup menggunakan fitnah dan penipuan untuk memenangkan calon mereka? Adakah ini juga bermakna para ulama dalam PAS ini maksum sehingga mereka mempunyai hak untuk menghitamkan serta merosakkan imej PAS dengan fitnah? Jangan lupa bahawa Ketua Dewan Ulama yang sama membuat kenyataan terbuka sebelum ini mahukan Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Di Kelantan semua orang tahu bahwa Ketua Dewan Ulama PAS ini tidak suka malahan membenci salah seorang calon Timbalan Presiden PAS. Ketua Dewan Ulama ini juga yang beriye-iye sangat mahukan Presiden dan Timbalan Presiden mesti dari kalangan ulama."

Terdapat usaha dari Tim Erdogan yang menyerang kumpulan 'Ulama' dalam PAS. Imej Nasarudin Mat Isa dalam PAS dihancurkan dengan kempen-kempen melampau kumpulan ini. Mereka juga menuduh Us Nasa terlibat dalam projek 2010 dan sebagainya.

Tidak pernah dikatakan didalam PAS mengadakan majlis dailog bersama perwakilan oleh calon yang bertanding. Namun kali ini semuanya wujud. MSO dalam ulasannya menyebut :

"Terang bagaikana disuluh bahawa majlis dialog itu adalah majlis untuk berkempen untuk calon timbalan berkenaan. Saya percaya seratus peratus segala jamuan dan perbelanjaan lain dilakukan oleh calon berkenaan. Untuk pengetahuan, majlis seumpama ini tidak pernah berlaku disepanjang 54 kali muktamar sebelum ini. Tidak ada mana-mana calon yang ingin bertanding apa-apa jawatan tiba-tiba pecah liur untuk menganjur majlis dialog seumpama itu.Dialog mengenai apa, mengenai balak?
Inilah yang dikatakan perubahan dan transformasi politik dalam Pas. Budaya dan perangai Umno sudah meresap dan meluas dalam Pas. Makanya, makanya janganlah mengata dulang paku serpih lagi. Sebab diri kita juga sedang giat mempelajari politik wang dan rasuah politik."

Tidak pernah dengar sebelum ini 'politik wang', politik hadiah dan sebagainya namun kali ini semuanya di dengari oleh masyarakat umum. Kenyataan ust. Daud Iraqi 13 Mei 2009 - Malaysiakini:

“ Mohamed bimbang, jika profesional yang memimpin parti itu, mereka hanya mahu mengejar kedudukan semata-mata tanpa mementingkan parti yang berjuang mengikut teras Islam. Bernama juga melaporkan, beliau melahirkan rasa kecewa terdapat unsur-unsur mengejar jawatan secara tidak sihat seperti menghadiahkan baju dan mengadakan majlis makan kepada perwakilan semata-mata mahu dipilih sebagai calon. "

Memanglah dah bagi baju, dah sudah kenyang makan, boleh menanglah calon itu tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera," katanya seperti dilaporkan.”

Jadi jom kita tinjau apa kata Sayuti:

1. Mat Iraq tidak dikenakan apa-apa tindakan. Kalau benar tidak ada rasuah dalam PAS kenapa Mat Iraq tidak dikenakan tindakan disiplin? Apakah PAS memberi amaran kepada Mat Iraq? Kalau amaran kenapa pula tidak disebut ia diberikan amaran? Logik dan adilnya kalau dah buat fitnah, hukum saja jangan taruh dan simpan lagi. Pas tentu arif mengenai bahaya fitnah dan kata-kata Rasulullah mengenai anaknya Fatimah! Apakah PAS juga mengamalkan tindakan double standard macam parti cap keris itu?

2. Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) cuba menyembunyikan isu rasuah atau politik wang di bawah kupiah kerana nak jaga maruah parti. Tentu Hadi tahu apa hukumnya hipokrit dan munafik serta persoalan di Mahsyar kelak. Kalau Hadi juga berbuat begitu bermakna Hadi juga mengamalkan politik tusuk punca dalam kain?

3. Murai cukup benci kalau orang bercakap; berkatalah yang benar walaupun pahit, tetapi bila kena gilirannya sendiri yang pahit tidak mahu dikatakan dan hanya suka mengatakan yang manis-manis sahaja. Keputusan yang Pas ambil berhubung dengan rasuah itu menjelaskan bagaimana wibawa para ulama dalam PAS itu sendiri!Sebenarnya bagi PAS, memang dia pandai menutup kelemahan parti dan pemimpinnya.PAS berbeza dengan UMNO bukan dalam konteks Islamnya tetapi cara pemimpin utama PAS menutup dosa dan kelemahan pemimpinnya.

Kita memahami bahawa dikatakan undi Husam menurun ekoran Undi Erdogan terpecah dua iaitu antara Mat Sabu dan Husam. Sebagimana yang disebut oleh MalaysiaKini :

"Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menarik diri daripada perebutan kerusi timbalan presiden hari ini tetapi keputusan itu belum tentu membuka peluang Datuk Husam Musa memenanginya.

Sebagai tokoh agama popular, Dr Haron dilihat berpotensi memecahkan undi kumpulan pro-muqabalah yang sealiran dengan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, sekaligus memberikan kelebihan kepada naib presiden PAS itu. Undi aliran bukan pro-muqabalah di belakang Husam mungkin berpecah dua jika seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu enggan menarik diri daripada persaingan sengit tersebut."
Oleh itu Husam mestilah meningkatkan kempen beliau dan menyerang peribadi calon lawan bersama dengan jentera kempen beliau. Begitulah budaya baru pemilihan dalam PAS, namun yang paling penting ialah ianya menunjukkan PAS berpecah secara hakiki dari dalam. Tuduh menuduh sudah berlaku, menyerang secara peribadi calon pun sudah berlaku. Inilah budaya yang dibawa Anwar ketika di dalam UMNO yang kini pula dibawa Husam di dalam PAS. PAS tidak dapat menyembunyikan lagi perpecahan dalaman mereka.

1 ulasan:

Ex-UMNO berkata...

Timbalan Perdana Menteri telah memberi amaran bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Mungkin kah masa dua tahun ini cukup untuk memulihkan UMNO yang sakit tenat ini?

Kongsi Link Anda