Popular Today

Rabu, Januari 13, 2010

kalimah Allah : Khalid Bishop mempertikaikan Mais dan Jais

1 Komen!!!
Setelah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, kini Khalid Samad, YB PAS bahalol pula membidas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)kerana menganjurkan protes Jumaat lalu, membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat mengenai isu-isu semasa di Kota Damansara malam tadi, beliau mengecam Mais dan Jais kerana mengarahkan wakil mereka menyertai protes tersebut di Shah Alam. (baca disini)

Menurutnya, nama Mais dan Jais tertulis pada kain rentang yang mengecam penggunaan kaliman Allah oleh bukan Islam dan mereka yang menyertai protes itu turut memijak gambarnya (Khalid).

Khalid patutnya cermin diri dahulu sebelum mengecam orang lain. Mais dan Jais bukanlah badan politik macam PAS yang sentiasa membuat fatwa mengarut dan menyesatkan rakyat.

Jika kita mengibaratkan terdapat 2 saf tentera, pertama bersama tentera Muslim pejuang Kalimah Allah yang mensucikan kalimah Allah dan satu saf lagi bersama tentera Kristian yang diikuti PAS dan PKR.. manakala Khalid adalah hulubalang yang bersedia menentang kesucian kalimah Allah.

Sebagai YB PAS, tindakan khalid membidas badan yang berkuasa 'authority' dalam Islam Sangat mengecewakan.. umpama khalid mengecam Agama Islam itu sendiri... kerana Mais dan Jais ialah simbol kepada keistimewaan agama Islam yang tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Tindakan PAS juga yang menyokong kalimah ALlah digunakan oleh bukan Islam ialah bukti kepalsuan perjuangan Islam mereka, merekalah sebenarnya yang menyebabkan Islam semakin direndah-rendahkan. Jika kalimah Allah ialah dianggap kesitimewaan bagai AGama Islam, maka apa istimewanya Islam jika kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam atau kafir, cuba bayangkan perkataan rumah Allah ditulis di gereja-gerja mereka dan buku-buku cetakan mereka yang menyamakan taraf Allah dengan Jesus. jadi di mana yang dikatakan Islam mempunyai kedudukan Istimewa dinegara ini..

Perjuangan Islam PAS adalah palsu, mereka tidak pernah serius untuk melaksanakan Islam... tiada satu pun agenda perjuangan Islaam mereka yang dapat dilihat sehingga kini.. tunjukkan... mana dia?.. mana dia produk Islam PAS.. mana dia individu yang lahir dari kejayaan dasar PAS!!! apakah produk Islam PAS... hudud.. tiada.. bahkan berbeza pula antara Kelantan dan Terengganu.. hudud kelantan lain, hudud terengganu lain.. mana lagi?.. mana dia syariah Islam yang dikatakan PAS daulatkan... dimana dilaksanakan... negara Islam.. buku penjelasan macam buku budak tadika... mana dia?.. mana dia yang signifikan...

Mana dia syiar Islam PAS dalam Pakatan Rakyat.. mana dia? Nizar sendiri mengaku PAS tidak memperjuangkan negara Islam..

Cukuplah PAS menipu rakyat dengan menggunakan Islam.. sehingga rakyat habis sesat dengan fatwa karut marut mereka... dan sekarang kalimah Allah mereka jual beli untuk dapatkan undi al kafirin.. waliazubillah min zalik!!!

Tuduhan mereka terhadap UMNO menolak Islam adalah berniat jahat untuk tujuan mendapatkan undi semata-mata dan terbukti mereka bersama Jundu al-Kafirin untuk menentang kalimah Allah. PAS mesti hentikan tuduhan jahat mereka kerana terbukti merekalah penyebaba Islam tidak lagi istimewa di negara ini..

Bodohnya Mahfuz..

2 Komen!!!
Rakyat bukan kira dari mana duit bantuan diterima, apa yang penting ialah siapa yang menghulur bantuan.

Program juara rakyat yang dianjurkan oleh UMNO mula meresahkan PAS.. apa tidaknya.. PAS mempersoalkan UMNO membantu rakyat, apa salahnya untuk membantu rakyat... apakah ia menjadi satu kesalahan.

PAS meminta Umno menjelaskan sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hujung minggu lalu.

Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan tersebut dapat mengelak tanggapan bahawa wang rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti Umno.

Program Juara Rakya titu dilancarkan Najib yang juga perdana menteri di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa di Hulu Selangor.

Mahfuz berkata, Umno perlu menjelaskan bahawa keseluruhan program itu dibiayai dengan sumber kewangannya sendiri. Katanya, ia termasuk peruntukan berjumlah RM15.6 juta bagi membaiki sebuah pangsapuri di kawasan berkenaan.

Sebagaimana PAS membantu rakyat dengan menggunakan duit kerajaan negeri Kelantan atau kedah begitu juga UMNO dengan duit kerajaan persekutuan. Jika tidak kerajaan negeri atau persekutuan tidaklah boleh bantu rakyat.. kan bangang namanya...

jadi jika ada maslah, salurkan pada UMNO, UMNO salurkan masalah rakyat kepada kerajaan, dan kerajaan ambil tindakan.. kan mudah.. jika PAS ada masalah pun sama, salurkan pada UMNO itupun jika PAS mahu.. tapi apa guna yang pas selalu membuat memorandum itu dan ini dan serahkan kepada MB besar UMNO, Perdana Menteri UMNO.. UMNOlah tu... tak faham-faham lagi..

Jadi tugas kerajaan bila rakyat ada masalah dan dapat aduan dari mana-mana pihak maka kerajaan cuba selesaikan.. tidak kira siapa yang membuat aduan.

Jadi PAS tak payahlah mempolitikkan perkara ini wahai Mahfuz mangkuk!!!.. apakah bantuan PAs selama ini kepada rakyat kelantan dan Kedah dari duit tabung PAS sendiri.. janganlah nak berlagak telus sangat.. kita lihat di Kelantan Nik Aziz anak beranak duduk dalam kerusi anak syarikat kerajaan negeri.

ANUwar AlJuburi bakar sentimen orang kristian

4 Komen!!!
Inilah rupa pengkhianat sebenar.!!! Pengkhianat bangsa dan agama... tidak terbayang bagaimana orang Islam boleh membenarkan agama Islam hilang kesitimewaanya... sehingga sanggup menjual agama dan menjatuhkan maruah Islam.

Tindakan AnUwar aljuburi mencemar perpaduan dan keharmonian penduduk negara ini memang tidak boleh dibiarkan apatah lagi yang dibuatnya untuk kepentingan diri sendiri untuk meraih undi dari rakyat bukan Islam.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor (gambar) mendakwa, pendirian semasa Penasihat PKR itu berhubung isu itu disebabkan beliau semakin terdesak dengan tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang semakin hampir.

Dalam masa sama, dakwa beliau, Anwar juga mahu menggunakan isu itu untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.

"Saya menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia tidak terperangkap dalam permainan politik Anwar yang semakin terdesak.

"Anwar yang terdesak kerana tuduhan meliwat itu akan melakukan apa saja untuk merosakkan keharmonian negara serta mengalihkan perhatian rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 5 Januari lalu, Anwar melalui laman blognya anwaribrahimblog.com menyiarkan kenyataan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhd. Nur Manuty yang mewakili pendirian parti itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Menurut kenyataan itu, PKR berpendirian keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah perkembangan positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak tertentu mengambil kesempatan menjadikannya agenda politik untuk menampakkan merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sementara itu, Ezam mendakwa agenda jahat Anwar itu boleh dilihat melalui kecaman Penasihat PKR itu terhadap negara Islam yang didakwanya menzalimi kelompok minoriti pada awal Disember 2009 di Australia.

Dakwa Ezam, kecaman Anwar itu disiarkan dalam media Australia termasuk The Age pada 6 Disember lalu.

"Dan hari ini dia bakar sentimen Kristian di Malaysia dalam isu kalimah Allah, Anwar memang pemimpin yang sanggup lakukan apa saja demi kepentingan peribadi.

"Dan kenyataan dia di Australia sebulan sebelum isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia meletus memaparkan agenda jahatnya," katanya.

ANUwar ini telah melampaui batas.. dan menyentuh sesuatu yang tidak patut disentuh... inilah masanya rakyat bangkit menentang ANuwar bapak pengkhianat ini.. habis agama dan bangs dirosakkan..

Isu saman syarikat balak RM 800 juta - Pas Kelantan memang bersalah

0 Komen!!!
Barisan Nasional (BN) Kelantan mempunyai bukti lengkap menunjukkan kes ganti rugi RM800 juta yang perlu dibayar kerajaan negeri kepada sebuah syarikat bukan berpunca daripada kesilapan pentadbiran kerajaan BN sewaktu memerintah negeri itu sebelum ini.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun pimpinan kerajaan Pas Kelantan hari ini meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan BN namun fakta yang ada menunjukkan sebaliknya.

“Kita ada maklumat lengkap bahawa Pas memang bersalah dalam isu ini dan kerajaan juga sedang mengumpul pelbagai maklumat lain lagi. Semua fakta yang ada menunjukkan mereka bersalah,” katanya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bercakap pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan Menteri Perdagangan dan Industri Mesir, Eng Rachid Mohamed Rachid di Menara Matrade di sini hari ini.

Hadir sama timbalan beliau, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengulas pengakuan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, bahawa UMNO tidak bersalah sepenuhnya dalam isu itu. - baca seterusnya di Utusan Malaysia

Isu Kalimah Allah ; Pemuda UMNO tolak tuduhan Anwar

2 Komen!!!
Setelah Anwar menuding jari kepada UMNO yang menyebabkan gereja dibakar, Pemuda Umno menolak tuduhan Anwar tersebut dengan mengatakan bahawa insiden cuba membakar gereja sekitar Lembah Klang Jumaat lalu bukan dilakukan ahli parti tersebut

Exco pergerakan itu, Ali Mazat Salleh, berkata kejadian tersebut berlaku selepas keputusan penghakiman dibuat tanpa mengambil kira sensitiviti agama Islam, tetapi ia tidak bermakna perbuatan itu dilakukan ahli Umno.

'Kita tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak kerana kita sendiri tidak tahu siapa melakukannya.

Ini soal agama dan agama Islam bukan saja untuk orang Umno, malah pertubuhan lain seperti Pertubuhan Cina Muslim juga ahlinya beragama Islam.

'Jadi, soal kalimah Allah ini soal agama, bukan soal parti politik. Sebagai Exco Pemuda Umno, saya tolak sama sekali tuduhan oleh mana-mana pihak bahawa tindakan membakar gereja ini kerja orang Umno,' katanya.

Ali Mazat berkata demikian selepas menyertai bantahan aman berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh akhbar mingguan Herald - The Catholic Weekly oleh kira-kira 200 ahli Pemuda Umno bahagian Kulai, yang diketuainya.

Beliau turut berkata bantahan itu menunjukkan sensitiviti generasi muda terhadap isu tersebut, sekali gus menafikan dakwaan bahawa golongan muda bersikap tidak peduli.

Hujung minggu lalu, sebahagian pintu depan Gereja Sidang Injil Borneo di Lakeview Square di Seremban 2, dekat sini, didapati terbakar pada 8.30 pagi. Ini disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mohd Hassan.

Lapan gereja diserang sama ada dengan bom petrol atau dirosakkan sejak Jumaat lalu, menyusuli keputusan mahkamah membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah'.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, telah memaklumkan kepada 96 kedutaan asing di Malaysia semalam bahawa keadaan berikutan kes pembakaran gereja terkawal.

Beliau juga mempertahan pendirian kerajaan tidak membenarkan golongan bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' walaupun kalimah itu digunakan secara meluas oleh golongan Kristian di Indonesia dan Timur Tengah.

'Mereka tidak faham keadaan di sini, mereka hanya ingin tahu mengapa ia dibenarkan di negara-negara lain tetapi bukan di sini,' kata beliau kepada wartawan.

'Anda harus adil. Anda harus bandingkan epal dengan epal, limau dengan limau. Landskap kita berbeza berbanding negara lain. Melayu di sini berbeza dengan (orang Islam) di negara lain. Landskap di sini berbeza berbanding dengan Indonesia, jadi kita tidak boleh buat perbandingan,' katanya.

Selasa, Januari 12, 2010

Allah untuk Islam – Sultan Selangor

1 Komen!!!
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.

Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana Mestika di sini.

Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor

“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.

“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya. Baca seterusnya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid negeri di sini hari ini. - di Utusan Malaysia

Kata AB : Dah tiba masanya Sultan masuk campur tentang kalimah Allah, mengenai perkara ini. Selain itu umat Islam melalui NGO nya perlu juga menggerakkan kesedaran mengenai kepentingan kalimah Allah hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini.

Program kempen dan penerangan sekurang-kurangnya dapat meredakan ketegangan apa yang berlaku sekarang. Dakwah Bil-Hikmah, untuk menjelaskan bahawa kejadian membawakr masjid adalah bukan ajaran Islam tetapi pihak ekstrimis atau sengaja mengangguk di air keruh mungkin juga sebahagian yang dirancang oleh CIA dan sekutunya.

Umat Islam dalam memperjuangkan haknya tidaklah bermakna mereka ini sebagai pengganas.. semoga Allah melindungi semua umat Islam di negara ini.

JAL dijangka berhentikan 15,600 pekerja

0 Komen!!!

TOKYO: Penerbangan Jepun yang berdepan dengan masalah, dijangka memberhentikan 15,600 pekerja bagi tempoh tiga tahun, iaitu 30 peratus daripada tenaga kerja kumpulan itu, di bawah pelan pemulihannya, menurut satu laporan yang disiarkan hari ini.

Pemberhentian itu, termasuk dengan pemotongan faedah dan gaji akan dilaksanakan bersama dengan penjualan anak syarikat JAL, termasuk JAL Hotels CO, kata laporan Kyodo News, tanpa memetik sumber khusus.

Katanya, tenaga kerjanya akan dikurang kepada 36,000 menjelang tahun perniagaan Mac 2013. “Syarikat sokongan kerajaan, Enterprise Turnaround Initiative Corp (ETIC), merancang membuat keputusan berhubung pakej menyelamatkan JAL seawal 19 Januari, iaitu tempoh sama pernebangan itu dijangka memfailkan perlindungan muflis,” kata Kyodo.

ETIC menganggarkan tanggungan syarikat itu melebihi asetnya, iaitu lebih daripada AS$9.5 bilion. - AFP

Kata AB : Cuba bayangkan jika MAS dan Proton jika tidak ditolong oleh kerajaan beberapa masa dahulu. Jika Syarikat penerbangan Jepun JAL yang lebih terkenal dengan sistem kerjanya yang hebat namun setiap tindakannya bukannya perfect dan tiada risiko.. kadang-kadang boleh memberi risiko yang amat dasyat, seperti yang berlaku sekarang. Keadaan ekonomi semasa menuntut kecekapan dan kepintaran serta tindakan yang hebat untuk keluar dari kemelut ini.

Bayangkan berapa ramai orang yang akan dibuang kerja... dan bayangkan setiap orang meanggung sekurang-kurangnya 4 orang ahli keluarga iaitu seramai 144000 keluarga yang akan kehilangan mata pendapatan dan keadaan rakyat akan semakin parah..


Ia bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi perlu dibuat oleh kerajaan untuk menyelamatkan pekerja dan kelaurga mereka.

Isnin, Januari 11, 2010

Blogger diancam kapak terbang

1 Komen!!!
Seorang penulis blog popular diancam dengan "kapak terbang" malam tadi, dipercayai susulan tulisannya yang sering mendedahkan dakwaan negatif berkaitan pentadbiran kerajaan Kelantan.

Penulis Kickdafella Syed Azidi Syed Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini, kejadian yang menyebabkan cermin belakang pacuan empat roda miliknya itu pecah berlaku kira-kira pukul 10.50 malam tadi di rumahnya di Demit, Kota Bharu.

"Ketika sedang membancuh air di dapur, saya dengar bunyi yang kuat daripada luar rumah.

"Saya lihat melalui tingkap, ada sebuah kereta di hadapan rumah saya," katanya.

Dalam aduan polisnya, Syed Azidi berkata sebuah Proton Wira Aeroback, yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftaran, berhenti di tepi rumahnya.

"Saya berasa takut dan terus masuk ke dalam rumah. Selepas merasakan keadaan reda, saya keluar dan dapati cermin belakang motokar saya telah pecah," laporan polisnya dipetik.

"Saya mengesyaki (orang di dalam) Proton Wira yang saya lihat itu telah membaling kapak tersebut ke arah motokar saya."

Menurut coretan di blognya pula, kapak besi berukuran hampir 30 sentimeter itu terkena cermin belakang keretanya dan terpelanting lebih dua meter.

"Tengah hari tadi (semalam) saya diberitahu oleh seorang ahli sebuah parti politik berhubung ada pihak mencari saya dan mengugut untuk memukul saya kerana posting (tulisan) saya yang negatif terhadap keluarga menteri besar Kelantan dan sebuah syarikat swasta," kata Syed Azidi.

Selepas dipecat November tahun lalu, bekas pegawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu secara terbuka mengkritik kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu, Abdul Ariffahmi Ab Rahman. - Malaysiakini

Kata AB : Semakin hari semakin kalut cerita di negeri Kelantan... cerita Nik Aziz pula semakin bertambah teruk, terbaru Nik Aziz dituduh terima rasuah kek.. dan macam-macam lagi. Adakah doa memburukkan orang kembali makan tuan... macam kata pepatah 1 jari tunjuk pada orang, 4 jari tunjuk pada diri sendiri... heheheh..

Biarkanlah kes ini jadi kes mahkamah... barulah seronok...

Kongsi Link Anda