Popular Today

Rabu, Disember 03, 2008

AKHIRNYA ZAID DIPECAT

Setelah banyak kontroversi dibuat oleh Mr Zaid akhirnya UMNO memutuskan semalam untuk memecat Zaid dari parti tersebut.

Datuk Zaid Ibrahim dipecat dari Umno ekoran tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghadiri perhimpunan parti pembangkang. Pemecatan ini berkuatkuasa serta merta.

Kini Zaid bebas untuk memasuki parti PKR ataupun PAS ataupun DAP. Biasanya orang yang dipecat dalam UMNO pastinya akan menjadi umpama 'goreng pisang panas' khasnya tawaran untuk memasuki mana-mana parti pembangkang.

Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA.

Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.

Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu.

Beliau juga turut melepaskan jawatan senator.

Pada 29 September lalu, Zaid menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.

Zaid turut menjadi sasaran apabila beliau, dalam ucapannya, telah mempersoalkan status orang Melayu.

Tindakan dikenakan ke atas Zaid dibuat kerana Umno perlu konsisten dalam tindakannya dan memastikan tidak wujudnya pilih kasih dalam mengambil tindakan displin terhadap anggotanya yang didapati bersalah. Mengikut perlembagaan parti, anggota yang telah dipecat tidak boleh membuat rayuan.

Sementara itu, Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.

Menyentuh mengenai isu-isu sensitif yang ditimbulkan anggota parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), Abdullah berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang dan akan dibincangkan dalam suasana yang terkawal.

Bagaimanapun beliau menasihatkan mereka yang hendak menimbulkan sesuatu perkara atau reaksi yang tidak disenangi oleh kaum lain, perlu bertanggungjawab di atas tindakan yang dibuat.

Laporan penuh : Malaysiakini.com

11 ulasan:

bungaraya berkata...

Tindakan UMNO memang TEPAT sekali.
Apa sangatlah kehebatan Zaib sebagai pemimpin melayu dekat Malaysia ni. Kalau bukan kerana sikapnya yang seronok membuat kerja MELIWAT, DSAI sepuloh kali lebih hebat dari Zaid. Namun dipecat jua dari UMNO kerana melakukan kesalahan. Inikan pula Zaid, yang tiba-tiba menempah nama tanpa memulakan dengan jasanya yang diberi kepada negara.

Tanpa Nama berkata...

Wahai rakyat MALAYSIA marilah kita nilai jenis manusia apakah lg yg tggal dalam pati kuno'UMNO'ni..Zaid mmg sgt terkenal d dlm amalan perundangan/kehakiman sbb i2 lh UMNO kutip dia,kononya nk pulihkn insitiusi kehakiman yg dh jahanam di mata dunia'kes linggam la, kes DSAI la, hakim upahan la, pecat hakim la emmmh macam kes la lg'..Ni gila punya pemimpin UMNO punya pasal..kalo korang tggl kt lua MALAYSIA baru ko tau betapa rendahnya standart pemimpin UNMNO ni..org slalu menilai kta,tp hnya org yg telah kenyang n berkepentingan je akn gagal menilai..Nyatalah sapa pn xkn tahan dgn perangai korang ni..Alla UMNO apa nk heran.. Xpa' sememangnya xkn smua akn paham n trima..Buat kamu org2 UMNO yg hidupnya dgn sbb hdupnya UMNO, teruskanlah sikap n prangai cam ni,nnti org akn nilai n lebih kenal kamu semua..
Perangai buruk UMNO cam yg d tunjukkan oleh bungaraya ni mmg patut di puji sbb hnya UMNO je berani tuduh org tanpa pat org saksi..INAGT!!!SEKIRANYA KAMU TIDAK MEMBAWA 4 SAKSI,MAKA KAMU AKN DI KENAKAN HUKUMAN 80X SEBATAN..Emm'silapla aku gang2 UMNO ni mna pecaya hukum tuhan,diaorg pecaya hukum omputih ni je..haiih' UMNO-UMNO...

bungaraya berkata...

Sekali lagi saya ulangi tindakan UMNO memang tepat sekali. Itu pandangan saya setelah melihat betapa Zaid telah melakukan tindakan yang bertentangan dengan peraturan parti. Jika beliau seorang ahli PAS dan melakukan tindakan yang bertentangan dengan peraturan Parti PAS, juga Zaid harus diambil tindakan. Pemecatan adalah salah satu kaedah yang diambil oleh mana-mana parti sekalipun. Jika orang seperti ini tidak diambil tindakan, maka parti akan menjadi lemah dan akhirnya berkubur menyembah bumi.
Komen Bro agak sedikit emosional.
Mengenai ketokohan Zaid dalam bidang perundangan tidak dapat dinafikan. Pun begitu, juga terdapat ramai kalangan melayu yang hebat-hebat dalam bidang tersebut. Kita tidak ketandusan bijakpandai, sejak Tun Abd Razak mengujudkan DEB. Masih ramai pemimpin dan ahli UMNO yang warak, berilmu, bijaksana, sabar dan amanah. Kemajuan Malaysia, rata-ratanya hasil oleh Pemimpin UMNO. Yang ini kita kena terima tanpa emosi.
Kenapa? susah sangatkah menerima hakikat bahawa kami dalam UMNO mendokong kuat pemimpin kami dan inginkan pemimpin kami meneruskan perjuangan membawa negara kemercu kejayaan. Saudara juga ikut tumpang kejayaan yang UMNO cipta.
Tolong berikan fakta apa yang PAS, Keadilan dan DAP telah laksanakan di muka bumi Malaysia ini?

Tanpa Nama berkata...

memang sah terang lagi nyata sibunga rayau dan puak puak united mushrikin national organisation tengah meroyan + meraban kerana terkena badi main main sumpah pemimpin pemimpinnya................Maka terbuktilah kini bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi untuk orang Melayu. Hanya kerana Zaid Ibrahim hadir ke Kongres Nasional PKR sebagai tetamu, akhirnya beliau dipecat dari parti karat itu. Maknanya puak-puak UMNO tidak suka mengeratkan sillaturahim ataupun membina jambatan ukhwah antara sesama manusia di muka bumi ini. Mungkin selepas ini juga, ahli-ahli UMNO akan dilarang sertai apa jua program pembangkang termasuklah majlis perkahwinan. Jika engkar, pasti tindakan displin akan dikenakan. Keputusan memecat Zaid tanpa rayuan itu adalah satu hasad dengki dan dendam kesumat yang kian menebal dikalangan pemimpin UMNO. Walhal Zaid sekadar hadir sebagai tetamu, atas kapasiti beliau turut menyokong agar akta zalim ISA dihapuskan. Namun, paling mengejutkan ialah penggantungan Kapten (B) Datuk Zahar Hashim, Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan. Ini kerana beliau telah membuat laporan BPR terhadap rasuah yang melibatkan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sebelum ini. Polis dan BPR bukan sahaja tidak membuka kertas siasatan, malah kini beliau pula dikenakan tindakan oleh UMNO atas alasan mengkritik parti.

Maknanya, jika rasuah atau politik wang dilakukan oleh ahli biasa dan pemimpin bawahan maka mereka akan dikenakan tindakan displin. Tetapi jika ia dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti, maka ia akan dihalalkan dan barang sesiapa yang tidak puas hati akan dikira sebagai "kritik parti", walhal yang dikritik adalah "individu" itu sendiri. Harus diingat juga, Datuk Zahar Hashim adalah orang yang bertanggungjawab membuat laporan kepada TPM Najib berhubung penipuan dalam pembelian helikopter Eurocopter dulu. Surat beliau itu telah menggemparkan seluruh negara hingga satu siasatan terpaksa dilakukan, bahkan Pak Lah berhadapan dengan satu situasi yang amat sukar ketika itu. Justeru itulah, beliau akhirnya dihukum agaknya. Jika inilah caranya mereka menyelesaikan masalah, maka sahlah kini bahawa UMNO bukan lagi parti yang relevan untuk orang Melayu.

bungaraya berkata...

Dikampong saya, juga saya dapati berlaku dikampong-kampong yang lain. Mungkin juga di kampong saudara Kifli dan 'bro' terdapat beberapa orang ( biasanya tak ramai ) yang sikapnya memang suka mengkritik pemimpin kampong. Ada saje yang tidak kena. Jika membina okey juga. Tapi kritikannya sangat menloyakan tekak dan memerahkan cuping telinga mendengarnya.
Bila kita berusaha untuk menubuhkan persatuan belia dan beliawanis, ia akan mengatakan tidak payah diujudkan kerana yang akan mendapat nikmat hanyalah ketua dan AJK sahaja. Patutkah orang macam ini. Bila kita kata tambahkan tandas dalam kawasan masjid, dia kata tak payah, hanya akan membusukkan kawasan masjid semata. Ada sajalah komen dan kritikannya. Namun langsung tidak membina. Tapi bila kita ajak menjadi AJK ditolaknya pula. Orang seperti ini sedang membiak ramai dekat Malaysia sejak akhir-akhir ini.
Kita kena ingat bahawa apa yang kita cari ialah KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT. Untuk itu kita kena pilih jalan yang berakhlak mulia untuk dilalui. Jika kita tidak dipeduli didunia lagi, maka ertinya kita tidak memiliki akhlak yang diperlukan untuk kesinambungan kemajuan bangsa kita ini. Gah macam tu jangan pula marah orang lain. Perbaiki diri.
Kifli...
Bijak sangatkah anda ini?
Berapa DSAI bagi?
Yang bahaya jikalau Kit Siang menjadikan anda kuda tunggangan.

Tanpa Nama berkata...

Hemm'aku ni sebenarnya malas nk lyn sgt si bungarayau ni... okla-okla,,nk sembang la tuuu!!!...
Ok..kalo PAS punya ahli bt cam 2 ko kata kena pecatla jwbnya ya??tp ko kena la pastikan apa yg ko ckp ni ada penah belaku x dlm team kitaorg?atau mmg penyakit umno ni suka tuduh2 n reka2 je? kalaupn nk bg contoh pn,jgnla benda2 yg x pnah tjadi,komeon la bro..
Kamu org2 UMNO kena tau yg sepatutnya negara ni jauh lebih makmur n maju dr apa yg ada sekarang..setelah rompakan besar2an yg di lakukan korang,kta terpaksa menanggung bebad akibat kegawatan n inflasi,ini sepatutnya langsung x berlaku kpd negara yg mmpunyai struktur n sumber seperti MALAYSIA, korang cuba lihat singapura,cuba korang bandingkan dgn diaorg..apa yg diaorang ada?emm'skali lg aku silapla,smuani xda dlm UTUSAN..diaorg x pahamnya!!..xpalah aku xnk ckp banyak ngan org yg dh kenyang ngan duit upah UMNO yg di sumbangkan dr tauke2 cina yg mmg bnyak bt untung dr kebanyakan projek ALIBABA ketua bahagian...aku sikitpn x heran ngan nasib UMNO ni..PENGKHIANAT BANGSA MELAYU...KORANG SOKONG LA YA...

Tanpa Nama berkata...

Aku tengok la ni makin kuat puak puak amenao ni berkokok makin berkecamuk dengan taik...... Lim kIt Siang pernah hadir pada majlis anjuran BN, Tok Guru pun pernah hadir majlis anjuran BN, beberapa ahli PR memang pernah dijemput untuk hadir dan yang terbaru Dr. Lo’ Lo’ Ghazali Ahli Parlimen Titiwangsa hadir sewaktu meraikan majlis pelancaran Rakan anti-dadah mengiringi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Chor Chee Heung di taman Tasik Titiwangsa pada 25 Oktober lalu. Takde pun kecoh. Memang sah Umno ni parti yang thoghut dan sesat lagi menyesatkan. Diharap para penyokong Umno keluar beramai-ramai demi menyelamatkan aqidah yang sudah terpesong itu. Islam tak suruh bersifat asobiyah macam Umno. Dahlah pemimpin kebanyakan rasuah, para penyokong pun 2 x 5 gak. Bertaubatlah sebelum terlambat. Umno bukan menyelematkan Melayu, Umno tipu Melayu…...

bungaraya berkata...

1. Kehadiran mereka kena pada masanya.
2. Kehadiran Zaid tak kena pada masanya.
3. Bagaimana dengan DEB yang ujud akibat UMNO? Pura-purakah atau satu kenyataan. Akibat pemimpin UMNO, ramai melayu berpendidikan tinggi, mungkin termasuk juga anda berdua. Akibat UMNO ujud MARA. Akibat UMNO ujug Permodalan Nasional Berhad, dan banyak lagi. Pendekata banyak kemajuan yang telah tercipta oleh adanya UMNO di bumi Malaysia. Jangan sangka ini hanya nasib semata. Di Pulau Pinang ujud DAP, DEB entah kemana. Di Selangor, Ladang Babi disekitaran perkampongan anda. Di Perak semakin hari semakin luas tanah menjadi milik mereka. Minuman arak pun, tak boleh dihapuskan pemimpin melayu dalam Angkatan.Saya sekali lagi berkata nyata...UMNO bukan kuno dan bukan parti tidak relevan.
Ia adalah parti bangsa ku. Jika hanya beberapa kesilapan yang UMNO lakukan aku menjadi murka, itu namanya aku kurang penyabar dan bertindak membabi-buta dan pekak.

Tanpa Nama berkata...

Sedikit pun tak terkejut bila Zaid Ibrahim dipecat oleh Umno semalam. Pemecatan serta merta yang didorong oleh perasaan cemburu kepada Pakatan memperjelaskan lagi sikap dan perangai sebenar Umno. Inilah yang dikatakan parti bawah tempurung. Kalau katak tu tak hairanlah, ini manusia yang kononnya hidup bersatu dibawah panji sangsaka puakanya.

Mereka tidak mampu untuk bergaul dengan dunia lain. Dunia mereka hanyalah dibawah tempurung. Bila ahli mereka ingin bermasyarakat mereka menghalang. Sekeliling mereka dianggap musuh, walaupun hakikatnya mereka duduk diatas singahsana dunia yang sementara.

Sewajar mereka bersikap terbuka dan benarkan ahli bergaul dengan semua lapisan kaum, masyarakat dan organisasi lain. Bergaul bukan bermakna kita perlu satu ideologi yang sama. Adakalanya pergaulan berbeza ideologi ini mampu memberikan impak yang terbaik asal sahaja kedua-dua pihak berfikiran positif serta memahami prinsip hormat dan bertolak ansur.

Umno kini semakin terpencil. Hatta parti-parti komponen BN lain kini juga dianggap musuh oleh mereka. Pantang parti lain bertanya kahabar tentang isu Melayu ada sahaja yang mereka akan lemparkan kembali. Soal hak dan keistimewaan Melayu, apatah lagi soal tatakata ‘ketuanan Melayu’ hanyalah dijadikan perisai, walhal bangsa Melayu sendiri sudah lama ditindas Umno.

MCA, Gerakan dan PPP hanya sekadar menuntut suatu penjelasan dan juga berkongsi pandangan. Dalam hal sedemikian mereka, Umno menghunus keris, mengugut dan mencabar. Parti komponen lain dipaksa akur….akur tanpa penjelasan. Semua jawapan hanya disandarkan pada perlembagaan serta kontrak sosial yang hakikatnya tidak menterjemahkan sepenuhnya tentang soal hak ketuanan Melayu.

Sewajarnya liputan perbincangan dan penerangan dibuat, bukannya cuba larikan diri untuk memainkan isu perkauman.

Mana yang masih berani bertanya khabar tentang Hak orang Melayu pasti akan dihalau, dimaki dan diiugut. Yang terbaru, mereka cuba hapuskan sisitem pendidikan Vernakular yang hakikatnya ini akan merugikan kaum bukan Melayu dan Melayu sendiri. Mereka cuba satukan rakyat, tapi cara yang digunakan selalu salah dan menyakitkan hati orang lain. Inikah sikap dan budaya Melayu yang ingin diajarkan oleh pemimpin Umno kepada generasi Melayu.

Retoriknya mereka nampak hebat. Namun hakikatnya pemimpin Umno inilah yang berpakat menjual kepentingan Melayu dan tanah rizab Melayu diseluruh negara kepada bukan Melayu.

Mereka bukan sahaja jual bangsa, tetapi harta orang Melayu.

Wajarlah jika ramai pemimpin Melayu keluar dari Umno. Biarkan parti Tua itu mati kesepian dalam tempurungnya. Ayuh! Pas sedia membuka pintu, asal sahaja anda mempunyai semangat Melayu Islam yang sebenar. Ikhlas diri untuk berjuang, bukan atas nama bangsa tapi kerana Allah!

Tanpa Nama berkata...

Hemm'kesian org unmo ni,smua persoalan n isyu x di jwb,tp masih nk menegak benang basahnya..sebenarnya aku ni nk gak dgr comment dr AB tp biarlah dia cari modal dlu..tp aku suka jgk tgk si mamat seko ni membebel tah hapa-hapa..ko suka sgt ckp pabal BABI ni ya..ok sbb ko dah mula nk berBABI-BABI ni,aku pn suka jgk nk cita pasal BABI..BABI kat melakala besepah-sepah kt sekitar kg.melayu,kat selangor ni ladang BABInya terurus baik..kalo ko pg tgk ko xkan nampak or tercium pn bau BABI,apa lg bau taik dia,ini di namakan pengurusan yg baik dan mengunakan teknologi tinggi dr jerman,sbb tu kosnya lbiH rm100M'bukan sebab banyaknya BABI tp sbb trknologi pengurusan sisanya yg mahal'kosnya di tgg sepenuhnya oleh tauke BABI-BABI tu la..(syarat baru yg di tetapkan oleh kerajaan PR)kalo zaman umno dulu mmg betul reban BABI besepah2 merata ceruk..Skarang x kan ada walau satu pn kandang BABI baru di selangor..aku sebagai ank selangor rasa bangga sbb sungai kami x lah semalang sungai kat melaka,tp kat melaka tu aku xla kesah sgt sbb diaorg penyokong kuat umno so umno xkan bertindak pnya(mmg i2 perangai umno)tambahan kalo tauke BABI tu sponser plak majlis umno,,eeemmmh'tambah luasla reban gaban2 tu..pecaya tak? nak tau kita sama2 tgk..aku berani jaminla umno xkan bt pape dlm isyu BABI kat melaka ni..tp korang kena perati kalo umno dh tergugat,baru diaorg mengelupur nk settle..
hey'bungarayaU ko pg la cari bahan2 yg boleh menampakkan ko ni cerdik skit,kalo setakat isyu2 basi ni bt penat je la org nk lyn,tp kalo x di lya,kesian lak nk tgk ank melayu ni meracau sosorang..ko blaja politik dlu ek,mintak upah kat umno tu aku x kesah sgt,mmg duit yg ko dpt dr umno tu pn duit ko jgk..

bungaraya berkata...

Jangan emosi...
Betulkah UMNO cemburu sama Pakatan?
atau sebaliknya. Saya tak nampakpun Pakatan sebuah parti yang hendak dicemburukan. Ianya parti yang lahir untuk memperjuangkan Anwar pada mulanya. Bukan spt UMNO yang tertubuh untuk memerdekakan negara. Satu kenyataan yang tidak berasas yang kerap dilontarkan oleh orang spt anda.
Macamana pula UMNO berada dibawah tempurung? Siapa yang diluar? PAS? Keadilan? Hahahahaha
Macamana pula UMNO tidak hebat didunia luar? Selama ini siapa yang mencemerlangkan UMNO dimata dunia? Bukannya PAS maupun Keadilan. PKR hanya berada didunia luar kerana parti itu sebenarnya adalah tali barut Amerika.
Kerana bersikap terlalu terbukalah maka anda boleh berbicara seenaknya.
UMNO juga tidak menganggap parti Komponen sebagai musuh. Mereka adalah rakan sejak merdeka lagi.
Brother,
Sudah hebat sangatkah melayu ni? sehingga boleh berpecah seperti in?
Bolehkah bersaing secara merit? Nanti hangit.

Kongsi Link Anda