Popular Today

Selasa, Februari 24, 2009

Ingat jenama PKR tu bagus sangat ke?

Itulah akibatnya memilih calon tak berkualiti dan tiada integriti, maka hari ini PKR dan pengundinya telah melihat 'muka sebenar' kebolehan yb mereka.

Ada yang yb india yang bodoh dan tak bermoral, yang cina pula tidak bermoral dan yang melayu pulak suka melompat..

Rakyat kini boleh merumuskan kualiti YB segera PKR yang dikutip di tepi2 jalan.

Kita melihat Speaker Perak yang bodoh, dahlah buat keputusan di luar dewan, tapi malangnya tak boleh dikuat kuasakan selagi tak disahkan di sidang dewan DUN. Itu yang Karpal Singh katakan, arahan yang tidak boleh dikuatkuasakan. Walaupun telah dinasihatkan namun kerana bodoh sombong dan angkuh. Tetap mengeluarkan arahan tersebut.

Kan terserlah kebodohan YB speaker ni, jadi siapa yang pilih? Kemudian ada pula Speaker Negeri lain yang satu tim yang tak kurang bodohnya kerana menyokong kawan speaker. Maklum lah Pas kan pak turut, orang suruh masuk longkang dia pun masuk longkang.

Dua orang YB pulak ada masalah moral, yang sorang dikatakan ada perempuan simpanan dan belasah bini orang, dan yang sorang lagi, tak pasal gambar bogel disebarkan di internet. Katanya pak we dia yang ambil gambar. Kan pelik mangsa berada dalam bilik, maksud nya yang pemangsa pun mestilah berada dalam bilik. Tengok gambar tu, si YB ni pun nyenyak semacam je.. Baik punya nyenyak.. He he he.... Sendiri mau ingat la..

Lepas tu pulak ada YB yang melompat, ingatkan projek 16 september, Rupa-rupanya projek lain pula. Yang peliknya tak de seekor pun puak-puak ni yang kata melompat salah masa projek 16 september. Tapi projek kerajaan BN perak tak boleh pulak. Lepas tu tuduh pulak BN tak demokrasi dan merampas Negeri Perak. Yang pihak mereka tak demokrasi, siap sediakan surat sumpah dan perletakan jawatan tak bertarikh. Tu kira demokrasi lah... Apa punya 'bangang la' kan.

Dan sorang lagi ialah YAB, kata orang rasuah dan salah guna kuasa, dia pulak yang buat macam tu. Kata orang tua " paku dulang paku serpih, kata orang dia pula yang lebih "

Sorang lagi YB kata terima peluru buat kali kedua katanya, tapi sampai sekarang tak mati-mati lagi pun. Malah makin celupar mulut. Ini biasalah nak popular je?

Tapi siapa yang lebih bangang? Mestilah yang pilih dan undi mereka.

Ini akibat pilih calon segera tanpa melihat latar belakang, main belasah je pilih calon, ini lah akibatnya. Yang undi pun sama main pangkah je semacam, kira dua kali lima lah... Suka sangat main sentimen, ingat jenama PKR tu bagus sangatlah. Rupanya hancur,

Kita terlupa PKR berjuang untuk Anwar Ibrahim je.. Bukanlah institusi untuk melahirkan pemimpin, cuba namakan tokoh yang dilahirkan PKR.

Jadi kesimpulannya lepas ini, janganlah ditipu lagi oleh pemimpin PKR apatah lagi calon mereka yang entah apa-apa entah tak tahu dari mana?

Dan lepas ni tak payahlah undi mereka langsung. Kan senang hidup....

11 ulasan:

alluqman berkata...

Sekali mamat ni mengauuuummm

Mampus habis puak PKR....

Usaha lagi.... Bagi sedar sikit kepala hotak yang duk pangkah PKR ni....

p/s... bahasa you guna bagus untuk generasi baru yang tak penah kenal apa itu politik.

Goh Wei Liang berkata...

Tepat sekali kata-kata mu.

Entah siapa yang pandai kata Arumugam kena culik.

Tapi tengok-tengok, Kedah PKR kata "Arumugam is in a safe place".

Kedah PKR yang sorok. Sekarang ni entah Arumugam ni kat mana. Anwar Ibrahim perlulah keluar dan beritahu kami.

Nanti kata pulak BN sorok dan culik.

Ni jelaslah. Segala yang Pakata Rakyat lakukan, semuanya suci dan murni.

Barisan Nasional semuanya jahat.

Pakatan Rakyat ni, belum siasat apa-apa pun, mereka terus serang kata ini angkara BN (pada 17 Februari 2009)

18 Februari 2009, Tian Chua suruh media jangan lapor dan ganggu Elizabeth Wong.

Tapi Malaysiakini dan sebagainya terus tulis artikel kata ini angkara BN.

Kini, jelaslah BN tidak terlibat dalam isu gambar bogel ini.

PAS Selangor juga mengeluarkan kenyataan bahawa BN tidak terlibat.

Tapi Anwar, Sivarasa, Nuraidah, Wan Azizah dsb tak mohon maaf kepada BN.

Rakyat terus ingat, ini angkara BN.

Fitnah itu cukup hina dalam Islam dan agama lain.

Pakatan Rakyat perlu sedar diri.

Teruskan penulisan. Bagus!

Sutera Timur berkata...

Sebenarnya kita semua ni manusia biasa tak terlepas drp kesilapan jadi janganlah nak mengaku kita ni terbaik sedgkan diri berlumuran dgn najis ...satu penernagn yg jelas untuk memberi peringatan kpd semua.... teruskan penulisan anda...demi menyedarkan bangsa Malaysia siapa pengkhianat malaysia sebenarnya...yg bakal meragut keamanan kita jika tidak dibendung dari sekarg....

Tanpa Nama berkata...

Tindakan YB Tuan Speaker Siva mengantung kehadiran MB Zambri dan exco selama 12 -18 bulan adalah tindakan melampau dan mengandungi unsur-unsur jahat untuk menjatuhkan MB Dr Zambri. Saranan Dato Seri Najib sebagai Ketua Penghubungan Perak supaya laporan polis dibuat adalah tindakan yang sepatutnya dan disusuli dengan tindakan mahkamah.

Adalah maklum proses mahkamah akan memakan masa dimana rakyat telah mual dengan kemelut politik Perak, diharap MB Zambri dengan bijak-sana mengambil tindakan sewajarnya. MB Zambri perlu belajar dari sejarah.

Untuk melucut jawatan Tuan Speaker, MB Zambri perlu berpakat dengan Pak Lah untuk mengadap kembali Sultan Perak supaya peristiwa yang sama iaitu rampasan kuasa terhadap MB Nizar berulang kembali. Walaupun Sultan tidak mempunyai kuasa memecat MB atau Tuan Speaker, dengan kebijaksanaan MB Zambri dapat menyakin Sultan Perak agar mengeluarkan perintah Tuan Speaker meletakkan jawatan atau jawatan tersebut diisytihar kosong. Bawa sekali 28 adun BN + 3 adun bebas supaya lebih menyakin Sultan. Untuk mengelak dtuduh derhaka, Tuan Speaker terpaksa patuh.

Jika MB Zambri masih tidak mampu , langkah yang lebih drastic perlu diambil.

Hubungi pakar-pakar yang menghilang Mr Bala SB, mereka sedia membantu . Jika C4 perlu digunakan ,cari kambng-kambing hitam yang sanggup disembelih buat korban.

Jika gagal juga langkah Harakiri terpaksa diambil iaitu bubar dun walau pun fobia dengan istilah ini, MB Zambri perlu dikorbankan demi kesejahteraan Rakyat Perak.

Cheguman berkata...

Saudara,
Benda baru memang membuat orang teruja. Maklumlah, diberi label menarik dan dicanangkan pelbagai keistimewaan. Akhirnya bila dibeli, hampeh.

Komen Tok Mudim tu saya temui juga di blog saya. Barangkali dia rasa komen tersebut amat baik, maka di salin dan ditampal ke merata blog.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dgn komen kat sini. Pakatan Rakyat akan dihukum oleh rakyat dalam 3 pilihanraya yg akan dtg. Tunggu dan lihat.

Teruskan usaha menyedarkan semua orang Melayu dlm PKR dan PAS. Otak dan fikiran mereka dah berkarat dek keracunan maklumat fitnah yg diambil dari laman blog mereka. Kalau dapat dibersihkan karat ni, insya allah mereka akan dapat melihat kebenaran.

Tai berkata...

jenama nampak ok, tapi bila dah beli, bukak, chey! Hampeh. Tak leh pakai.

Tanpa Nama berkata...

Bagus..teruskan menulis..biar pedas-pedas sikit..dia org ni ingat dia je yang betul..org lain salah..kena batang hidung org.tak boleh..kena btg hidung sendiri boleh pulak..kata anwar ,YB yang tak bermaruah dan bermoral mesti letak jawatan tapi bila kena "amoi" dia, pandai pulak suruh berehat..disimpan lagi..nak pakai kut!!!

Tanpa Nama berkata...

Sesekali terasa ada benarnya kenyataan Dr. Mahathir tentang budaya ‘ingat’ dan ‘fikir’ orang Melayu. Kata Che’ Det "Melayu mudah lupa". Mungkin boleh ditambah "Melayu lambat faham" dan "Melayu mudah terpedaya". Tambah lagi "Melayu mudah digula-gula" dan "Melayu mudah ditipu".

Kenyataan ini barangkali 'keterlaluan' dan 'sensitif' bagi pejuang bangsa Melayu, namun inilah realiti rumusan awal yang layak dibuat jika kita mengkaji budaya fikir orang Melayu secara objektif.






Tulisan ini masih berkisar pada isu politik yang didepani oleh bangsa Melayu dan warga Malaysia seluruhnya. Politik Perak dan politik Malaysia yang sarat krisis lagi bercelaru. Krisis dan kecelaruan ini boleh berakhir sebaik saja UMNO dan Barisan Nasional turun takhta dan diganti oleh entiti politik yang baru. Setakat hari ini, pengganti yang ada hanya Pakatan Rakyat. Walau pun ada beberapa isu yang belum selesai seratus peratus di antara tiga parti utama dalam pakatan itu, namun itulah satu-satunya pilihan yang ada sekarang. Lapan belas tahun di Kelantan dan sebelas bulan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor layak menjadi bukti keupayaan Pakatan Rakyat menggalas tanggungjawab memimpin negara dan negeri-negeri.





Masalahnya ialah majoriti orang Melayu (kecuali di Kelantan)masih tidak dapat memahami perbezaan budaya, gagasan dan halatuju antara BN dan PR, antara UMNO dan PAS/PKR, antara MCA/Gerakan dan DAP. Paling kurang mereka menganggap sama saja antara mana-mana dua pihak yang dibandingkan. Lebih malang lagi, sebahagian besar orang Melayu masih percaya bahawa UMNO lebih baik daripada PAS atau PKR manakala MCA dan Gerakan lebih baik daripada DAP. Kesimpulannya BN lebih baik daripada PR. Inilah realiti ‘ingat’ dan ‘fikir’ majoriti orang Melayu.





Melayu acuan UMNO telah terbentuk sebagai golongan yang malas mengkaji, malas menyiasat, malas membaca dan malas belajar. Semua kemalasan itu boleh dirangkumkan menjadi satu frasa sahaja iaitu “malas menggunakan akal fikiran’. Apabila akal tidak berfungsi maka tiadalah fikir. Apabila tiada fikir maka tindakan hanya berlandas emosi, rasa dan nafsu. Jika hidup akal dan fikir, nescaya hilanglah UMNO. Jika mati akal dan fikir bergantikan emosi, rasa dan nafsu semata-mata maka hiduplah UMNO.





Penggerak perobahan wajib realistik dalam hal ini. UMNO memiliki kelebihan besar dalam persaingan menguasai minda dan jiwa orang Melayu dengan ketersendirian budaya ‘ingat’ dan ‘fikir’nya itu. Saluran TV dan radio serta akhbar harian utama yang mereka kuasai sepenuhnya, sudah cukup kuat untuk mengekalkan kesetiaan orang Melayu kepada UMNO. Langkah dan gerak politik Pakatan Rakyat yang semurni mana pun, dapat diolah dengan sempurna menjadi busuk dan celaka. UMNO miliki lebih 50 tahun pengalaman memanipulasi media.





Operasi Pakatan Rakyat wajib mantap di peringkat akar umbi. Penerangan mesti sistematik. Organisasi, bahan, kaedah, penetapan sasaran, rangka kerja, analisis maklum-balas, susulan dan dokumentasi rekod mesti ada, jelas dan terlaksana.






Setiap patah perkataan UMNO di TV, radio atau akhbar segera disusuli dengan jawab, tangkis dan terang yang penuh bermaklumat, berfakta dan berangka. Pendekatan penuh hikmah dengan nilai keakraban, kasih dan hormat insyaAllah mampu menggoncangkan akal yang tepu dan jiwa yang kontang dalam diri Melayu acuan UMNO itu.

Tak Makan Saman berkata...

Bagus tulisan mu wahai Kifli,

Budaya mengangguk tanpa menggunakan akal memang dah tertanam di dalam jiwa Melayu UMNO. Agaknya terlalu sukar untuk menggunakan otak untuk berfikir atau memang dari jenis spesis yang malas berfikir. Mengangguk kan mudah dilakukan. Otak tak perlu diperah.

Aspirasi berkata...

Lebih malang lagi ialah Apabila orang Melayu terikut-ikut dengan PAS dan PKR... bukan bermakna UMNO terlalu baik tetapi PAS dan PKR memang terbukti bukanlah pilihan untuk orang Melayu dan orang Islam...

Semua kejadian, berita dan peristiwa dari dulu dan sekarang membuktikan PAS dan PKR tidak konsisten terhadap perjuangan Mereka, mereka boleh buang bila-bila asas perjuangan mereka. Kajian dari teks-teks ucapan pemimpin PAS dan PKR boleh dijadikan bukti.

Adakah mereka ini boleh dijadikan sebagai sandaran untuk memimpin..

Kongsi Link Anda