Jumaat, Mei 22, 2009

Pas takut UMNO bertanding di Manek Urai

PAS mencadangkan Umno agar tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai bagi menjimatkan wang termasuk kos perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis.

Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, alasan ini digunakan Umno ketika tidak bertanding di Penanti.

Pilihanraya kecil DUN tersebut bermula esok hingga 31 Mei.

"Kalau BN menang (di Manek Urai), ia tidak mengubah majoriti kerana kita (PAS) ada majoriti dua pertiga yang besar (di Kelantan)," katanya pagi ini dalam sidang media di ibu pejabat PAS bagi mengumumkan kematian mengejut seorang wakil rakyatnya.

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai akan diadakan dalam tempoh 60 hari lagi berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob subuh tadi.

Mustafa berkata, PAS akan meletakkan calonnya bagi mempertahankan Manek Urai. Bagaimanapun, tambahnya, terlalu awal untuk menyatakan calon PAS di kerusi tersebut.

Mustafa juga mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh membuat keputusan sendiri sama ada bertanding atau tidak.

Nampaknya PAS takut UMNO masuk bertanding di Manek Urai maklumlah pemimpin PAS kan sedang ber'perang' sekarang untuk merebut jawatan utama di peringkat pusat. Sebaimana yang diketahui PAS sekarang berpecah kepada 2 iaitu kumpulan pro Anwar dan Pro Muqabalah....

Sedikit sebanyak bibit pergeseran tetap ada walaupun mahu disembunyikan oleh PAS. Itulah kita lihat trend ramai ahli PAS yang cuba berlapang dada dan menafikan apa yang berlaku untuk selamatkan PAS dan seterusnya menghalang terbuka pekong di dada.

Namun kita lihat pemilihan PAS ini ialah untuk survival kumpulan pro anwar ataupun ulama. Nampaknya ada kumpulan tertentu pun sudah mula menggunakan politik wang untuk mendapatkan undi dari perwakilan. Kemungkinan politik wang tidak berlaku dalam pemilihan sebelum ini namun apabila Anwar Ibrahim yang terkenal dengan politik wangnya dalam UMNO ketika menjatuhkan Ghafar Baba kini rasuah mula menular di kalangan ahli PAS...

Bagi Pilihanraya Kecil Manek Urai terpulang kepada DS Najib untuk memutuskan samada untuk bertanding ataupun tidak... UMNO tidak pernah rugi kerusi di Kelantan jika tidak bertanding kerana mereka masih umat Melayu dan Islam.

4 ulasan:

1Malaysia berkata...

sapa tak nak menang percumakan kan!!

Tanpa Nama berkata...

Inilah sebabnya alasan PM utk tak tanding di Penanti tidak boleh diterima. Lain tempat, lain pulak alasan utk tanding ke tidak - susah nanti jadinya. Dulu TAAB, dikatakan flip-flop. Nanti DSNTR pula ape ? Ding, Dong ?

Nani Cheras

ArenaMalaya berkata...

nani

asas kenapa BN tak bertanding di Penanti bukan semata2 tak nak bazir duit, tapi juga kerana problem PKR tu sendiri, problem dalaman, dan pilihanraya adalah jalan belakang mereka nak tutup kelemahan sendiri dan mencari peluang nak hentam BN serta nak tunjuk seolah2 rakyat sokong PKR jika mereka menang. lagipun si fairuz letak jawatan satu alasan nak sambung blaja mmg tak masuk akal.

tak silap saya Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO pun dah bagitau lainla kalu ada kes kematian contohnya di Bukit Gantang atau terbaru ni di Manik Urai. so takde masalah nak bertanding.

namun if DS Najib tak nak btanding pun takpe, Melayu juga yang mentadbir kerajaan tu...Tunku pun pernah berkata begitu.

Bukan macam Perak semasa pembangkang memerintah, DAP cina kafir harbi yang menguasai Perak...

Mike pikiorlah ye betui2.

Tanpa Nama berkata...

Kesian, sipulan baru meninggal satu hari,PAS sudah mula mengejek2 BN pasal pilihanraya.

Takde respect ke?
Tak boleh berehat dari berpolitik ke?
Langsung takde berhati perut ke?

Kongsi Link Anda