Popular Today

Jumaat, Mei 22, 2009

Zambry menang - Allah bersama orang yang benar!

Alhamdulillah! Semuanya dengan kehendak Allah SWT Qada' dan Qadarnya... Jika datang kebenaran maka akan terhapuslah kebatilan!..

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

6 ulasan:

Lambo berkata...

Salam;

ALLAH masih menyayangi beliau agar tidak terus didalangi serta merugikan agama, bangsa dan tanah air.

Semoga beliau telus dan tulus perjuangkan kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

kejapnya buat conclusion ALLAH sayang...ni mesti imam najibuya yg ajar/mamak kutty madey...

Israel tu tuhan syg ka sbb asyik menang je?

Tanpa Nama berkata...

Kalau BN anak jantan cuba bubarkan DUN. Saya pasti BN tak akan bubarkan DUN. Mahathir sendiri telah kata--kalau adakan pilihan raya di Perak--it is a forgone conclusion--jadi berani kah BN nak bubarkan DUN.

Anti Umno

noi/moi berkata...

Krisis Perak: Tuhan Tidak Peduli?
Aik, hakim (Hakim Mahkamah Tinggi) pun boleh silap? Bicara punya bicara, hujah punya hujah, semalaman memikirkan bagaimana mahu menyediakan kertas penghakiman, tiba-tiba hakim sikit atas pula kata hakim bawah sikit buat kesilapan.

Tak pernah dengar pula, hakim sikit bawah kata, hakim sikit atas buat silap?
Macam mana sistem ini, sesudah hujah dan bukti, cup-cup ada cupnya. Teringat masa kecik-kecik telanjang bulat dulu main ‘toi’ depan rumah. Asyik cup saja. Yang cup itu memang kawan lebih tinggi.



Memang manusia tidak sunyi buat silap. Soalnya apakah orang yang atas lagi itu tak buat silapkah? Kalau dalam sistem penghakiman asyik pindah satu mahkamah ke satu mahkamah kemudian keputusannya dihempuk kepada hakim buat silap, haahhh, ini sistem injit-injit semut.





Barangkali kalau ada sepuluh mahkamah dalam sistem seperti sekarang ini, sembilan hakim tetap buat silap.

Ertinya yang kalah bukanlah salah.
Yang menang belum tentu benar.
Yang kalah kerana hakim buat silap.
Yang menang kerana hujah.

Kebenaran tersembunyi dalam hujah. Siapa yang pandai sembunyi kebenaran, berkuasa sorok kebenaran, maka menanglah yang tak benar.





Rasa-rasanya kemelut politik di negara kita dalam isu dan kes apapun, baik kes besar atau kecil, dari bunuh hingga curi telur ayam, kita bukan mencari kebenaran, tetapi kemenangan.

Mengenepikan kebenaran dalam sistem penghakiman, maka berlakulah ketidak adilan.

Apakah Tuhan tidak peduli?

Memang Tuhan tidak peduli pun politik macam ini. Buat menyemak fail malaikat.
Sayang, mahkamah akhirat lambat sangat. Bagaimana kalau Tuhan masih tidak peduli?

Jawab Hj. Pikun, tukang buat surat sumpah: Mana ada Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan di akhirat. Sebab itu Tuhan tak peduli

kifli berkata...

Zambry jadi MB ikut cara apa..?demokrasi tidak..Islam jauh sekali..
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Menurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi.

“Kesemua Menteri Besar di Malaysia ini memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan sambutan jubli perak kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak dekat sini.

Beliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah ‘rampas kuasa’ yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak ‘dihalalkan’, maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini.

“Selepas berjaya dibuat di Perak, maka ia akan dibuat di negeri-negeri lain pula selepas ini.

“Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak,” tegasnya.

Malah menurutnya, Menteri Besar Perak sebelum ini, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaludin mengambil jalan yang betul dengan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang berpihak kepada BN, beliau menyifatkan parti itu sebagai satu gerombolan dan bukan sebuah parti politik.

“Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja,” katanya lagi.

Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib mengenai hasrat BN untuk bertanding di Manek Urai, pihaknya menyifatkan kenyataan tersebut mencerminkan parti itu sebuah parti bertaraf parti Bebas.

“Bila dia tidak mahu bertanding di Penanti, maka ia jadi taraf sebuah parti Bebas, tetapi selepas timbalan dia menyatakan bahawa dia akan bertanding di Manek Urai bermakna dia telah sedar akan taraf sebenar parti itu.

“Kenyataan yang dibuat Najib dan pemimpin BN sebelum itu membuktikan rendahnya moral dan maruah parti tersebut apatah lagi dengan keengganan mereka untuk bertanding di Penanti,” ujarnya lagi.

ramai puak2 nun..akan kata 'takkan tak bertanding di Penanti BN dianggap rendah moral dan maruah..?' BN bukan saja rendah moral bila tak bertanding..bila dia bertanding lagi tak bermoral dan bermaruah..itu hakikat yang tak boleh kita nafikan..yang akan menafikan fakta kehodohan BN adalah mereka2 yang memang memiliki kehodohan yang sama..

wallahualam.......

bungaraya berkata...

Apakah diadakan pilihanraya bagi membuat pemilihan 4 Khalifah selepas Rasulallah SWT wafat? Atau hanya memerlukan persetujuan para sahabat yang sama-sama berjuang dengan Nabi Allah itu?
Pendeknya berbagai cara dan kaedah telah dijalankan oleh berbagai kerajaan untuk melaksanakan atur cara perlantikan ketua negara masing-masing. Mungkin asal saja adil dan saksama serta bijaksana dan tidak sangat menimbulkan karenah dikalangan rakyat terbanyak.
Kepada saya sangat senang bicaranya. Apabila Nizar telah kekurangan kerusi untuk mempertahankan kedudukannya selaku MB Perak, apa yang sepatutnya beliau buat ialah meletakkan jawatan. Sebagai seorang yang tinggi maruahnya seperti mana Kifli atau Nik Aziz kata tu, adalah lebih sifat kelelakiannya jika Nizar menerima hakikat bahawa beliau telah hilang kepercayaan drp majoriti ADUN. Letaklah jawatan. Ini tidak. Beliau dengan angkuh ingin membubarkan Dun. Layakkah pemimpin yang telah mengetahui dengan sedar bahawa beliau telah dipercayai oleh majoriti ADUN, bertindak dan berusaha untuk membubarkan DUN. Walaupun dari segi peraturannya mungkin layak, tetapi dari segi maruah yang Sdr Kifli dan Nik Aziz bangkit itu layakkah????
PUIH!!!!!!taiklah.

Kongsi Link Anda