Popular Today

Rabu, Jun 17, 2009

PAS tiada kebebasan bersuara!

Puak erdogan nampaknya tak senang duduk gara-gara sikap ulama' yang menyokong perpaduan Islam.. ini ekoran pemimpin ulama PAS yang mahukan kerajaan perpaduan

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata parti itu telah mengeluarkan arahan "tutup mulut" kepada semua pemimpin tingginya daripada bercakap tentang kerajaan perpaduan. "Arahan tersebut dibuat kerana perkara itu telah diputarbelitkan oleh orang seperti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

Khalid menegaskan demikian diminta mengulas kenyataan Najib hari ini yang menyatakan beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum itu Timbalan Presiden PAS mengulas cadangan Najib mengenai kerajaan Perpaduan
Beliau berkata PAS menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden BN, begitu terbuka untuk menerima perbincangan kerajaan perpaduan.

“Respon (kali ini) yang saya rasa pertama kali agak serius daripada Perdana Menteri, dan saya sendiri bawa balik ke Presiden parti sendiri. Saya tidak boleh cakap bagi konteks parti.

“Kita tidak boleh buat keputusan secara individu. Muktamar merupakan pihak berkuasa tertinggi,” katanya.

Kerajaan Perpaduan tak salah dan yang salah pemimpin erdogan yang pro kepada perpecahan umat Islam di negara ini.. inilah akibatnya jika berkawan dengan Anwar AlJuburi...

2 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

kiter kene selamatkan NIK AZIZ!!!!

SELAMATKAN NIK AZIZ!!!!


xoxooxoxooxoxo ~ way to go Nasha & TGHH ....


Islam & Melayu, bersatulah .... kalau hidup dendam x sudah, nak rasa bahagia pun susah.

Tanpa Nama berkata...

Apa pulak kes terbaharu TGNA ni? Tak kan lah sampai nak halau Ustaz Nasharuddin keluar dari PAS. Kan dia tu baru menang jawatan Timbalan Presiden PAS secara pemilihan di Perhimpunan Agung. Ingat, beliau dipilih dalam Mesyuarat Agung bukan menang tanpa bertanding. Hairan dan ajaib dalam PAS ni, pemegang jawatan yang tidak dipertandingkan iaitu Mursyidul Am (mungkin sama taraf dengan jawatan Ketua Umum dalam PKR kot) boleh suruh Timbalan Presiden yang dilantik oleh perwakilan untuk meletak jawatan. Demokrasi fesyen apa pulak ni…….

Kalau ye pun marah sangat, janganlah sampai terhambur suara-suara yang tidak berapa sedap didengar. Ingatlah bahawa Tuan Guru kononnya banyak dihormati rakyat. Nanti terserlah secara terang-terangan akan perangai serta sifat buruk Tuan Guru. Banyak bersabar dan berastarafalah selalu.

Saya cadangkan supaya TGNA panggil sahaja Ustaz Nasharudin, TG Abdul Hadi Awang, Dato Mustapha Ali dan jangan lupa Dr. Hassan Ali sekali datang jumpa kat ofis dan minta dia orang secara baik letak jawatan sebab telah memalukan PAS. Jangan lupa lepas tu paksa sekali mereka-mereka ini masuk UMNO. Tak perlulah nak tunjuk bengkeng depan surat khabar. Kang surat khabar tulis lebih sikit nanti kata surat khabar putar belit berita. Dah tu kita yang bagi “peluru” dengan pemberita apa pasal?

Masih lagi teringat kata-kata TGNA tak lama dulu iaitu perokok tarafnya lebih rendah dari lembu. Baru-bari ni pula TGNA ada kata UMNO macam komunis. Sedap aje mulut TGNA bercakap nampak? Ikut suka Tuan Guru lah sebab beliau tu kan ulama besar! Siapa yang berani nak sanggah, nak mampus kena maki berlori-lori dek penyokong totok PAS atau paling kurang takut nanti kena ketulahan wali Allah .

Saja nak buat pertanyaan bodoh sikit. Lepas kata pasal lembu tempoh hari ramai ke orang PAS yang merokok yang mengikut kata Tuan Guru dan sudah berhenti merokok? Kepada ahli-ahli PAS yang masih lagi menghisap, kenapa masih berdegil atau memang tak hormat cakap Mursyidul Am aka TGNA ke? Bercerita pasal wala pada ketua, mak oi nampak beriya-iya tapi kenapa masih ramai yang tak mahu ikut cakap TGNA dalam isu lembu dan perokok, kenapa?

Saya ini memang orang yang tak dalam ilmu agama tapi tak lah bodoh sangat pasal Islam. Saya juga memang tak berani nak mengata orang tak tentu pasal melainkan kalau terasa dicabar. Oleh itu, harap maaf jika cakap terlebih sikit hingga menyinggung hati orang-orang PAS tambah lagi kat TGNA. Tolong juga jangan sembahyang hajatkan saya.

Segala kebaikan adalah datangnya daripada Allah dan segala keburukan yang saya lakukan semestinya datang dari diri saya sendiri. Sekali lagi saya mohon kemaafan. Wasalam.

Lancang Biru.

Kongsi Link Anda