Rabu, Oktober 28, 2009

Biadap - Kematian ibu MB Perlis dipersenda dalam Facebook

AZALI menunjukkan salinan laporan polis mengenai fitnah dalam Facebook terhadap arwah ibu Menteri Besar Perlis di Kangar semalam. Gambar kecil, Dr. Md. Isa Sabu.

KANGAR - Laman sembang terkenal, Facebook yang mempunyai puluhan jutaan ahli di seluruh dunia menjadi platform kepada pihak tertentu mempersendakan kematian ibu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dengan dakwaan ia akibat virus HIV dan AIDS.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Benny Mice dipercayai dari Indonesia telah memutarbelitkan laporan media mengenai kematian Mahasa Jusoh (gambar kecil), 86, pada 21 September lalu.

Laporan itu mengundang pelbagai komen lucah dan mengaibkan daripada peminat laman sembang itu sejak 20 Oktober lalu.

Md. Isa ketika ditemui semalam terkejut dan kecewa dengan laporan itu memandangkan ibunya meninggal dunia akibat sakit tua.

"Saya begitu terkejut dan sedih apabila arwah ibu menjadi mangsa fitnah mereka yang berniat mahu memburukkan saya,'' katanya.

Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, beliau meminta mereka merujuk sendiri kepada Jabatan Kesihatan Perlis.

Sumber: kosmo

4 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..MANUSIA KALAU DAH ADA PERASAAN DENGKI DLM DIRI DIA, SEMUA BENDA BETUL JADI TAK BTUL DAN SEBALIKNYA. HAL KEMATIAN PUN BLEY BUAT MAIN2..KEPALE HOTAK DIA BEDENGUNG LAA MAT INDON TU!..HARKKK PTUIHHH!!! >:-(

Che Leh Jangok berkata...

Mashaallah. Allahyarhamah ikut menjadi mangsa fitnah. Astaghfirullaaaahhilaziiiiim.

Ada fitnah total palsu; ada juga separoh benar. Maka yang ini adalah fitnah separoh benar kerana ibu kepada YAB benar meninggal. Bermaknanya pembikin fitnah dari luar negara itu tentulah ada mendapat maklumat dari dalam negara.

Sapa agaknya dari dalam negara yang membekal maklumat yang menjadi sumber fitnah laknat tu.

Beristighaffarlah wahai mereka yang terlibat.

Pada siapa nak mohon kemaafannya.

Beristighaffarlah wahai mereka yang terlibat.

Frodo Baggins berkata...

bodoh gilerr .... astagfirullah .. sapa dajal buat hal ni!!! laknat lah kau babik! shitt betull! ...

((beristgfar ....))

sal org meninggal pun nak kutuk .. dah tu org hendon lak tu .. mana tau sal ibu MB Perlis ni?? hotak udang kutuk!!

Kongsi Link Anda