Popular Today

Rabu, Oktober 28, 2009

Konspirasi memburukkan Us Nasa dan Hassan Ali

Kalau benarlah apa yang dikata.. nescaya akan punahlah segala usaha....

dari al-banjari
"Malam kelmarin telah dilangsungkan satu majlis pertemuan tertutup di kediaman Dato' Dr. Hassan Ali di kediaman beliau di TTDI. Satu pertemuan sulung beliau bersama bloggers. albanjari Online [ABO] diwakili oleh Ustaz MRK albanjari, penolong editor blog ABO. Wak tak dapat untuk hadir. Ada program lain.



Diantara bloggers yg turut hadir ialah saudara MSO, Azizi Abdullah, Ahmad Lutfi, Mohd Hanif, Kamarul Hisham, Yamin Yahya, Roslan SMS, alBrangi dan beberapa lagi blogger dari BPN (pro-Umno) ??

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Dari apa yg dilaporkan hasil pertemuan itu ke meja editor pagi ini, terdapat beberapa KEJUTAN maklumat yang sebelum ini tidak disebut-sebut dan diwar-warkan di media telah disebutkan oleh Ustaz Nasha dan Dato' Hassan sendiri"

Al-banjari tidak menyatakan kejutan tersebut, tapi blog gomo (pro UMNO) telah menyatakan apa yang dikatakan kejutan oleh al-banjari itu dan tidak dinafikan kebenarannya oleh Al-Banjari.

maklumat yang mengejutkan itu :


~ Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.

~ Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.

~ Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.


dan menurut ali baganutama anda perlu tahu fakta-fakta ini..

1] Kenapa blogger Umno dijemput sama. Kenapa beb?

2] Anda kenal Akram Shah Sanusi ?? Dia pun dijemput sama. Kurang ajar !!! Hasan Ali dan Nasarudin Mat bukan tidak kenal dia ni. Dialah blogger Umno yang paling kuat menghina TG Nik Aziz dalam blog.

3] Kenapa Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa sanggup langgar perintah TG Haji Hadi supaya jangan guna media baru iaitu internet dan blog ??

4] Tahukah anda bahawa Nasarudin Mat Isa telah tipu kita semua tentang pertemuannya dengan Umno untuk rundingan 'Unity Government' dan 'Task force 2010'. Siapa yang dedahkan bahawa anak Mat Isa ini berbohong ?? Siapa lagi kalau bukan Pak Lah bekas PM kita. Sudah tentulah semalam anak Mat Isa ini akan mempertahankan pembohongannya pada blogger.

5] Tahukah anda bahawa Pemuda PAS Selayang menggelar Hasan Ali sebagai 'Raja Peluk' dan 'Raja Merajuk'. Gelaran itu terjadi kerana Hasan Ali selalu sangat jadi kacang hantu dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Hari ini jika 'Raja Peluk' kita bergaduh dengan pemimpin PR atau merajuk, esok lusa beliau akan peluk pemimpin terbabit apabila media mula mensensasikan isu tersebut. Contoh, isu arak beliau peluk Ronnie Liew dekat majlis mesyuarat PR dan isu selcat peluk Tony Pua 3-4 hari sebelum mengundi di Bagan Pinang. Wayang kulit beliau sudah tidak laku lagi.

6] Untuk analisis penulis, Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa sudah terdesak lalu terpaksa menggunakan blogger juga untuk menyelamatkan tengkuk mereka berdua dari dilucutkan jawatan mereka pada malam rabu nanti. Walhal, Nasarudin Mat Isa lah yang beria-ia nak menyaman seorang blogger yang pro-PAS sebelum tembelangnya dipecahkan oleh Pak Lah.

7] Maklumat yang sampai kepada penulis, pertemuan dengan blogger semalam dirancang oleh 'Think Tank' dari Task Force 2010. Itu sebab Hasan Ali dan Nasarudin sanggup membelakangi arahan Presiden PAS. Sebab itu juga blogger Umno dijemput sekali. Umno sudah memberi kata dua atau Ultimatum bahawa mereka wajib kekal di dalam Parti PAS dan Umno tidak sama sekali akan menerima mereka.

8] Den paling tak puas hati macam mana anak Sanusi Junid boleh ada dalam pertemuan malam tadi. Ini blog si Akram Shah. Sila klik.

9] Wahai Ayahandaku Wak Al-Banjari, jika boleh kami semua nak dengar audio video pertemuan semalam. Jangan tunggu pagi khamis. Bahaya.

10] Baru tadi PA atau Personal Assistant Nasarudin Mat Isa menafikan pertemuan boss beliau dengan bloggers pada malam tadi. What ??!! Terkejut den. Hang nak menipu apa lagi anak Mat Isa. Isa Samad lah kau ni !!!

11] MSO. Den maleh nak komen pasal dia. Menghabihkan boreh yo.

12] Perisik-Rakyat telah meminta PA Nasarudin Mat Isa iaitu Meor Isfahandy untuk mengadakan/mengaturkan satu lagi pertemuan sesi soal jawab (Q&A) dengan bloggers. Tetapi Meor bersikap defensif. Barang diingat blogger yang menghadiri pertemuan dengan Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa pada malam tadi telah dipilih oleh Roslan SMS. Semua blogger terbabit yang dipilih adalah blogger yang lunak dengan "Unity Government".

13] Pada pukul 12 tengah hari esok semua wartawan Harakah,Harakahdaily, Siasah dan yang berkaitan dengan Parti PAS akan dipanggil berkumpul dan diberikan taklimat oleh pimpinan tertentu. Mereka akan diajar cara-cara menulis berita mengikut versi pimpinan pro "Unity Government". Inilah agaknya demokrasi terpimpin ala PAS.

14] YB Salehudin Ayub kata TG Nik Aziz tidak dapat hadir untuk mesyuarat malam rabu nanti. Tetapi maklumat terkini mengesahkan Setiausaha TG iaitu Annual Bakri mengesahkan TG Nik Aziz akan hadir. Meeting dijangka bermula pada pukul 8.30 malam.

15] Dalam mesyuarat malam rabu nanti dijangkakan Nasarudin Mat Isa akan menjatuhkan kredibiliti TG Nik Aziz dengan mengekploitasikan isu menantu TG. Menantu TG Nik Aziz diberi amanah mengemudi salah sebuah yayasan atau syarikat Negeri Kelantan. Menantu TG berada di situ berdasarkan 'on merit'. Nasarudin Mat Isa akan memainkan isu nepotisma ini sebagai usaha beliau untuk menjatuhkan TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS. Idea ini sudah tentu datangnya dari 'Think Tank' TF 2010.


Sumber : (baca di sini)

1 ulasan:

hanizam berkata...

fuhh....panas..panas...nak satukan melayu & islam dari parti berbeza pahaman susah gak ye...semoga Allah memberikan jalan yang terbaik untuk pihak-pihak yang ingin bangsa melayu & umat islam bersatu...biarlah penuh ranjau berduri, tapi hasilnya dapat dinikmati semua...

nak terokai benda baru, dah jadi adat kumpulan pelopor akan menerima bermacam dugaan & cabaran...

semoga Allah merahmati niat murni anda semua...AMIN...

Kongsi Link Anda