Popular Today

Rabu, Oktober 28, 2009

Memang resam orang membuat salah tidak mengaku

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dilihat sebagai propakatan pembangkang hari ini menafikan segala desas-desus bahawa beliau adalah kalangan dalang di sebalik cadangan supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan.

Beliau yang kini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat selepas tewas ketika merebut jawatan Timbalan Presiden pada muktamar lepas menegaskan bahawa ia adalah keputusan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

''Orang kata saya di belakang tok guru (Nik Abdul Aziz) tetapi sebenarnya 100 peratus keputusan itu dibuat oleh tok guru sendiri.

Nama Husam dikaitkan oleh sesetengah pihak bahawa dalang di sebalik cadangan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu mempunyai hubungan rapat dan diberi kepercayaan dalam banyak perkara penting membabitkan pentadbiran negeri ini.

Husam juga dikatakan amat mementingkan hubungan dengan sekutu pakatan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai teras untuk menguasai kerajaan kelak.
Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan nekad mencadangkan supaya EGM diadakan bagi membersihkan parti tersebut daripada pemimpin prokerajaan perpaduan.

AB: Memang lah resam orang membuat salah biasanya tidak mengaku, begitulah juga dengan Husam selaku anak Emas Anuwar dalam PAS... Takkanlah dalang hendak mengaku dalang... kan bodoh namanya tu... Dalam ramai pemimpin PKR meninggalkan PKR... ramai pulak Pemimpin PAS yang tergila-gilakan Anuwar.... Apa nak jadi kepada PAS ini

Sumber : Baca disini

1 ulasan:

C L J berkata...

Aaaah Belakang Kiraaalah.

Lawan dulu.

Kongsi Link Anda