Khamis, Oktober 15, 2009

Layak bertanding jika lepasi kelayakan minimum

Tiada kuota ditetapkan bagi bertanding jawatan tertinggi Umno, tetapi calon-calon masih perlu melepasi satu kelayakan minimum mengikut peringkat jawatan yang dipertandingkan.

Usul ini antara cadangan pindaan perlembagaan Umno yang akan dibentangkan hari ini.

Cadangan pindaan ini, menurut Presidennya Datuk Seri Najib Razak, telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi lewat malam tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut, Najib berkata beliau telah mendengar penerangan dan penjelasan daripada pengerusi jawatankuasa pindaan usul Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Jelasnya lagi, kelayakan minima itu dicadangkan selepas mengambil kira maklumat dan cadangan balas selepas bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat perhubungan dan bahagian.

"Tak ada syarat, cuma kelayakan minimum sahaja. Misalnya kalau dia nak bertanding di peringkat bahagian, dia cuma perlu jadi ahli sahaja.

"Kalau dia bertanding di peringkat lebih tinggi , dia kena jadi ahli peringkat jawatankuasa bahagian (selama) satu penggal, ini termasuk (jawatan) yang dilantik. Ini yang paling minimum, tak lebih daripada itu. Ini termasuk jawatan presiden," katanya lagi.

Beliau turut berharap cadangan berkenaan akan diterima oleh perwakilan yang akan menentukan kaedah tersebut secara undian.

Katanya lagi, cadangan berkenaan juga akan dijelaskan oleh Hishammuddin kepada perwakilan hari ini.

"Kita akan kemukakan hujah-hujahnya dan besok (15 Okt) kita harap ia akan diterima oleh perhimpunan agung," katanya.

"Pindaan ini telah dikaji dengan begitu mendalam, kita pun dah bincang di peringkat perhubungan dan bahagian dan maklumat dan maklum balas yang kita telah terima.

"Cadangan balas pun dah diterima. Kita telah cuba rumuskan satu pakej yang terbaik untuk memenuhi beberapa tujuan perlembagaan kita dipinda.

"Lepas itu pecah kepada jawatankuasa peringkat usul perhimpunan peringkat jawatankuasa, dan kita kita bincang satu-satu fasal pindaannya," katanya.

Mengulas mengenai perjalanan perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri semalam, Najib berkata, maklum balas yang diterima oleh MT memberi gambaran yang "sangat positif."

"Temanya adalah merapatkan barisan dan perpaduan dan juga pengukuhan parti, bagi memberi sokongan kepada pindaan perlembagaan parti dan juga dasar-dasar yang dilaksanakan," katanya.

Sumber : Malaysiakini

3 ulasan:

Media Cyber berkata...

nah? nak juga MK siarkan berita positif.. selama ni penuh dengan negatif.. dah kena hentak ngan SKKM kot.. kekekeke!

Aspirasi berkata...

itu pun paksa rela.... lepas ni sokong balik pembangkang... sama macam malaysian insider...

Aspirasi berkata...

kalau otak dah jenis mereng... nak buat apa pun tetap mereng juga..

Kongsi Link Anda