Khamis, Oktober 15, 2009

UMNO lakukan perubahan, PAS pula yang sakit hati

Sebentar tadi maka sahlah pindaan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Khas UMNO di PWTC. Ianya membabitkan 7 pindaan iaitu:

Tujuh pindaan Perlembagaan Umno itu ialah :

Pindaan 1. Perluasan jumlah pemilih perwakilan. 146,000 akan terbabit dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT).
Pindaan 2. Sistem kuota pemilihan dihapuskan.
Pindaan 3. Tambahan satu wakil Wanita di peringat MT, Bahagian dan cawangan.
Pindaan 4. Pemilihan bahagian diadakan serentak.
Pindaan 5. Yuran tahunan dihapus, diganti yuran seumur hidup. RM2 bagi ahli baru.
Pindaan 6: Ketua-ketua sayap diberi kuasa untuk meluluskan permohonan ahli baru.
Pindaan 7. Taraf perwakilan kepada setiausaha bahagian secara automatik.

Usaha UMNO untuk berubah melihatkan parti ini jelas dan bersungguh-sungguh untuk berubah dan kesannya dapat dilihat dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang yang lalu. Fokus UMNO pertamnya ialah rakyat... rakyat mesti didahulukan, keduanya segala imej yang buruk kepada UMNO perlu dihakis.. sebab itu pindaan perlembagaan... iaitu bagi memastikan aspirasi rakyat terhadap UMNO dapat diterjemahkan dalam tindakan yang serius oleh UMNO.

Namun perubahan ini disambut dengan perasaan cemburu, sakit hati, jeles, prasangka dan sebaginya semuanya perasaan yang dilarang oleh Islam... Islam menyuruh umatnya berbaik sangka dan Islam juga mensucikan hati... tapi Parti yang kononnya Islam ini membuat apa yang dilarang oleh Islam.

Harakahdaily melaporkan Pindaan perlembagaan, serlahkan kepalsuan Umno! sebagai satu tajuk prasangka buruk yang dilarang oleh Islam. Mungkin inilah dia penyakit hati yang Islam tegah.. Sedangkan hadis Rasulullah SAW ada menyebut di dalam hati manusia ada seketul daging, jika daging ini baik maka baik manusia itu, jika daging ini rosak maka rosaklah manusia itu... apa dia iaitu hati... Jika inilah yang ditunjukkan oleh parti yang menggelar diri mereka sebagai Islam ianya sangat memalukan bangsa dan agama. Bagaimana seseorang yang kononnya alim bertindak bertentangan dengan kehendak agama.

Sepatutnya PAS mendoakan kebaikan perubahan dalam UMNO, itu baru dakwah yang sebenar. Sebab UMNO hendak berubah kepada yang lebih baik bukan sebaliknya. Walau bagaimanapun apa yang penting, apabila kita membuat sesuatu mestilah jujur dan ikhlas demi Allah SWT bukan demi manusia atau PAS, PKR dan sebagainya. Barulah apa yang dibuat itu mendapat keberkatan dan pahala dari Allah SWT.

Syabas UMNO, apa yang penting ialah usaha bersungguh-sungguh dan seterusnya bertawakal kepada Allah SWT.

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Inilah jenis manusia Islam yang ada dalam kelompok PAS, mereka sentiasa mendahulukan prasangka buruk setiap agenda UMNO untuk kepentingan rakyat termasuk perubahan yang dilakukan dalam UMNO, mereka telah mendahului Allah untuk menilai keburukannya....

YBSPENANG berkata...

Biar pi la apa yang Parti PAS nak cakap depa memang perangai macam tu, bukan boleh orang lain buat perubahan ada-ada saja yang tak kena dan elok pada pandangan depa sepatutnya bagilah sokongan kepada UMNO kerana berani buat perubahan seiring dengan SATU MALAYSIA. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.

Kongsi Link Anda