Popular Today

Isnin, Oktober 26, 2009

Muktamar Khas PAS - Nik Aziz dijadikan boneka

Ada juga terdapat pihak yang tidak dapat menerima kenyataan Nik Aziz yang mahukan EGM PAS ini. Berpendapat bahawa kenyataan Nik Aziz ini ditulis oleh orang lain yang sengaja mahu memporak perandakan PAS.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata (baca di sini) cadangan mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) untuk mengubah kepemimpinan parti adalah tidak masuk akal kerana Pas tidak menghadapi masalah pucuk pimpinan.

Beliau juga mendakwa cadangan menerusi blog Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti mengadakan EGM itu ditulis dan dipengaruhi oleh pihak lain.

Baguslah juga kerana ada pihak yang tidak dapat menerima kenyataan Nik Aziz walaupun hakikat ini telah disahkan oleh Nik Aziz... Jika demikian kita boleh menganggap Nik Aziz ini hanya dijadikan boneka semata-mata oleh pihak tertentu.. cuma kita hendak mengetahui siapakah yang bertanggungjawab yang menjadikan Nik Aziz sebagai boneka ini...

Namun banyak diceritakan dari blog-blog..
Ceritanya begini. Menurut beliau kisah muktamar khas ini bermula dengan Husam Musa yang masih tidak berpuas hati dengan kekalahan beliau pada pemilihan yang lalu. Untuk itu Husam sememangnya menunggu masa yang sesuai untuk membalas dendam atau merebut semula jawatan timbalan presiden daripada Ustaz Nasa.

Kenyataan Hasan Ali yang sememangnya agak vokal di Selangor mengenai arak dan isu SELCAT telah menarik perhatian Khalid Samad yang juga masih berdendam dengan Hasan Ali kerana menyingkirkan beliau daripada pimpinan PAS Selangor. Hal ini menyebabkan Khalid Samad berjumpa dengan Husam Musa untuk berbincang mengenai Hasan Ali. Husam dan Khalid Samad memikirkan ini adalah masanya untuk menjatuhkan Ustaz Nasa termasuk Hasan Ali dan bersetuju membawa Anwar Ibrahim untuk berjumpa dengan Nik Aziz beberapa hari sebelum kenyataan mengenai Muktamar Khas dikeluarkan oleh Nik Aziz di blognya (baca di sini).

Selain itu Utusan juga menulis:

Menurut sumber itu, di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pas tidak berkompromi dalam soal berkaitan Islam serta Melayu dan ia sedikit sebanyak membuatkan dua rakan parti itu merasa kurang senang.

"Sebagai contoh perjalanan hukum jenayah syariah, usaha memantapkan Islam dan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mana Pas tidak berkompromi dalam soal-soal ini. Pas mahu ia dikekalkan. Pas juga mahu perkara berkaitan Islam dimantapkan.

"Keadaan itu menyebabkan kepimpinan PKR dan DAP kurang selesa dengan Pas dan Datuk Seri Abdul Hadi. Mereka lebih berminat berurusan dengan pemimpin Pas yang lebih liberal dan terbuka," katanya di sini hari ini (baca di sini).

Jadi kita semakin jelaslah siapa yang sebenarnya yang menjadikan Nik Aziz sebagai boneka.. mereka hanya berselindung di belakang Nik Aziz, seperti orang bacul.. mereka hanya berdiam diri... membiarkan orang tua tu bersendirian... sedangkan mereka sedang bergoyang kaki membayangkan kuasa yang bakal mereka dapat... begitulah sifat keji mereka mempergunakan orang lain demi kepentingan politik mereka....

Adakah rakyat dapat menerima tindakan keji pihak sebegini..... apa yang telah terjadi kepada PAS!.. dari parti yang dahulu memperjuang Islam kini semakin jauh sesat dan songsang!

3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, selagi erdogan-erdogan ini menguasai pemikiran Nik Aziz selagi itulah PAS akan sentiasa berkocak dan tidak bermaruah.

Kalau PAS adakan EGM, mereka seoatutnya menyingkirkan puak-puak erdogan proksi Anwar dan Nik Aziz...

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Salam saudara blogger,

Yang paling pelik, ada pula satu mamat blogger ini nak jadi Pak Sanggup terhadap 'nukilan maut' Pak N.Ajeh tu. Mungkin dia dapat tingkat yang tinggi sikit dalam 'syurga' Pak N.Ajeh ini kut. Sanggup jadi penjilat terbaik bagi N.Ajeh.

Blog Pak Sanggup Penjilat Terbaik Niky Ajeh

Pelikkan?????????

Semakin hari, semakin terserlah
PAS 4 all = Israel 4 all = Piss 2 all

Aspirasi berkata...

mestilah... kalau Nik Aziz jadi presiden... dia nanti jadi setpol... paling kurang pegawai khas... kalau tak pun pencacai je... hehe

Kongsi Link Anda